Ekspresi Media Kenyir 2019 | Aktiviti dan Paragliding di Bukit Maras

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Lepas seharian pusing Bandar Kuala Terengganu, kami dibawa menuju ke Bukit Maras pada sebelah petang. Apa yang menarik di Bukit Maras ni ek?


Bukit Maras terletak di daerah Kuala Nerus, tak jauh dari Kuala Terengganu sekitar 20 KM  dan mengambil masa dalam 30-40 minit perjalanan. Ketinggian Bukit Maras ialah 329 meter dari paras laut dan terkenal dengan aktiviti hiking, perkhemahan dan night walk. Selain daripada tu, korang juga boleh mencuba terbang di awan biru dengan aktiviti Paragliding!


Kami difahamkan oleh En. Rushdi (Jawatankuasa Pendakian Maras) dan En. Anuar (Setiausaha PLUT) segala aktiviti di Bukit Maras diusaha dan diuruskan oleh Hiking Maras Committee (HMC) dan Jawatankuasa Penaja Pengurusan Kelestarian (JPKL) Bukit Maras yang menggabungkan penggiat rekreasi sukan mendaki dan komuniti setempat. Manakala puncak bukit seluas 1.5 ekar disewakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus untuk dijadikan tapak aktiviti luncur udara (paragliding) kepada Persatuan Luncur Udara Terengganu (PLUT). So sebarang aktiviti berkumpulan haruslah dimaklumkan kepada pihak HMC dan mendapat kebenaran dari PLUT.



Waktu pendakian ada dua sesi, iaitu siang dan malam.

Siang 
6.00 pagi - 7.00 malam

Malam
7.00 malam - 12.00 tengah malam

*Pendakian waktu malam hanya dibenarkan sekiranya diiringi oleh guide



Sebelum memulakan aktiviti Paragliding, team Ekspresi Media Kenyir 2019 dibawa naik ke Bukit Maras dengan kenderaan pacuan 4 roda oleh Kelab Terjoh 4x4 Terengganu. AJ pilih nak duduk belakang, syok wo! Boleh je kalau nak hiking, 45 minit "je" sampai puncak ataupun 1.8 KM dari kaki bukit! Hihihihi.


Sampai ke atas kami trekking pula di Batu Biruk dengan diiringi En. Rushdi. Batu Biruk ni sebenarnya penanda aras puncak Bukit Maras. Korang boleh tengok sunrise dan sunset dari atas puncak ni. Kat sini juga terdapat pelbagai jenis flora dan fauna termasuk Tongkat Ali dan cendawan. Tapi jangan pulak korang gatal tangan pegi amik pulak tau! Amik gambar je okay.


Usai trekking, kami dijamu dengan air kelapa, buah tembikai fresh dari ladang dan jugak kuih muih tradisional negeri Terengganu. Kopok lekor pun ada, tak sah la kalau takde kan? Sedap betul bila rasa kuih tradisional yang diperbuat dari air tangan orang Terengganu sendiri. Antara yang dijamu ialah belebab ubi, sata dan otak-otak. AJ pun pestime rasa belebab ubi tu. Sebelum ni tak penah tau pun kuih ni. Hahahahaa.



Paragliding di Bukit Maras

Paragliding sukan lasak yang tak asing lagi dan merupakan salah satu produk pelancongan terbaru di Kuala Terengganu. Menurut En. Anuar, Paragliding Bukit Maras mula diperkenalkan di negeri Pantai Timur ni pada sekitar tahun 2017 dan mula tular dikalangan orang awam sekitar Februari 2018.  Pemandangan dari atas Bukit Maras memang cantik. Boleh nampak Laut China Selatan, sebahagian besar Kuala Nerus dan juga Bandar Kuala Terengganu. Peluncur udara profesional dari Perancis dan Switzerland pun penah cuba aktiviti kat sini dan mengagumi keindahan lanskap dan pakej yang ada di Bukit Maras. Jangan tak tau, En Anuar merupakan salah seorang peluncur udara. Yang lagi best bila AJ sendiri diberi peluang merasai pengalaman Tandem Paragliding ni sendiri!


