Tak Nampak Pun Hot Air Balloon?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Semalam AJ ke Putrajaya, niat hati nak tengok Hot Air Balloon.....
Tapi sampai je kat Monumen Alaf Baru tu, seketul hot air balloon pun AJ tak nampak.....
Yang "Night Glow" tu kene beli tiket secara online.... AJ bukak website dia few days before tak dapat nak beli pulak.... Maybe dah abis la kot sebab tiket dia limited up to 300 visitor per day....

Pic *Google*

Or maybe AJ pegi salah time kot....
Tu pasal takde belon udara panas kat ruang udara tu......
AJ ade update status kat FB....
Ade sorang kawan AJ komen kemungkinan salah timing tu....
Lepas tu komen yang sorang lagi tu, dia cakap mase dia pegi dia diberitahu yang belon udara panas tu takboleh terbang sebab angin terlalu kuat.....
Hurmmmm.... Mungkin takde rezeki kot nak tengok.... Lain kali je la cite dia....
Tu pun kalau ade lagi la.... Hehehehehe.....

Frust sekejap..... Nasiblah kat situ dah ade IOI City Mall.... Hehehehehhe.....
Last-last sebelum balik lepak kedai mamak kat Precint 9..... ≧﹏≦

P/s : Yo yo oo je AJ bawak kamera bagai....
Penyudahnya amik gambo bangunan je....


Baca Selanjutnya »

TYCO ADT Annual Dinner | Tema : Wild Wild West

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Jumaat, 6 Mac lepas company AJ ade annual dinner dekat Palace of The Golden Horses...
Tema yang committee pilih tahun ni Wild Wild West.....
Fuhhhh..... Dashyat betul tema tu....
1st sekali masuk dalam kepala AJ bile dengar Wild Wild West mestilah Cowboy/Cowgirl macam tu.... Lepas tu ala-ala Zorro..... Huhuhuhuhu...


Puaslah fikir nak pakai ape....
Sebab baju-baju untuk tema ni bukan kite selalu pakai.....
Memula AJ plan nak pakai baju ala-ala Western Lady tu... Yang dress kembang bulat tu.....
AJ ingat nak sewa je tapi sayangnya baju tu tak available pulak time event tu.....
Alternatif lain AJ fikir baju yang kembang bahagian lengan dengan corset, skirt leather dan boots....

OOTD AJ untuk Annual Dinner, tema | Wild Wild West!

On the very last minute, AJ terjumpe pulak ruffles skirt mase jenjalan cari baju Mr.JR since dia pun dah 1 company ngan AJ....
Annual dinner tahun ni, AJ tak berapa nak lucky..... Lucky draw tak kene langsung....
Last year ade jugak walau dapat kayu golf.... Hahahahaha.....

Tengok pic ni rasa nak nyanyi lagu tema filem Zorro pulak!
" I want to spent my lifetime loving youuuu..... "
♪♬♩♬♩♪♩

Compared dengan last year, tahun ni annual dinner company AJ ni nampak lagi meriah.....
Ade banyak game yang diorang arrangekan cam teka muzik latar filem/series, game mengenakan staff atas pentas lagi.... =P

Sesi mengenakan staff! =P

AJ tak terkecuali... Terkono jugak....
Kene naik pentas dengan bersari siap pakai topeng Bill Clinton.... Pastu kene act macam bandboy gitu... AJ kene act main drum.... 
Sampai tercabut sari kawan AJ mase tu....
Yang AJ pulak dah macam goreng char kuew tiaw diorang kate.... Hahahahaha....
Mau taknye, tak penah hayat aku main drum wehhhh.... =P

Spot me! Hahahahaha....

Dan kalau last year AJ menang kategori best dress female.... Tahun ni I made it again!!!!
Yeayyy.... Tak sangka sangat...
Kalau ikutkan ramai yang pakai lagi dashyat dari apa yang AJ pakai.....
Tapi disebabkan undian pakai sorakan, AJ dipilih jadi pemenang best dress female lagi sekali.....
Tahun lepas dapat set body care L'Occitane, tahun ni dapat set perfume Bvlgari Omnia Coral.... =D

Terima kasih kawan-kawan yang tolong sumbangkan suara emas korang bagi sorakan kat AJ...... =D

Sebenarnya mase malam annual dinner tu ade tragedi sikit... Nasib takde orang perasan sampailah AJ bagitau diorang..... Heheheehe...
Boots yang AJ pakai tu memang dah lame sangat AJ beli..... Entah macam mane masuk je ballroom awal-awal event tu, tercabut pulak tapaknya.....
Time-time ni pulak dia nak tercabut.... Huhuhuhu....
Tapi nasib baiklah sampai abis annua dinner bekas tapak kasut AJ tak tercabut...
Padahal mase tu AJ punyalah berlari, melompat-lompat bagai.... Fuhhhh....
Kalau tak, memang berkaki ayam je la AJ....
Aku selamba! Hahahahaa.....

Sampai tercabut tapak kasut! =P

Meh layan lagi extra seketul dua gambar....
(*^﹏^*)



Dan photobooth session....
Kuar abis muncung AJ.... Hahahahaha....



