KEMPEN AEON MALL CARNIVAL EXTRAVAGANZA
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Bersempena Visit Malaysia 2026, AEON MALL dengan bangganya mempersembahkan AEON CARNIVAL EXTRAVAGANZA yang akan berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei 2026. Acara yang penuh warna dan keceriaan ni pastinya menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk keluarga serta para pengunjung.
Tahun ini, AEON MALL membawakan tarikan istimewa iaitu penebusan surprise card Foodie Vaganza, di mana anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk AEON gift voucher, produk runcit dan baucar kedai di semua pusat beli-belah AEON.
Pembeli boleh menebus surprise card ini dengan gabungan 2 resit pembelian pada hari yang sama:
- RM80 (Bukan Ahli AEON) atau RM50 (Ahli AEON) di mana-mana F&B atau AEON Supermarket
- RM200 (Bukan Ahli AEON) atau RM150 (Ahli AEON) di mana-mana bukan F&B atau AEON Department Store
Surprise card ini terhad, penuh elemen kejutan dan direka khas mesti buat penerima happy melalui ciri tersembunyi, elemen interaktif atau pendedahan istimewa, korang kena dapatkan okay!
Yang lagi best, AEON MALL turut menganjurkan Peraduan Spend & Travel, di mana pembeli berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Langkawi untuk 5 pasangan. Korang hanya perlu berbelanja minimum RM50 dalam satu resit di mana-mana penyewa AEON MALL atau AEON Retail dan anda berpeluang memenangi tiket penerbangan yang dibawakan khas oleh AirAsia BUDS.
Bersempena kempen Visit Malaysia 2026, AEON MALL para pelancong juga boleh mendapatkan ganjaran istimewa tau! Dengan perbelanjaan minimum RM300 (Ahli AEON) atau RM380 (Bukan Ahli AEON) melalui gabungan 3 resit pada hari yang sama, pembeli layak menebus 1 unit hairband eksklusif di pusat beli-belah terpilih seperti Shah Alam, Bukit Tinggi, Bandaraya Melaka, Cheras Selatan, Tebrau City, Bukit Indah, Bandar Dato Onn, Ipoh Station 18, Bukit Mertajam dan Kota Bharu. Hairband ini menampilkan maskot comel Wira & Manja sempena VM 2026.
AEON MALL turut menawarkan ganjaran menarik pada Sabtu terakhir bulan April dan Mei iaitu pada 26 April dan 30 Mei untuk kempen Thank You Day serta jualan hebat oleh AEON Retail. Korang berpeluang menyertai acara balloon drop dengan 1,000 belon berhadiah menanti anda!
Selain itu, nikmati pengalaman di kedai pop-up di pusat beli-belah terpilih seperti Shah Alam, Tebrau City, Taman Equine, AU2 Setiawangsa, Ipoh Station 18, Bukit Indah dan Bandaraya Melaka. Daripada makanan hingga ke keperluan travel, semuanya ada di sini!
Korang juga boleh mendapatkan barangan elektrik dan rumah di AEON MALL Taman Equine tau! Jualan penghabisan stok ini berlangsung dari 16 April hingga 22 April. Cepat sebelum terlepas!
Carnival Extravaganza ni bukan sekadar membeli-belah, tetapi sebuah pengalaman yang luar biasa. Cipta momen kegembiraan bersama dan bina kenangan indah bersama insan tersayang di AEON MALL.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, layari:
- Facebook: @AEONMallMY
- Instagram: aeonmallmalaysia
- TikTok: aeonmall.malaysia
- Laman web: www.aeonmallmy.com






Tiada ulasan