Santai di #P1omanite!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


30 April | Event #P1omanite yang santai dan bersahaja ni diadakan di The CO. Jalan Doraisamy...
Disebabkan event lepas keje dan lokasi dia pun agak dekat dengan ofis, AJ pun meluangkan masa join....
Terima kasih kepada pihak P1 atas kesudian jemput AJ... =D
I'm so honored.... Weeeeee....


Bagi sesiapa yang tak tau lagi, P1 sekarang ni berada di bawah TM.....
So event ini diadakan bagi untuk memberikan informasi kepada Online Media Assosiates (OMA) apa yang berlaku selepas TM menjadi syarikat induk P1....
Perkongsian secara santai ni disampaikan oleh Mr Shu Wei, CMO P1.....
Sebab apa AJ cakap santai? Masa kat The CO. kami semua duduk santai di alas oleh bean bag yang banyak dan berwarna-warni.....
Serius rase nak amik 1 je... Hehehehheheh.....


Perkongsian dari Mr. Shu Wei, CMO P1

Sebelum tu kan, diorang ade buat mini giveaway....
10 orang terpantas yang amik gambar #wefie dan share kat instagram dengan hashtag #P1omanite akan diberikan hadiah.....
AJ?? Confirmlah antara yang sepuluh tu kan..... Hehehehheheeh...
Ko gile kalau tak tercalon???  "Queen of Selfie" bak kate kawan-kawan... =P
AJ dapat hadiah set mug (lupa pulak nak amik gambar mug cantik tu..)

Lepas tu pulak kami para OMA ni dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta menjawab beberapa soalan apa yang kami nak dari P1 bagi mengeratkan hubungan antara P1 dan OMA....
Semestinya internet percuma itu bende yang pertama kan! Hahahahha...
Lepas tu kami nak perbanyakkan aktiviti luar, macam outdoor ke travel ke, annual dinner ke.....
Banyak cadangan yang diterima dari para OMA tau..... Semuanya best-best belaka....
Pihak P1 pun memang sporting habis malam tu....


The P1 crew... Sporting habis! =D

 Dan paling best sekali, makanan yang dihidangkan memang sedap sangat!
Burger, potato salad, ceasar salad  dari myBurgerLabs, kek cawan dan chocolate brownie dari Bitter/Sweet, “Sparkling Soda” dari The Tapping Tapir dan juga Nitro Coffee oleh Brewmen...
Ehem... AJ yang kecik ni siap makan bertambah okay! =P

The super duper delicious food!
 
Lebih kurang pukul 10 malam, berakhirlah #P1omanite.....
Itupun tak balik lagi.. Sempat lagi kitorang bersantai, berborak dan semestinya bergambar....
  AJ harap next time P1 sudilah nak jemput AJ lagi.....
Terima kasih P1....
 

Last but not least, antara blogger-blogger yang havoc malam tu.... 

P/s : AJ pun salah seorang pelanggan P1 Mi-fi....
Kalau keluar dari rumah memang AJ usunglah P1 tu kemana je... =D

Baca Selanjutnya »

Slogan Baru AJ! Heheheheh....

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Entri santai | Curi Masa Sikit.... =P
 

Kadang rasa macam tak cukup masa,
Kadang rasa tak memang tangan.....
Tapi kerja kene buat kan?
Part of tanggungjawab kata orang.....

Sekarang ni, masa keje memang AJ tak berapa nak ada masa....
Bak kate kawan AJ " Sejak U buat task baru, dah jarang nampak #selfie U "
Nampak nau ko ni Ratu Selfie kannnnn.... Kahkahkah......

