AEON MALL Eco Journey 2026: Langkah Kecil Untuk Masa Depan Anak-Anak Kita
Setiap Pembelian Menyumbang kepada Masa Depan yang Lebih Baik
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Sejak bergelar seorang ibu, banyak perkara yang membuatkan kakak lebih peka, terutamanya apabila melibatkan masa depan anak-anak. Kalau dulu mungkin kakak tak terlalu memikirkan tentang isu alam sekitar, tetapi sekarang kakak selalu tertanya-tanya, bagaimana keadaan bumi yang akan diwarisi oleh anak-anak kita nanti?
Sebab itu kakak suka melihat semakin banyak inisiatif yang menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari. Sekarang ni AEON MALL ada kempen AEON MALL Eco Journey 2026 dari 5 Mei sehingga 5 Julai 2026 yang membawa mesej bahawa perubahan besar sebenarnya boleh bermula daripada perkara kecil yang kita lakukan setiap hari, termasuk ketika membeli-belah.
Melalui kempen yang berlangsung di 27 AEON MALL di seluruh negara, pengunjung didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan pengalaman yang menggalakkan gaya hidup yang lebih hijau. Menariknya, AEON MALL turut bekerjasama dengan pelbagai jenama seperti The Body Shop, Starbucks, Bayu Somerset dan Mattel bagi menjayakan kempen ini.
Salah satu tarikan utama yang pasti menarik perhatian keluarga ialah AEON MALL Eco Journey Safari yang kini berlangsung di AEON MALL Tebrau City dan AEON MALL Bukit Tinggi. Bagi kakak, aktiviti seperti ini memang seronok kerana anak-anak bukan sahaja dapat bermain dan meneroka, tetapi pada masa yang sama belajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang lebih interaktif.
Sambil membeli belah, korang boleh bagi anak-anak merasai pengalaman seperti berada dekat Safari tau! Tak payah pergi jauh-jauh, kat AEON MALL je dah rasa macam kat Safari. Memang seronok!
Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai produk mesra alam pada harga istimewa serta menyertai aktiviti menarik yang direka khas untuk menggalakkan amalan yang lebih baik terhadap alam sekitar.
Sebagai penghargaan kepada pelanggan, AEON MALL turut menawarkan hadiah eksklusif seperti Plantable Postcard edisi terhad yang boleh ditanam di rumah dan AEON MALL Toy Story Bath Mat. Comel dan unik, malah secara tidak langsung mengingatkan kita bahawa usaha menjaga alam sekitar juga boleh dilakukan dengan cara yang menyeronokkan.
Apa yang paling kakak suka tentang kempen ini ialah mesej yang cuba disampaikan. Kadang-kadang kita rasa perubahan besar memerlukan usaha yang luar biasa, sedangkan hakikatnya ia boleh bermula daripada pilihan kecil yang kita buat setiap hari. Memilih produk yang lebih mesra alam, mengurangkan pembaziran atau mendidik anak-anak untuk lebih menghargai alam sekitar, semuanya adalah langkah ke arah masa depan yang lebih baik.
AEON MALL Eco Journey bukan sekadar kempen membeli-belah, tetapi satu usaha yang mengajak kita semua untuk menjadi sebahagian daripada perubahan. Mungkin langkahnya kecil, tetapi apabila dilakukan bersama-sama, impaknya pasti lebih besar.
Jadi, kalau ada masa hujung minggu nanti, bolehlah bawa keluarga singgah dan alami sendiri pengalaman AEON MALL Eco Journey. Mana tahu, dari satu langkah kecil hari ini, kita dapat mencipta masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Haaa, siapa kata shopping ni tak membantu alam sekitar?
Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial atau kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana AEON MALL.





Tiada ulasan