Pelik Tapi Benar!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Fakta-fakta yang AJ share ni agak pelik....
Tapi ianya benar...
Tak caya???? Cuba try test... =P

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki....
(Kenyang ke?? Unik sangat cara rasa makanannya tu....)


2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).....
(Sila tanya apa itu bunyi echo kat cikgu vokal ye.... =P)

3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding 
keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi...



4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.....
(Ehh?? Yeke??? Siapa takut labah-labah?? Baik ngaku cepat....)


5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.....
(Cuba imagine kalau gajah melompat??? Pelikkan?)


6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih....
(Agak-agak siapalah si panjang umur tu??)

7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.....
(Bawak turun guna lif lah... =P)

8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki......
(Cuba compare dengan pasangan anda.... Yang berlainan gender ye.. =P)


9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri....
(Mesti ada yang cuba jilat siku pasni....)



10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun........
(Siapa kuat tidur boleh digelar SIPUT tetttttttt.....!!!! Sambung sendiri =P)


11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan,  tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.....


12. Semua beruang kutub adalah kidal......
(Kalau nak tahu betul ke tak pegi suruh beruang kutub menulis... Tu pun kalau korang cukup berani nak hadaplah....)

13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.....
(So besar mana je otak dia ye?)

14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari 
huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.....
(Kalau nak panjang lagi boleh je... Tapi sure takde dalam kamuslah.... =P)

P/s : Fakta ke Auta???


Baca Selanjutnya »

Penyakit Lama Datang Menyerang....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ni yang AJ malas ni bila penyakit lama menyerang kembali...
AJ ni bila dah start susah nak berhenti....
Hari-hari, tiap waktu AJ akan hadap je penyakit tu.....
Sampai tergendala segala keje yang AJ nak buat atau tengah buat......
Dulu AJ penah kena penyakit "Gila COD"..
Bayangkan time tu AJ boleh melepak kat CC hadap bende tu dari lepas Isya' sampai 7pagi keesokkan harinya.....
Sampai nak muntah hijau dah tengok PC tu...
Tapi gagah jugak...
Tak padan dengan perempuannya AJ time tu........
Alhamdulillah nasib boleh stop.... Kalau tak buang masa kat CC je kejenya.... =D


Ni pulak dah terkena balik penyakit Angry Bird.....
Dulu main pakai PC, sekarang ni AJ main kat phone pulak....
Sampai kong bateri fon AJ hadap bende tu..
Bukan AJ je.... En. Sayang pun taknak kalah...
Siap rebut dengan AJ lagi......
Amboih bijakkan... Nak jimat bateri fon dia, dia lanyak fon AJ....
Sampai stress dan emo kejap main mende alah tu.......
Yelah ada 1 stage tu berhari-hari kitorang cuba tapi tak jugak lepas-lepas...
Berhantu betul game tu.....
Ni pun batt AJ dah tinggal separuh....
Dari pagi masuk keje duk main game sambil bekerja, sambil fb, tweet segala.....
Haissshhhh.. Apa pun tak boleh.....
Ni En. Sayang lah ni pengaruh main game tu balik....
Hampagas.....



P/s : Ni sebab AJ malas nak download Game..
Padahnya TERJEBAK jugak.... =P
Bye nak main Burung Marah.... Hahhahahha.. 
Baca Selanjutnya »