Tapi memang lately ni AJ agak busy pun kat ofis....
Dah jarang nampak AJ berlegar-legar kat laman sosial waktu siang....
Baik FB, IG, whatsapp... Memang nan hado.....
Tapi takpelah, janji kerja kat ofis berjalan dan tak berapa banyak pending...
Now dah set dalam kepala otak, " BUSY is the new HAPPY "


P/s : Ade few entri agak backdated....
Akan curi masa sikit update...
Busy-busy jugak kan.. =D


Baca Selanjutnya »

SkyRides Festivals Park, Tarikan Terbaru di Putrajaya...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

 
But first, let me take a selfie....
29 April lepas AJ berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Skyrides Festivals Park yang bertempat di Putrajaya.
Terletak bersebelahan Monumen Alaf Baru, taman tema kekeluargaan Skyrides Festivals Park Putrajaya (Skyrides) telah dibuka kepada pengunjung tempatan dan luar negara pada 1 Mei yang lepas.
Ianya beroperasi sepanjang tahun dari jam 10 pagi sehingga ke 10 malam.
Majlis perasmian Skyrides ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
 Taman tema ini bakal menjadi destinasi pelancongan ikonik terbaru dalam kempen pelancongan Malaysia Year of Festivals (MyFEST) 2015.

Pic taken via drone
  
Di Skyrides pengunjung berpeluang menikmati keseronokan berada di awangan berketinggian 120 meter dengan menaiki Skyrides Balloon, sebuah belon helium yang pertama dan terbesar di Malaysia.
Di dalam gondola belon, anda boleh menikmati 360 darjah pemandangan indah dan melihat keunikan senibina bangunan serta landskap di sekitar bandaraya pintar Putrajaya!
Skyrides menjanjikan pemandangan yang menakjubkan yang berlatarbelakangkan lampu yang berkilauan pada waktu malam.

 Pemandangan 360 darjah sekitar Putrajaya dari ketinggian 120 meter atas udara

 Skyrides memiliki rekabentuk dan struktur yang kukuh dengan sistem takal berpaten dikendalikan oleh juru pandu yang terlatih dan berkelayakan serta merupakan satu-satunya belon helium bertambat atas air di dunia.



Selain menaiki Skyrides Balloon, pengunjung boleh melakukan aktiviti lain di Skyrides Festivals Park seperti SkyWarrior Rainforest Challange bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar, Skykids sebuah galeri khas untuk kanak-kanak bermain sambil belajar, SkyGallery dan SkyDemo bagi mereka yang meminati kesenian dan kraftangan, dimana orang ramai boleh belajar membuat rekaan seni sendiri yang bersesuaian dengan semua peringkat umur.
Bagi mereka yang meminati hiburan muzikal bolehlah berkunjung ke SkyStage, hilang juga lelah setelah seharian bekerja..
Dah berhibur pasti perut minta diisi kan?
Di SkyTaste terdapat gerai-gerai makanan yang menhidangkan pelbagai juadah untuk seisi keluarga....
Tak lupa juga SkyCruise yang menawarkan pengalaman manis menyusuri Tasik Putrajaya.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyasarkan Skyrides antara penyumbang bagi MyFEST 2015 iaitu 29.4 juta orang bagi ketibaan pelancong dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM89 billion.


Jom beramai-ramai kunjungi dan jadikan Skyrides Festivals Park Putrajaya sebagai destinasi percutian dan riadah sekeluarga....
AJ memang rekomen sangat tau.. Sesuai sangat kalau nak bawak sekeluarga tak kira peringkat umur....
Oh ya, masuk adalah PERCUMA!
Caj hanya dikenakan untuk menaiki Skyrides Balloon dan SkyWarrior sahaja....
 
Info lanjut boleh layari :

Website :  www.skyridesfestivals.com
atau
Facebook : skyridesfestivals

Jom tengok lagi sekitar Majlis Pelancaran dan juga kawasan Skyrides Festivals Park dari lensa AJ...
Kredit to Mr. JR



Kalau tak puas tengok gambar, apa kata korang alami sendiri....
AJ pasti , tak rugi punya.. =D

P/s : Best sangat, nak pulak bila waktu malam.....
Terang benderang nampak dari atas belon tu... =D

Baca Selanjutnya »