Salam AidilAdha Blogger!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama juga rasanya AJ  tak berblog....
Adalah 2 hari..... Lama kan???
Hehehehehehehe.... 
Actually past few days AJ tak berapa sihat...
So mood perah otak, nak berceloteh pun macam suam-suam kuku gitu....
Tapi kat twitter, sihat je...
Siap kene twitlimit lagi.... =P

Rasanya masih belum terlewat untuk AJ ucapkan Salam AidilAdha buat blogger yang beragama Islam....
Mana yang balik beraya di kampung ataupun di mana sahaja, AJ doakan perjalanan korang selamat..
Insyaallah....
Raya AJ hari ni biasa-biasa je....
Duduk rumah, mengemas dan tengok tv je...
Kang kalau pegi tengok orang surau sembelih lembu, terbit pulak rasa kesian...
So baik tak payah tengokkan... =D
Petang sikit baru AJ pegi "datingraya" rumah kawan-kawan....
Yelah sambil dating, sambil raya...
Hahahahahhaah...
Hope raya korang meriah je okay.....



Ni special AJ bagi untuk korang..... =D


 P/s : Sempat snap atas motor masa pegi kedai siang tadi....
Hehhheehe...
Baca Selanjutnya »

Tahniah Zulfahmi Khairuddin dan Wow Hafizh Syahrin!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam berlangsungnya MotoGP di Litar Lumba Sepang.......
Tahniah kepada ZulFahmi Khairuddin atas kejayaan beliau merangkul tempat kedua untuk Moto3....
Akhirnya beliau menjadi pelumba dan anak Malaysia pertama yang menaiki podium dalam kejohanan bertaraf dunia.....
Bersorak AJ tengok kat rumah....
Walaupun 7 laps terakhir tu astro buat hal sebab hujan........
ZulFahmi memulakan perlumbaan di petak pertama......
Kemudiannya mengungguli barisan hadapan.....
Walau bagaimanapun pada corner terakhir beliau dipintas oleh Sandro Cortese......
Tapi takpelah, bak kata dia biarlah dapat nombor dua daripada terkeluar dari perlumbaan kalau terjatuh....
Lagipun masa corner terakhir tu, tayar belakang dia dah lari sikit.....
Agak bahaya untuk terus memecut........
AJ bangga dengan pelumba muda ni.....
Tambahan pula masa champange celebration dia turun dari podium.....
Tapi World Champion si Cortese dapat jugak simbah sikit.......
Tahniah Zulfahmi, ranking nombor 7 keseluruhan tu......
Tapi lagi sorang pelumba favourite Maverick Vinales tak berlumba..... Sebab krisis dengan pasukan pada perlumbaan lepas..... =(
Dan lagi sorang, Luis Salom dapat nombor 4..... =D
Oh ye, Happy Belated Birthday Fahmi ke-21 rasanya yang jatuh Sabtu lalu......

Zulfahmi Khairuddin (63), Sandro Cortese (11) dan Jonas Folger (94)


Manakala Hafizh Syahrin pula betul-betul WOW!!!!
Walaupun hanya wildcard untuk Moto2, prestasi dia sangat membanggakan.......
Memulakan perlumbaan di petak ke 26/27, namun berjaya memintas pelumba lain sehingga tempat pertama untuk beberapa pusingan......
Namun faktor litar yang basah dan licin membuatkan perlumbaan terpaksa dihentikan setelah 15 pusingan perlumbaan dan red-flagged dikibarkan menandakan perlumbaan terpaksa ditamatkan.......
Hafizh Syahrin mengakhiri perlumbaan di tempat keempat......
Dia ni berlumba memang gila-gila.....
Gaya dia macam pelumba luar negara tau.....
Potensi dia memang cerah......
Baru berusia 18 tahun, tapi beliau berjaya membuktikan usia itu bukan penghalang.....
Jeles AJ dia dah bawak 600cc kot......
Zulfahmi pun bawak cc kecik tau.....
Hehehehehe......
Harapnya musim depan, Petronas nak keluar sponsorlah supaya Hafizh Syahrin boleh berlumba sepanjang musim...... =D
Taknaklah wildcard je......
Rugi wooooo tak bagi peluang kat dia.... Fastest lap dia je pegang semalam... =D
Takpe, bermula dari bawah kan.......
Bermula dari Cup Prix, lepas tu wildcard then barulah berlumba di MotoGP untuk whole season kan..... =D

Hafizh Syahrin (86)

P/s : Walau lagu Negaraku tak berkumandang.....
U guys still make all Malaysian proud.......
SALUTE si pelumba 63 dan 86 ni!!!!!!!
Betulkan AJ cakap, bab bola (lagi-lagi Manchester United), MotoGP ke F1, hilang perempuan AJ.... =P
Baca Selanjutnya »