Bila Lelaki Merajuk!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lelaki MERAJUK???
Comelnya kalau lelaki merajuk.... Jangan ingat mereka tak tau merajuk okay....
Lelaki juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan...
Diakui mereka jarang merajuk dan sentiasa menerima kerenah anda seadanya...
 Tetapi bila kerenah anda melampaui batas, mereka mula berasa jauh hati...
Jangan abaikan perasaan mereka.... Ambil tahu apa yang anda perlu lakukan untuk memujuk hati si dia yang sedang rajuk...

Beri masa bersendirian
Apabila lelaki kesayangan anda merajuk, mereka memerlukan masa untuk menenangkan fikiran... 
Jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda sahaja....
 Kebiasaannya, mereka lebih banyak mendiamkan diri...
Jangan diganggu dan beri mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda...
Takut nanti dari rajuk melarat ke pergaduhan yang serius pulak..

Sentiasa beri sokongan
Bila lelaki melayan rajuk, mereka tidak mengendahkan anda sebagai tanda protes...
Jika dia sedang menonton rancangan televisyen kegemarannya, duduk dan temannya tanpa berbicara sepatah pun....
Walau tiada komunikasi antara anda, dia tahu anda tetap kekal di sisi walau apa juga berlaku...

Jangan tanya perasaannya!
Elak bertanya apa yang dia rasa kerana anda tahu dia sedang marah dan merajuk...
Jangan buat si dia rasa jengkel dengan sikap sambil lewa anda....

Buang ego wanitamu
Bukan lelaki sahaja mempunyai ego, wanita juga punya rasa angkuh yang sama...
Namun, tidak salah sekali sekala anda buang rasa itu demi si dia tersayang....
Jika terlalu lama rajuknya, ucapkan maaf dan kucup mesra tangannya....
Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan...
Tak rugi kalau kita merendah ego kita untuk kebaikan...

Buat kejutan sempurna
Jika wanita merajuk, lelaki sering menghadiahkan jambangan bunga bagi merawat hati nan lara..
 Apa kata anda lakukan perkara yang sama....
Hadiahkannya coklat atau hadiahkan makan malam romantis dengan hidangan yang dimasak khas untuk si dia...
Kalau anda bukan tukang masak yang hebat, call je delivery....

Tahu masa yang tepat
Sebaik sahaja berjaya mendapatkan senyumannya kembali, duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut....
Jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung begitu sahaja..
 Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan masalah bersama-sama...
Tapi ingat! Pada masa yang tepat tau.....
Nanti baru je senyum nak terukir, hati terguris kembali...


Sumber : EH

Lelaki ni jarang merajuk....
Tapi sekali merajuk, adakalanya susah nak pujuk.....
Cari cara dan waktu yang tepat untuk memujuk....
Jangan berdiam diri..
Nanti si dia rasa dirinya tak penting buat kamu....

Cara AJ kalau Mr.JR merajuk??
Buat tak tau!!!! Haahhaahhahah.....
Takdelah..... AJ akan cari gambar haiwan yang comel-comel then hantar kat dia.... =D
Comel tak AJ?? Weaaakkkk!!!! Perasan! =P

P/s : Sekali sekala lelaki merajuk...
Alahaaaaiiiiii CAIR HATI! =D
Baca Selanjutnya »

Mood CUTI!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Barulah dan nak type entri.....
Dari pagi tadi AJ macam takde mood je nak menaip...
Idea pun takmo keluar.. PARAH! =P
Tambahan pulak nak keluar rumah tadi hujan rahmat pagi Jumaat mencurah-curah di muka bumi......
Alhamdulillah... Walaupun sedikit menyukarkan perjalanan nak ke tempat keje tu.... =D
Baca entri blogger lain, ramai jugak yang dah start bercuti ye....
Ramai jugak yang half day....
Seronok berganda-ganda lah korang.... (Ayat tak JELES)
Heheheheh... =D
AJ sekarang ni masih lagi kat ofis..
Tapi badan je ada kat ofis sebenarnya.....
Fikiran, hati segalanya dah melayang-layang..
Separuh tertingal kat atas katil empuk kat rumah tu...
Separuh lagi dah seronok berlari-lari mandi hujan pagi tadi...
Balance separuh yang tinggal kat AJ ni dah menendang-nendang nak balik......
Mood memang ke laut habis wa baq ang........!
Hehhehehe..
Tambahan pulak dengan mata yang mengantuk gila-gila lagi.......
Jeling kalendar tengok tarikh esok sampai selasa tak payah nak pegi keje....
YAAHHHHOOOOOOOOOO!!!!!!!!!
Makanya, mood tu naiklah sikit.... Sebab nampak jam dah pukul 4.10 PM....
Kejap lagi nak balik dah.....

CUTI ni.....
AJ nak berehat-rehat, tidur-tidur, bw dan bersenang lenang di rumah sepanjang cuti ni....... =P
(Kot YE!)

P/s : "Dam Dam Dum bunyi mercun..."
Ehhhhh!!! Salah lagu pulak... =P


Baca Selanjutnya »