Tandem Paragliding tu mende pulak kan? Haaa, kat sini kalau korang ada lesen untuk terbang bolehlah terbang sorang-sorang tapi kalau takde lesen dan pengalaman macam AJ, korang akan terbang bersama pilot yang berpengalaman dan terlatih. Pilot AJ aritu ialah Kapten Yusuf. Beliau berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang ni. Seronok tau paragliding. Korang kene cuba sendiri kalau ke Kuala Terengganu.

Nah AJ belanja sikit video AJ tandem paragliding dengan Kapten Yusuf.



Perasaan?

S.E.R.O.N.O.K! AJ tak gayat so masa kat atas tu takdelah rasa cuak gila nak tengok bawah, okay je. Seronok sebab boleh tengok 360 darjah Kuala Nerus dari atas, bukan semua orang merasa pengalaman tu kan? Masa AJ terbang tu pulak, Alhamdulillah cuaca elok dengan peredaran angin yang baik. So kat atas tu rasa smooth je. Masa nak turun tu tak rasa ape sangat, macam tengah turun naik roller coaster, geli-geli perut sikit! Hahahahahah. Takdelah menakutkan sangat! Jangan risau okay, kat sini mereka menitik -beratkan soal keselamatan pengunjung.



Kalau korang nak beraktiviti di Bukit Maras, kadar harga (per individu) yang dikenakan juga berpatutan :

Tandem Paragliding - RM 200
Perkhemahan - RM 10
Pendakian Trek Denai - RM 10
Pendakian Gua Kelwar - RM 5
Acara Rekreasi Berkumpulan - RM 100 - RM 200


Sekarang ni AJ difahamkan tandem Paragliding tengah ada promosi RM 150 je. Nak tau lebih lanjut mengenai sebarang aktiviti atau promosi di Bukit Maras boleh hubungi maklumat yang AJ sertakan kat bawah ni :

Surat Menyurat :
Persatuan Meluncur Uara Negeri Terengganu,
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,
Telaga batin, 23100 Kuala Nerus
Tel : 012-295 6302 (En. Anuar Bin Ngah)
Email : anuar@tipco2017.com

Komuniti dan Media Sosial

Facebook : http://www.facebook.com/hikingmaras
Instagram : http://www.facebook.com/hikingmaras
Email : hikingmaras@gmail.com
Tel (call/whatsapp) : 016-621 7227 (En. Muhd Rushdi Samsudin)
Telegram :  t.me/bukitmaras

P/s : Banyak lagi aktiviti menarik yang AJ nak cerita lepas ni. Stay tuned okay!

Baca Selanjutnya »

Ekspresi Media Kenyir 2019 | Kuala Terengganu

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Awal minggu lepas, AJ ke Terengganu untuk program Ekspresi Media Kenyir 2019 dengan Tourism Malaysia. Program ni bukan je melibatkan new edge media macam blogger semua, tapi mainstream media jugak. Seramai lebih kurang 23 orang peserta yang join.

Trip yang Ekspresi Media Kenyir 2019 4 hari 3 malam pada 18 sehingga 21 Mac 2019 ni bermula di Kuala Terengganu. Lepas tu barulah kami ke Tasik Kenyir. 


Terengganu ni banyak kali jugak AJ dah jejakkan kaki, tapi takde lah pusing habis kot. Paling tidak pun pegi Pulau Kapas. AJ kan suka pulau, so Terengganu pulak memang terkenal dengan pulau yang cantik dan terpelihara macam Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Sebenarnya selain pada pulau, banyak lagi tempat menarik yang korang boleh jelajah kat Terengganu. AJ sendiri pun tak jangka Terengganu ni banyak tempat best!