P/s : Tahun depan kalau masih disini..... Nak pakai lari tema la... Bolehhh???
≧﹏

Shopping Guide :
White Top : Times Square
Ruffles Skirt : Sg Wang Plaza
Corset : Online
Boots :  Sg Wang Plaza
 

Baca Selanjutnya »

Minggu Sibuk!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 
 
Seminggu tak bersiaran.....
AJ sibuk sangat berkejar kesana kemari settle kan urusan itu dan ini....
Untuk pengetahuan korang, kucing AJ si Abot dah pergi tinggalkan AJ sabtu lepas...
Sedih memang sedih.. tapi Aj redha sebab kesian sangat bila tengok dia menderita...
keputusan darah Abot dah sahkan Abot memang positif FIP.... =(

Semalam pulak AJ bawak sekor lagi kucing AJ...
Ahad lepas dia keguguran....
AJ bawak dia ke vet aritu.. memang tak perasan sungguh si Kiki bunting....
Lepas tu doc pun tak perasan.... Bagilah dia injection antibiotik untuk selsema....
Tau-tau lepas 2-3 hari macam tu dia gugur... 4 ekor semuanya....
Sekarang Kiki ade kat vet untuk dipantau keadaannya....
Sorry ye sayang mummy.... Mummy tak perasan awak bunting sebab awak baru je beranak Disember lepas....


Lepas tu Jumaat ni pulak, AJ ade annual dinner company....
Tak taulah nak pakai ape.......
Temanya "Wild Wild West".... Alamak! Nak pakai ape ni?
Payah sungguh temanya..... Kalau last year "Hawaiian Paradise". mudah jugaklah nak cari pakaian...
Sebab pakaian jenis tu memang kita pakai...
Kalau Wild Wild West??? Jenuh nak cari kuda 8 dengan pistol 2 ni....
Hehehhehehehe...
Nak tau AJ pakai ape untk dinner nanti?? Tungguuuuuu...
AJ sendiri pun masih tak tau nak pakai ape... Hehehhehehe..... =P

P/s : Semoga minggu sibuk ini cepat berlalu....

Baca Selanjutnya »

Kucing Sakit Lagi!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Start dar CNY aritu, satu per satu kucing AJ kene selsema....
Mula-mula aritu, Boboy... Lepas tu dah berjangkit ke kucing lain pulak.....
Ahad lepas, 2 ekor kucing AJ selsema teruk.... AJ terus bawak 2 ekor tu ke vet.....
Sampai vet doc check dan bagi suntikan..... Lepas tu doc bekalkan ubat untuk diorang.....


Hari selasa, selsema semua kucing-kucing AJ dah nampak terkawal kecuali sekor....
Selsema Abot nampak makin teruk pulak.....
Petang lepas balik keje terus AJ refer Abot ke vet balik.....
 Doc suspect Abot kene FIP macam Comot tu.... Terus AJ rasa nak nangis....
Perut Abot pun nampak makin membesar...
Semalam AJ datang, tengok dia lemah tapi still boleh jalan dan bangun bila AJ panggil....
Tapi dia tak makan dan minum sikit-sikit je.....


Arini AJ mesej Misi kat vet tanye macam mana keadaan Abot....
 Dia cakap Abot makin lemah....
Sedih betul bila AJ baca mesej camtu...... AJ harap Abot ade harapan....
Malam tadi AJ dah suruh doc amik sample darah dia.....
Harapnya keputusan nanti okaylah....
Petang nanti AJ nak bawak 2 ekor lagi anak kucing AJ ke vet dan lawat Abot.....

P/s : Doakan yang terbaik untuk kucing AJ....
 
Baca Selanjutnya »

65 Tahun | Tragedi Bukit Kepong


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

23 Februari 1950 - 23 Februari 2015, 65 tahun sudah terjadinya Tragedi Bukit Kepong....
Satu peristiwa yang menyedihkan dalam sejarah negara kita....
AJ tahu pasal Tragedi Bukit Kepong ni pun melalui filem yang dilakonkan oleh Dato Jins Shamsudin suatu ketika dahulu...
Mengalir airmata setiap kali menonton filem ni..... Bagaimana mereka berusaha dan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir menyelamatkan Balai Polis Bukit Kepong dari pihak Komunis...

Ringkasan dan Rentetan Peristiwa Bukit Kepong

Balai Polis Bukit Kepong terletak di tebing Sungai Muar, sekitar 59km dari Bandar Muar, Johor...

4.15 pagi | Kejadian bermula sebelum subuh apabila komunis memula melancarkan serangan gerila ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang diperbuat daripada kayu, apabila Mata-Mata Jaafar bin Hassan mencabar dan telah menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai.
Selepas itu pihak komunis mula mentyerang dari setiap sudut.. Mereka percaya akan berjaya mengalah pihak polis dalam tempoh yang singkat kerana memiliki beberapa kelebihan seperti senjata dan jumlah anggota yang ramai serta keadaan balai yang terpencil.... Walaupun begitu, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah enggan menyerah, biarpun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah kalah.
Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran...

5.00 pagi | Pasukan Polis Bantuan dan penduduk kampung ynag lengkap bersenjata digerakkan dari Kampong Jawa bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu.

7.00 pagi | Komunis menawan Mariam Ibrahim isteri Mata-Mata Mohammad Jaafar, Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan isteri Mata-Mata Abu Bakar Daud dan Mat Indera (Ketua kumpulan Komunis) memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah namun tidak diendahkan oleh Sgt Jamil dan menegaskan akan bertahan dan berjuang habis-habisan.
Akibatnya Mariam dicerakan dan Fatimah dibunuh manakala suami Fatimah Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di Sungai Muar, ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Detik terakhir pertempuran menyaksikan berek kelamin dan balai polis dibakar, 2 wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus.. Hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Pihak Komunis pula berterusan menembak mereka yang cuba lari dari balai yang sedang terbakar... Ketika ini, penduduk Kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Komunis kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api...

Begitulah kisah berakhirnya perjuangan mereka yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong....
Sedih sangat... Sampai ke titisan darah terakhir dipertaruhkan..... =(

Antara gambar berkaitan Peristiwa Bukit Kepong...



 
Anggota dan Keluarga yang terkorban dalam pertempuran





P/s : Dulu orang mempertahankan habis-habisan, sekarang ramai pula yang memperlekehkan.... =(

Baca Selanjutnya »