Sebagai seorang mak yang ada anak kecil, pemilihan restoran memang bukan lagi semata-mata sebab makanan sedap. Kakak pasti ramai ibu bapa setuju, bila nak keluar makan dengan anak-anak, banyak perkara yang kita fikirkan. Restoran tu selesa ke? Ada ruang yang cukup untuk bawa stroller? Kalau anak tiba-tiba meragam, kita tak rasa serba salah ke mengganggu pelanggan lain?
Sebab tu, bila jumpa restoran yang bukan sahaja menyajikan makanan yang sedap tetapi juga mempunyai suasana yang selesa dan mesra keluarga, kakak rasa lega.
Baru-baru ini, kakak berpeluang menghadiri majlis bagi meraikan dua pencapaian besar Madam Kwan’s. Inilah antara sebab kenapa restoran ini terus menjadi pilihan ramai sejak sekian lama.
Selain terkenal dengan hidangan Malaysia yang menjadi kegemaran ramai, Madam Kwan’s kini memberi lebih keyakinan kepada pelanggan apabila hampir semua cawangannya di Semenanjung Malaysia telah memperoleh Pensijilan Halal JAKIM.
Bagi kakak, ini sememangnya satu berita yang menggembirakan. Sebagai ibu, kita bukan sahaja mahukan makanan yang sedap, tetapi juga mahu menikmati hidangan dengan rasa yakin dan tenang bersama keluarga.
Madam Kwan’s Kini Bersijil Halal JAKIM
Dalam majlis tersebut, Madam Kwan’s turut mengumumkan bahawa 17 cawangannya di seluruh Semenanjung Malaysia telah menerima Pensijilan Halal JAKIM, manakala cawangan baharu di AEON Tebrau, Johor pula sedang melengkapkan proses pensijilan.
Pensijilan ini membuktikan komitmen Madam Kwan’s dalam memastikan penggunaan bahan-bahan halal, pengendalian makanan yang betul serta mengekalkan standard kebersihan yang tinggi di setiap restorannya.
Bagi kakak, perkara seperti kebersihan dapur, kualiti makanan dan cara penyediaan memang antara aspek yang sentiasa diutamakan sebelum membawa anak-anak makan di luar. Jadi, bila restoran mempunyai Pensijilan Halal JAKIM, memang kakak yakin nak bawa keluarga makan di sini.
Nasi Bojari Madam Kwan’s Diiktiraf Malaysia Book of Records
Kalau sebut sahaja Madam Kwan’s, memang tak sah kalau tak sebut tentang Nasi Bojari mereka.
Hidangan ikonik ini berjaya menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai “Nasi Bojari Paling Banyak Terjual Dalam Setahun” dengan jualan mencecah 245,362 hidangan.
Tidak hairanlah Nasi Bojari menjadi pilihan ramai kerana gabungan nasi tiga warna yang harum bersama paha ayam goreng yang rangup, rendang daging yang lembut, udang assam dan telur rebus memang cukup lengkap dalam satu hidangan.
Selain Nasi Bojari, Madam Kwan’s juga terkenal dengan pelbagai menu klasik Malaysia seperti Nasi Lemak, Char Kway Teow dan banyak lagi yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan.
Restoran Yang Selesa Untuk Mak-Mak Bawa Anak Kecil
Apa yang paling kakak suka di Madam Kwan’s ialah suasana restorannya yang luas, bersih dan selesa.
Sebagai mak-mak, kita memang lebih tenang bila dapat menikmati makanan tanpa perlu tergesa-gesa. Anak-anak ada ruang yang lebih selesa, stroller pun mudah diletakkan dan kalau si kecil tiba-tiba meragam atau mahu berjalan sekejap, kita taklah rasa terlalu risau mengganggu pelanggan lain.
Suasana restoran yang kemas dan nyaman ini memang sesuai untuk keluarga yang ingin menikmati masa berkualiti bersama.
Kalau datang bersama keluarga besar atau rakan-rakan, pilihan menunya juga sangat pelbagai. Selain hidangan individu seperti Nasi Bojari, Nasi Lemak dan Char Kway Teow, Madam Kwan’s turut menawarkan pelbagai menu From The Wok yang sesuai dikongsi bersama seperti Curry Fish Head, Kangkung Belacan dan pelbagai lagi hidangan kegemaran rakyat Malaysia.
Yang paling menarik, mereka juga menyediakan Kids Menu, jadi lebih mudah untuk ibu bapa memilih hidangan yang sesuai mengikut selera si kecil.
Lebih Daripada Sekadar Restoran
Apa yang kakak suka tentang Madam Kwan’s ialah mereka bukan sekadar mengekalkan keaslian rasa masakan Malaysia, tetapi juga sentiasa memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman menjamu selera yang selesa, berkualiti dan penuh keyakinan.
Dengan pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk Nasi Bojari serta Pensijilan Halal JAKIM, jelas menunjukkan komitmen Madam Kwan’s dalam mengekalkan kualiti makanan, kebersihan dan layanan yang membuatkan pelanggan terus kembali menikmati hidangan kegemaran mereka.
Kalau korang mencari restoran halal yang sesuai untuk seisi keluarga, terutama yang ada anak kecil macam kakak, Madam Kwan’s memang antara pilihan yang boleh dipertimbangkan. Bukan sahaja dapat menikmati hidangan Malaysia yang autentik, malah suasana restorannya juga cukup selesa untuk meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.
Tahniah buat Madam Kwan’s atas dua pencapaian yang cukup membanggakan ini. Semoga terus menjadi antara restoran pilihan rakyat Malaysia untuk menikmati sajian tempatan yang enak, berkualiti dan penuh nostalgia.
Haaa… lepas ni dah tahu kan nak makan kat mana bila keluar dengan keluarga? Madam Kwan’s lah jawapannya!
Laman web : https://www.madamkwans.com.my
Facebook : madamkwans
Instagram : madamkwans
Tiktok : madamkwansmy
Youtube : mymadamkwans
Kedai Rasmi Shopee : madamkwans















Tiada ulasan