Ajuntha Tekstil Jadi Pilihan..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AMARAN : Entri ini panjang meleret-leret..


Tak abis lagi dengan isu kedai kain.... Hehehhehe....
Disebabkan masa nak menempah baju raya tu dah suntuk, AJ sambung lagi cari kain arini.....
Memula tu AJ pegi Brickfields....
Name kedai tu Thallagam ape ntah...... (Sorry kalau salah..)
Kedai tu kedai tekstil paling besar kat Little India tu.....
Betul-betul hujung dekat dengan KFC Brickfields tu.....
Dah cari-cari kain tu, AJ berkenan 1 warna ni...
Dah tu pulak takde lagi sepasang yang sama....
Tapi AJ respect dengan jurujual kedai tu.....
Dia usaha jugak carikan macam yang AJ nak tu.... Sayangnye tetap takde....
Tapi takdelah pulak diorang nak bermasam muka..... Senyum je....

Lepas tu, kakak AJ ajak pegi KL....
Makanya meredah hujan 2 beradik ni demi mencari kain....
Tapi AJ taknak pegi Madras tu.... Cukuplah kene dengan layanan staff dia tu.....
So AJ pun singgah Ajuntha Tekstil.....
Kedai dia berdekatan dengan Mydin, dekat dengan medan selera tepi tu.....
Masa sampai tu kitorang basah jugaklah.....
Then bila orang tu realize kitorang nak masuk kedai tu cam teragak-agak, jurujual dia panggil jugak suruh masuk....
Kitorang cakap basah, dia cakap takpe.....

Dalam kedai tu pulak, cari punya cari...
Berkenanlah 1 kain warna coklat gold ni.....
Tapi agak tak bernasib baik, kain tu ade sepasang je.....
Takpe, AJ cari lagi yang lain....
Lame jugak mencari, habis semua kain orang tu keluarkan...
Yang pasti tanpa mengeluh, tanpa buat muke kelat, ketat..... Kalau dalam hati tu, AJ tak tau la pulak..
Dekat 45 minit jugak kami dalam tu......
Lastly terjumpa lagi 1 kain yang berjaya tarik minat AJ....
Cari lagi sepasang jumpa pulak.....
So, tahun ni baju AJ kaler teeetttttt..... (Tunggu raya...)


Kedua-dua kedai ni, AJ respect dengan jurujual dia...
Depan customer muka manis je walaupun kene punggah kain-kain yang ada.....
Lepas tu, tak marah-marah pun bile kite tak jumpe kain yang berkenan kat hati.....
Relax je diorang bile AJ tak beli kain tu......
Macam ni la baru customer nak datang lagi....
Haaaaaaaa.... Panjang gile pulak celoteh AJ pasal jurujual kedai kain ni...

P/s : Misi seterusnya, tempah baju raya!!!!!

Baca Selanjutnya »

Aduhlah Staff MADRAS Tekstil! Kurang Ajar!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sumber : Google

Jumaat lepas AJ berkunjung ke Madras Tekstil, Jalan Masjid India / Jalan TAR....
Niat hati nak beli kain....
Pilih punya pilih, AJ jumpalah sepasang kain ni...
Cantik pun cantik, material dia pun okay....
Disebabkan AJ nak 12 meter yang sama warna dan corak, makanya AJ nak carilah lagi sepasang...
Apa yang AJ jumpa sama warna, tapi tak sama corak....

Lepas tu datanglah sorang sales"makcik" ni....
Nak panggil salesgirl macam tak sesuai pulak memandangkan dia dah agak berusia.....

Bawah ni merupakan dialog AJ dan makcik tu....

"Makcik : Ye, U nak kain apa??

AJ : I nak kain yang macam ni lagi 1 dengan corak yang sama...

Makcik : Ini samalah, corak je lain sikit... Takpelah...

AJ : I nak corak yang sama sebab i nak buat baju kurung untuk 3 orang...
Nanti kalau amik yang ni akan ade seorang dapat baju lain, kain lain...

Makcik : Takpelah sama je, u tengok ini sama warna corak je lain....
Same je lah... Ini kain mahal tau.... (Nada mula meninggi)

AJ : Takpelah I nak yang corak sama...

Makcik : Ini kain mahal tau! Ini pun ade offer, mana ada yang sama..
Amik je la ini corak je lain-lain! INI KAIN MAHAL TAU! (Duk ulang perkataan kain mahal berkali-kali dengan nada yang tinggi dan minta penampar...)"

Dengar perkataan tu, AJ terus nak naik darah...
Mengenangkan dia tu dah berusia, AJ tahan jugak rasa nak marah tu.....
Memang bergetar je jiwa AJ masa tu.....
Kalau tak mau ade yang sakit jantung kene jerkah dengan AJ......
Bukan sebab frasa "customer always right" tapi cara dia cakap tu tak kena gaya..
Kalau customer dah taknak kain tu sebab corak tak sama, janganlah kau paksa-paksa..
Bila orang dah taknak kau nak marah pulak..... AJ pun faham, dia nakkan sales....
AJ pun apa lagi, terus tinggalkan kedai kain tu dengan tak beli apa-apa.....
Ikut hati yang panas, nak je AJ lempar kain dan duit depan muka dia...
Ingat aku tak mampu nak beli dan bayar ke kain mahal ko tu??????
Sesilap kedai-kedai dengan ko sekali aku beli.....! (Poyo)
Sorrylah Madras Tekstil, disebabkan seorang pekerja anda begini, nak berkunjung lagi kesana mungkin AJ akan fikir 3,4,5 kali.....
Kan tak pasal hilang customer..
Walhal ini bukan kali pertama AJ kesana tau....
Bila dah macam ni.... Bye-bye la jawabnya.....

P/s : Nak cari rezeki biarlah kena caranya.....
Kan tak pasal hilang customer..
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...

Baca Selanjutnya »

Hello JUN!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Hello Jun!!!
Jun merupakan bulan kesukaan AJ....
Banyak sangat moment penting dalam hidup yang terjadi pada bulan Jun...

6 hari lagi, Insyaallah AJ akan berganjak ke usia baru.....
Terasa semakin "kertu" pulak diri ini.......
Lepas tu 8 hari lagi, turn Mr.JR pulak berganjak ke usia baru dia.....
"Kertu" jugaklah cerita dia kan...
Hehehhehhee.... =P

Kawan-kawan AJ pun, ramai yang menyambut hari lahir bulan Jun...
Dan beberapa orang blogger juga lahir bulan Jun termasuk Sheila Salim dan Kak Suria Amanda yang tarikh lahir dia same dengan AJ... Hehehhehehe....
Permulaan Jun pun ada berita baik buat Mr.JR....
Alhamdulillah, kemarau bakal berakhir.......
Malam tadi pun masa duduk minum-minum, ade perancangan lain untuk Jun....
Insyaallah kalau diizinkan Allah swt...
Tapi yang pasti bukan bulan Jun tahun ni la.... =D

Dan juga yang paling penting.....
Akhir Jun nanti bulan paling ditunggu-tunggu bakal menjelma....
Bulan Ramadhan.... Ya Allah, itulah bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam...
Bulan yang penuh dengan keberkatan...... =D
Bercakap pasal bulan Ramadhan, PUASA DAH GANTI KE????

Harapnya bulan Jun yang merupakan bulan kelahiran AJ dipermudahkan..... =D
Dan untuk bulan-bulan seterusnya juga.....

P/s : Kawen nanti nak bulan Jun jugaklah.....
Beranak pun nak bulan Jun....
Amboih kemain verangan kan??!! =P
^______*



Baca Selanjutnya »