Persinggahan pertama kitorang masa trip ni ialah Masjid Tuanku Nur Zahirah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung yang terletak lebih kurang 4km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ni mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding masjid lain. Dibina di atas permukaan air di Muara Sungai Ibai sekitar tahun 1993 ke 1995 menjadikan ianya masjid yang terulung di Malaysia. Kat sini selain boleh beribadat, korang jugak boleh beriadah di taman sekitar masjid.


Masjid ini berkeluasan 1,372 meter persegi dengan 38 meter ketinggian menara dan dikelilingi air sedalam lebih kurang 1.5 meter. Diinspirasikan oleh Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Nasiruddin Shah dan dinamakan sempena bonda Al-Marhum Sultan.

Kemudian kami dibawa bersarapan di Warung Norazila, Kuala Ibai. Warung ni terletak tak jauh dari Masjid Terapung. Kat sini kami dihidangkan dengan Nasi Dagang. Tak sah ke Terengganu kalau tak cuba nasi dagang!


Usai sarapan kami dibawa ke Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu yang berstatus 4 bintang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang dan gym. Dari hotel, kami dibawa menaiki beca. Jangan tak tau, ni pestime AJ naik beca tau! Hahahahaha. Beca ni macam semua orang tau merupakan pengangkutan awam utama dari zaman dulu sekitar tahun 1920an. Tapi bila dah makin moden, beca semakin dilupakan. Anak-anak muda sekarang pun dah tak berminat nak bawak beca.


Kat Kuala Terengganu ni, golongan yang masih aktif mengayuh beca berusia sekitar 60 ke 70 tahun. Caj yang dikenakan pulak sekitar RM20 satu trip bergantung pada lokasi. Kalau korang berkunjung ke Kuala Terengganu, apa kata pusing seround dua naik beca. Selain boleh cuci mata tengok kawasan sekitar, boleh jugak tolong golongan ni jana pendapatan kan?


Lokasi pertama berbeca ialah pusing sekeliling Pasar Payang dan juga Masjid Zainal Abidin. Dari situ kami dibawa ke Kampung Cina atau Chinatown yang terletak berhampiran muara Sungai Terengganu. Berusia lebih 300 tahun dan pernah menjadi tempat tinggal pedagang-pedagang dari negara China.


Apa yang menariknya kat Chinatown Kuala Terengganu ni? Kat sini terdapat pintu gerbang bercirikan seni dan budaya Cina malahan bangunan yang terdapat di sekitar perkampungan ni juga masih mengekalkan rekabentuk lama dari abad ke-15. Di bangunan-bangunan tu pulak korang boleh dapatkan pelbagai jenis cenderamata, songket, kebaya ataupun nak mengopi dan merasa masakan peranakan. Masyarakat Cina disini pula sangat fasih berbahasa Melayu dengan loghat Terengganu tau! Selain tu, terdapat beberapa lorong yang dihiasi dengan lukisan dan seni moden seperti Turtle Alley. Nak ootd? Takde masalah! Kawasan ni AJ boleh katakan sangat "instagramable"!



Bila dah hampir setengah hari mengelilingi bandar Kuala terengganu, perut pun dah mula berkeroncong kan? Bolehlah singgah ke Singgang Budu. Kat sini macam-macam lauk yang boleh korang pilih. Kalau dah namanya pun singgang budu, mestilah santapan utamanya singgang dan juga budu! Macam-macam jenis singgang ada, nak ikan? Nak daging? Bereh bos!


Kalau tak nak singgang pun takpe, lauk-pauk yang ada kat situ beratur je. Tinggal korang nak pilih je! AJ ni pulak kalau dah jumpa ulam dengan budu, bende lain dah tak pandang. So far, makanan yang AJ cuba kat sini semuanya menepati citarasa. AJ ni kalau bab makan memang agak memilih sikit! So kalau AJ kata sedap, ko ghase? Hahahahaha. Tapi bergantunglah pada citarasa masing-masing kan?


