ByeBye-FEVER Cooling Gel Sheet | Essential Penting Untuk Mak-Mak!

ByeBye-FEVER Cooling Gel Sheet | Essential Penting Untuk Mak-Mak!

Sebagai seorang ibu, bila anak mula nampak tak selesa atau kurang sihat, mulalah rasa risau. Lagi-lagi kalau anak masih kecil, memang kita akan sedaya upaya sediakan apa yang boleh membantu mereka rasa lebih selesa.


Sebab tu kakak sentiasa bersedia dengan pelbagai essential penting untuk anak-anak. Biarlah orang cakap bawak almari sekalipun, janji essential untuk anak-anak sentiasa ada! Selain diapers, wet wipes, tisu, minyak angin, snacks dan air minuman, kakak memang sediakan ByeBye-FEVER cooling gel sheet dalam beg.


Kenapa ByeBye-FEVER Jadi Essential Dalam Beg Mak-Mak?

Sebab Mak-mak ni kan memang superwomen, kalau keluar dengan anak bukan sekadar bawa handbag tapi bawa keselesaan anak-anak juga.

Salah satu benda wajib tu ialah ByeBye-FEVER, ianya praktikal dan tak ambil banyak ruang bila sumbat dalam beg! Lepas tu pulak ianya ready-to-use cooling gel sheet, bila-bila anak mula rasa tak selesa keluarkan je untuk bagi cooling sensation untuk mereka.

Cara penggunaannya pun mudah. Hanya buka pek, tanggalkan transparent film dan letakkan bahagian gel pada kulit yang bersih, tidak luka atau iritasi.

ByeBye-FEVER juga Made in Japan dan merupakan salah satu jenama yang memang dipercayai dari dulu.

Bila Anak Kurang Selesa, ByeBye-FEVER Ada!

Bila anak kurang sihat dan kelihatan tidak selesa, sebagai mak memang kakak akan cuba buat apa yang termampu untuk memberikan keselesaan. 

Dalam situasi seperti ini, ByeBye-FEVER boleh digunakan sebagai cooling aid untuk memberikan cooling sensation. Bila anak selesa, kakak pun tenang.

Tapi ingat tau, ByeBye-Fever bukan ubat demam dan tidak menggantikan rawatan atau nasihat doktor. Tetapi sebagai cooling gel sheet yang ready-to-use dan praktikal untuk disimpan sebagai salah satu keperluan dalam beg. So bila-bila masa je boleh capai dan pakai.

Untuk kanak-kanak, korang kena pastikan menggunakan variant yang bersesuaian dengan umur dan sentiasa ada pengawasan orang dewasa. Kakak biasanya sediakan 2 variant, satu untuk baby dan satu untuk Abang. Kalau perlu, kakak bawa juga untuk dewasa.

Boleh Digunakan Dalam Pelbagai Situasi

Macam kakak cakap tadi. ByeBye-FEVER bukan hanya boleh digunakan ketika anak kurang sihat je tapi boleh menjadi salah satu essential penting untuk travel bersama anak-anak.

Lepas seharian berjalan, buat outdoor activity atau ketika cuaca terasa panas, kita boleh ambil sedikit masa untuk berehat dan menggunakan cooling sheet untuk mendapatkan rasa sejuk yang menyegarkan. Kakak selalu bagi anak-anak pakai masa tidur, barulah anak selesa sepanjang malam selepas hari yang panjang.



Untuk variant Adults/Children atau Super Cool, cooling sensation boleh bertahan sehingga 10 jam dan sehingga 8 jam untuk variant Babies.

Sebab itu kakak rasa benda kecil macam ni memang sesuai dimasukkan dalam travel pouch atau emergency essentials bag.


Barang Wajib Dalam Beg Mak-Mak

ByeBye-FEVER cooling gel sheet ni memang salah satu barang wajib dalam beg Mak-Mak tau! Memang lifesaver bethol yeee! Kakak memang bawa setiap masa sebab kita tak tau bila ianya diperlukan. Nak pula cuaca sekarang ni pun memang panas, lagilah anak-anak perlukan untuk membantu mengurangkan bahang cuaca tu.

Senang Nak Cari Di Farmasi

Kalau lupa bawa atau stok di rumah dah habis, korang tak payah risau sebab ByeBye-FEVER boleh didapati di farmasi berhampiran. Macam kakak cari je di Sunway Multicare Pharmacy.


Jadi kalau mak-mak sedang mencari essential penting untuk anak, barang wajib dalam beg Mak-mak atau cooling gel sheet yang praktikal, boleh cari ByeBye-FEVER sebagai salah satu item wajib ada dalam family essentials.

Cuma pastikan pilih variant yang sesuai dengan umur pengguna dan ikut arahan pada packaging.

So tunggu apa lagi? Dapatkan ByeBye-FEVER korang sekarang!

Happy ByeBye-FEVER Day! 10.10 

Tiada ulasan