ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Pelancaran Kad Ganjaran WOW Bersempena Ulang Tahun Ke-12 Restoran Kakatoo | Bersempena Ulang Tahun ke-12 Restoran Kakatoo, satu Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan pelancaran kad Ganjaran WOW telah termeterai di antara LJP Kitchen Sdn Bhd dengan MCI Capital Sdn. Bhd, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad (KOSPETA) dan Koperasi Pekerja-Pekerja DBKL (KPPDBKL) bertempat di Restoran Kakatoo, Quill City Mall.
Pelancaran Kad Ganjaran WOW
Kad ganjaran WOW ni dilancarkan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia Restoran Kakatoo yang menawarkan hidangan autentik Nyonya selama 12 tahun penubuhannya. Para pelanggan boleh mendapatkan kad WOW ini dengan hanya RM100 tetapi akan mendapat nilai pulangan RM500 dimana RM150 dalam bentuk kredit tunai yang sedia untuk digunakan dan RM350 lagi dalam bentuk voucher.
Menurut Miss Joyce Chong, selaku Ketua Pengarah Eksekutif LJP Kitchen Sdn Bhd,
"Sebanyak 30,000 keping kad WOW yang akan dikeluarkan bagi fasa pertama kempen ini dimana kad ini boleh digunakan di 13 outlet Restoran Kakaktoo di sekitar Lembah Klang. Dengan adanya Kad WOW, pelanggan setia Restoran Kakatoo boleh menilmati hidangan autentik Nyonya kegemaran mereka dengan harga yang jauh lebih jimat."
Selain itu, Restoran Kakatoo juga menyasarkan penjualan sebanyak 50,000 pembelian Kad WOW dalam masa 2 bulan kempen ini dijalankan.
Dalam majlis ini juga MCI Capital telah mengumumkan suntikan dana sebanyak RM20 juta kepada LJP Kitchen Sdn Bhd bagi tujuan memperluaskan operasi Restoran Kakatoo ke seluruh negara.
Menurut Datuk Cannis Chan, Pengarah Urusan MCI Capital,
"Pelaburan ini akan membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menikmati keunikan hidangan autentik Nyonya di Restoran Kakatoo bukan hanya tertumpu di Lembah Klang sahaja."
Pihak Restoran Kakatoo juga mengalu-alukan mana-mana badan berkanun, agensi-agensi kerajaan, IPTA, IPT atau syarikat-syarikat swasta yang nak membeli Kad WOW secara pukal tau.
Serius, rugi kalau korang tak grab Kad WOW ni tau. Boleh jimat banyak okay! Kakak sendiri dah ada Kad WOW ni, tak sabar nak bawak family makan kat sini tau. Kad WOW ni pun boleh dijadikan hadiah untuk kawan-kawan juga kalau takde idea nak bagi hadiah apa. Mesti kawan korang happy!
Sertai Lucky Draw dan Menangi Hadiah Menarik
Bersempena pelancaran Kad ganjaran WOW ini juga, pembeli kad WOW berpeluang menyertai Lucky Draw dan menangi hadiah menarik di roadshow yang bakal diadakan di outlet Restoran Kakatoo nanti. Untuk lokasi dan tarikh roadshow, korang boleh rujuk poster kat bawah.
Dapatkan Kad Ganjaran WOW Sekarang!
So tunggu apa lagi? Dapatkan Kad WOW korang sekarang! Kad WOW ini boleh dibeli terus dari mana-mana cawangan Restoran Kakatoo ataupun melalui saluran rasmi Restoran Kakatoo bagi mengelakkan sebarang penipuan.
Info lanjut :
Laman web : https://www.kakatoo.my/
Instagram : kakatoomalaysia
Tiktok : Kakatoo Nyonya Restaurant
Facebook : Kakatoo Malaysia
Tiada ulasan