Imbas Kembali 2013


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

2013 sudah hampir melabuhkan tirainya beberapa jam lagi......
Bila imbas kembali kan, banyak suka duka, airmata, kecewa yang berlaku sepanjang tahun...
Ecewahhhhh ayat kau!... Hehehhhe..
Semua orang pun macam tu kan........ =P

Dalam entri ni AJ nak imbas kembali sikit sebanyak bende yang best dan tak best dalam tahun 2013 ni....
AJ amik point-point je yang ada dalam blog ni....
Otak ni takdelah hebat sangat nak recall semua bende yang jadi setiap hari sepanjang tahun kan..... =D


Januari

1- AJ dapat rezeki baru setelah 2 tahun keje kat tempat lama.
2- Dapat riding shoes dari Mr.JR...

Februari

1- Ride ke Cameron Highland...
2- Berselisih faham dengan kawan baik AJ.... Tak penah dia marah lelama macam tu.
3- Al-Fatihah buat Blogger Bro Jejai...

Mac

1- Bestie AJ nikah.... Dalam duk teka-teki siapa kawen dulu setelah sekian lama, akhirnya baru dapat jawapan..
Kan betul, dia yang akan kawen dulu.....
2- Kucing AJ mati kat vet.... Dahlah mati, bil pulak mahal gile...

April

1- AJ bukak langkah pertama nak buat braces setelah bertahun simpan hasrat....
Baru buat appointment je...
2- Pegi vacation kat PD, tapi AJ rosakkan mood cuti semua orang....
AJ kene food poisoning di malam pertama cuti.... Penyudahnya second day tu tak dapat berjalan kemana sebab AJ kene tahan kat hospital 4 jam dari awal pagi....

Mei
(Bulan paling banyak dugaan)

1- First time dalam hidup AJ kena tahan wad....
Ingatkan kisah masuk hospital  ni dah tamat lepas balik bercuti.....
Rupanya tak, lepas 2 hari AJ kene masuk wad pulak selama 3 hari sebab tekanan darah rendah dan sel darah putih naik, selain "cerry berry" dan muntah-muntah...
2- AJ hilang keje gara-gara mulut puaka orang lain...
Kene fitnah baik punya!
3- Dapat Ipad Mini sebagai advance birthday present dari Mr.JR.....
Happynyaaaa.. =D
4- Kucing AJ pulak kene operate sebab baby dia mati dalam perut..
Nak menangis jugak rasanye...
Yelah, keje dahlah takde.....

Jun

1- Tetiap tahun special sebab bulan kelahiran AJ..
Bukan AJ je, Mr. JR pun berselang 2 hari je dengan tarikh birthday AJ...
2- Officially berbraces setelah 2 bulan menanti waiting list tu....
3- Buat surprise birthday untuk Mr.JR....
Fuhhhh.. Nasib menjadi.. =D

Julai
(Bulan Ramadhan tak banyak cerita)

1- Kali pertama AJ join event dengan blogger...
Majlis bukak puasa...
Itulah langkah pertama yang AJ untuk eratkan silaturahim dengan blogger lain....
selalu kat alam maya je kan......

Ogos

1- Raya paling tragedi sekali....
AJ nyaris nak buta gara-gara contact lens....
Nak cantik punya pasal, hambik kau.... Tu makan dia....

September 

1- Urap... Kucing baik yang selalu minta makan dekat family AJ..
Tetiba datang je kaki belakang tak boleh jalan....
Kacau bilau AJ bila tengok macam tu....
Bagai nak gila meminta ehsan sana sini untuk tanggung kos perubatan dia...

Oktober

1- Akhirnya Urap pergi juga...
Habis usaha AJ, maaf Urap kami tak dapat selamatkan Urap.....
Tak taulah siapa gerangannya yang pukul Urap sampai jadi macam tu....
2- Busy ikut event je...

November

1- Masih lagi tak keje, so aktiviti AJ kebanyakannya berjimba-jimba je....
  2-Akhir November ada berita baik!!!!
Alhamdulillah..

Disember 

1- Start keje dengan company baru setelah berbulan-bulan lamanya menganggur.....
2- Berita mengejutkan mengenai pemergian Blogger Shaharil Salman akibat kemalangan...
Dah 2 orang blogger yang AJ kenal dijemput Ilahi tahun ni.... Al-Fatihah...

Azam AJ dah tercapai ke belum ye???
Rasenya AJ tak berazam apa-apa pun untuk tahun ni...
Hehheheheheh...

Semoga tahun 2014 ni lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni...

P/s : Korang macam mana?
Baca Selanjutnya »

Al-Fatihah Blogger Shaharil.com


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Malam tadi AJ dapat khabar sedih dari Nizam Ijam......
Menurut Nizam, Blogger Shaharil Salman telah kembali ke rahmatullah petang semalam akibat langgar lari.....
Berita yang AJ terima ni sangat mengejutkan...
AJ takdelah rapat sangat dengan Allahyarham, tapi AJ penah berjumpa beliau buat pertama dan terakhir kali masa event Deepavali Petronas.....
Beliau ni cam agak malu-malu sikit masa jumpa kami, mungkin sebab first time jumpa kan..
Habis event tu, AJ selaku mastermind angkut sekali dia pegi karaoke...

Tak sangka semalam, dia dah pergi......
Padahal malam sebelum tu, AJ nampak kelibat dia dalam group chatting blogger.......

Al-Fatihah buat Allahyarham Shaharil Salman pemilik www.shaharil.com....
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan insan beriman........
Takziah buat keluarga beliau.....

Ini kali pertama AJ kenal dan kali terakhir jumpa Allahyarham.....

P/s : Mati itu pasti....

Baca Selanjutnya »

Smashing Scarves Untuk Penggemar Shawl!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang penggemar shawl??
Hari  ni AJ nak cerita sikit mengenai Smashing Scarves..
Smashing Scarves ialah 1 online shop yang menjual pelbagai jenis shawl daripada pelbagai material..
Ada shawl dari fabrik Chiffon, Opal, Satin, Cotton dan sebagainya....

Koleksi shawl mereka sangat trendy dan juga selesa dipakai...
AJ sendiri berpeluang mencuba beberapa helai koleksi shawl mereka.....
Seriously design dan coraknya memang bersesuaian dengan semua peringkat umur....
Ianya juga sangat selesa, kainnya sejuk dan senang dibentuk.....
Part yang AJ paling suka bila kita pin, shawl tu tak tertarik... =D
AJ pun dah rambang mata dengan shawl yang dijual.....
Rase macam nak beli semua!

Jom tengok antara koleksi shawl yang terdapat di Smashing Scarves

Yang ini personal favourite AJ..
Warna merah dia memang menarik sangat pada mata AJ...







Haaaaaaa....
Memang cantiuk-cantik kan?????

Selain shawl, ade juga koleksi inner neck, inner neck silang macam dibawah ni....


Smashing Scarves juga menyediakan khidmat tempahan shawl dan veil untuk apa sahaja majlis mengikut citarasa dan bajet korang tau.....
Harganya juga berpatutan dan semuanya dibuat by hand.... =D

Bagi mereka yang berminat mendapatkan koleksi shawl mereka boleh layari :


P/s : Satu hari nanti..
Insyaallah......


Baca Selanjutnya »