Mereka Juga Makhluk Tuhan...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Benganglah AJ dengan sesetengah manusia yang bersikap prejudis ni......
Tadi AJ ada bagi makan kat seekor anjing kat bawah ofis AJ ni...
Dari pagi tadi duk kehulu kehilir depan tu......
Kesian AJ tengok.....
Lunch AJ turunlah beli makanan, lalu AJ kongsikan sedikit rezeki AJ hari ni dengan anjing tu.......
Tetiba entah datang seorang mamat dari mana tegur AJ...
"Janganlah bagi makan kat anjing tu, nanti dia berak dan kencing kat sini....."
Mulut AJ ni ringan je nak bahasakan dia.....
Apa sahaja binatang, tak kiralah kucing ke, anjing ke takkan buang air kat tempat orang bagi dia makanlah.....
Tak pernah bela binatang ke???
Lagipun tu benda asas kot.....
Aduhai mamat ni... Selama ni takde pulak bersepah najis anjing tu kat bawah tu bila kita bagi dia makan...
Anjing tu pun tau lah....
Lepas tu nak pandang-pandang pulak bila AJ hulurkan makanan kat anjing tu....

Tak faham betullah....
Mereka juga makhluk tuhan.......
Mereka juga ada rasa lapar dan dahaga......
Tak salah pun AJ berkongsi rezeki dengan anjing tu.....
Bukannya AJ belai-belai atau cium dia kat bawah tu tadi......
Berbuku je hati ni.... Tapi AJ sabar je la...
Lagipun anjing tu tak usik pun dia kat situ..
Yang prejudis sangat tu kenapa????

Ke JELES sebab AJ tak bagi makanan tu kat dia????



Ps : GERAMMMMMMMMM.....!!!!

Baca Selanjutnya »

Bukan Bersifat Perkauman...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ bukanlah seorang yang bersifat perkauman atau racist ni....
AJ bercampur dan berkawan dengan semua orang tak kira apa bangsanya atau apa agamanya.....
Tapi berada di ofis baru ni membuatkan AJ lebih berhati-hati.....
Di sini, hanya AJ dan seorang staff je yang berbangsa Melayu dan Muslim....
Yang lain, semuanya berbangsa dan beragama yang berlainan.....
Kami semua berkongsi pantri dan perkakasan ofis yang sama termasuk sudu, garfu dan sebagainya....
Tapi AJ lebih suka menggunakan perkakasan sendiri yang dibawa dari rumah...
Sehinggakan span mencuci pun dibeli sendiri....
Bukan berniat untuk menjadi seorang yang bersifat perkauman....
Tetapi sebagai seorang Muslim, AJ ambil pendekatan tu memandangkan keadaan persekitaran di sini...
Dekat kawasan ofis, TIADA kedai yang halal......
Ada pun terpaksa berjalan jauh....
Kebanyakkan staff di sini tapau kat kedai bawah-bawah ni je.....
Kalau dah tapau kat bawah tu, faham-faham je la... Non-Halal..
Memang patutlah AJ gunakan perkakas dan span sendiri kan?
Pada AJ, eloklah kita elakkan.....
Bercampur boleh, tapi untuk berkongsi sesuatu yang kita tak tahu isi kandungannya tidak sama sekali.... =D




P/s : Bersikap Perkauman Ke ek pada korang???
Apa pandangan korang???



Baca Selanjutnya »