Banyak lagi yang AJ nak cerita pasal trip Ekspresi Media Kenyir 2019. Ini baru setengah hari, ada beberapa lagi aktiviti yang AJ nak cerita. Stay tuned okay! Lepas ni AJ nak share keseronokan paragliding!! Tunggu tau korang. Bagi AJ cari ilham dulu. Hahahahaha! Kalau sambung kat sini berjela pulak korang nak membaca kan.

Info lokasi :

Masjid Tuanku Nur Zahirah @ Masjid Terapung
Kuala Ibai, 20400, Terengganu.

Hotel Paya Bunga
Alamat : Jalan Tengku Embong Fatimah, Off Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu, Terengganu, MY
Tel: +609-600 6666
Fax: +609-600 6688

Kampung Cina @ Chinatown
Alamat : Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu.

Singgang Budu
Alamat : 20300, Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : +6012-9668584


Baca Selanjutnya »

Le French Festival 2019 (LFF) Edisi ke-18 Kembali!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Le French Festival 2019 (LFF) bagi edisi yang ke 18 kini kembali. Acara tahunan yang menampilkan pelbagai pameran seni dan budaya, persembahan muzik, teater, gastronomi dan sebagainya dari Perancis ini bakal diadakan bermula 4 April sehingga 12 Mei 2019.


Acara pertukaran budaya yang mula diperkenalkan sejak 2001 ni telah berjaya dan kali ni dijangka menarik minat lebih ribuan penonton dan peminatnya yang tersendiri dari 4 buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Penang, Johor Bharu dan Kota Kinabalu.



Pada LFF 2019, G.H Mumm Champange, champange Grande Maison no 1 di Perancis  untuk pertama kalinya dengan Golden Screen Cinemas (GSC) sebagai rakan kolaborasi LFF bergabung untuk membawakan festival ni untuk semua lapisan masyarakat sama ada yang berkeluarga, kanak-kanak, peminat makanan, filem Perancis dan sebagainya.

Untuk pertama kali dalam sejarah LFF, Alliance Française (AF) dan Kedutaan Perancis di Malaysia bukan sahaja membawakan variasi program dan artis dari Perancis tapi turut menjadi pengarah dengan kerjasama KL Shakespeare Players (KLSP) untuk persembahan istimewa LFF 2019 iaitu "Cyrano de Bergerac ("The story of Cyrano de Bergerac") yang terkenal di pentas teater Perancis.




LFF 2019 nanti akan mempamerkan pelbagai genre dan persembahan dari Perancis termasuk :

Festival Filem Perancis terbesar di Malaysia dengan 15 pemenang anugerah filem Perancis.

Pelbagai jenis muzik Perancis dipersembahahkan oleh musician dari Malaysia.

Teater dan tarian

Art de Vivre termasuk food & drinks tastings, kelas memasak dan banyak lagi.

Selain itu LFF 2019 turut membawakan filem-filem terbaik dari Perancis seperti FUNAN, Paris, by Lorànt Deutsch, Exit, Brand New World dan sebagainya.





Festival ini bakal berlangsung di 4 buah negeri iaitu :

Kuala Lumpur : 4 April - 28 April
Penang : 25 April - 5 May
Johor Bahru : 2 May - 5 May
Kota Kinabalu : 9 May - 12 May

Masa sidang media tempoh hari, Sharifah Amani turut dijemput sebagai tetamu istimewa.



Untuk maklumat lanjut mengenai Ke French Festival 2019 (LFF) boleh layari :

Le French Festival 2019

Website : www.lefrenchfestival.com.my
Facebook : www.facebook.com/lefrenchfestivalmy
Instagram : @lefrenchfestival_my
Sebarang pertanyaan : info@lefrenchfestival.com.my / 03-2694 7780

Alliance Française de Kuala Lumpur

Website : www.alliancefrancaise.org.my
Facebook : www.facebook.com/AllianceFrancaisedeKL
Instagram : @alliancefrancaisedejk
Tel : 03-26947880


P/s : Mesti pegi! Filem France best-best kot....


Baca Selanjutnya »