Takziah Jay...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam merupakan hari yang paling sedih dalam hidup taman baik saya, Jay.....
Lebih kurang 5 petang semalam, bapa meninngal dunia......
AJ tak pasti sakit apa... tapi yang AJ tau, arwah bapa Jay memang menghidapi penyakit...
Kalau tak salah paru-paru......
AJ hanya tau berita mengenai kematian bapanya pada pukul 8 lebih.....
Tu pun dari fb..... AJ terperasan kawan yang lain post kat wall Jay..
Then AJ tanya siapa yang meninggal....
AJ terus mesej Jay dan Bf Jay tanya kat mana jenazah time tu........
Dah tau detail, AJ terus call Mr.JR minta dia amik AJ kat rumah.....
Dari rumah AJ terus ke tanah Perkuburan Islam Sg. Besi kerana jenazah bapanya akan dikebumikan malam tu jugak....
Thanks to Jay's Bf , Am yang bagi info kat AJ...
Alhamdulillah lebih kurang pukul 9 lebih, jenazah selamat disemadikan.....
Kepada Jay dan keluarga, Takziah AJ ucapkan...
Semoga kalian tabah menghadapi ujian dari Yang Maha Esa......
AJ minta kawan-kawan sedekahkan AL-Fatihah buat arwah bapa Jay, Pakcik Ibrahim....
Semoga beliau ditempatkan dikalangan insa-insan yang beriman.... Insyaallah...
Amin...



P/s : Yang pergi tetap akan pergi...
Kita yang masih hidup teruskan kehidupan...
Baca Selanjutnya »

Takutnyaaaa.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tik Tok Tik Tok.... Sedar tak sedar dah pukul 12 lebih tengah malam....
Ehhhh??? Cepatnya masa berlalu.....
Takutnya nak hadap hari esok....
Lebih takut dari di"interview" siang tadi.......
Aduuuhhhhh.... Jantung ni rasa dup dap dup dap je....
Dalam kepala otak fikir nak cakap macam mana? Boleh ke tak boleh??
Esok Boss confirm masuk sebab AJ dah mesej dia siang tadi , cakap AJ dah dapat keje lain and need to see him...
Kalau ikutkan kena bagi sebulan notis... Tapi company tadi tu minta diawalkan...
So nak tak nak pun AJ kena bincang dengan Boss sebab dan musabab AJ nak ke company lain......
Tadi AJ ada call ex-staff tempat AJ sekarang tu....
Dia cakap boleh kot kalau nak minta diawalkan.......
HOPEFULLY sangat boleh... Sebab dari last month lagi AJ memang dah takde hati nak keje tempat sekarang...
AJ bertahan pun sebab kesiankan Boss dan dah takde staff nak buat keje.... 
Boss AJ tu memang baik dan bagus.. Tapi atas sebab-sebab tertentu, AJ terpaksa undur diri dari company tu...
AJ taknak lah nanti AJ jahanamkan company dia pulak kalau still kat situ...
Yelah, bila orang yang takde hati nak buat apa yang sedang dibuat korang rasa macam mana cara keje nya??
Seriously AJ memang dah sedar yang AJ buat keje main-main je selama sebulan lebih ni......
Alahai..... Macam-macam perasaan timbul dalam hati dan kepala otak ni......\
Tapi AJ pun tak nak lepaskan peluang yang AJ dapat siang tadi.......
Boss, AJ minta maaf banyak-banyak lah ye.......
Kalau esok boss cakap kena bayar ganti rugi kat company, AJ sanggup je bayar rasanya.....
Harap Boss faham.......

Rasa macam nak menyorok bawah selimut macam ni... =P

P/s : Cepatnya laaaaaaahhhhhhhh jarum jam ni berputar......

Baca Selanjutnya »