Bila Lelaki Merajuk!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lelaki MERAJUK???
Comelnya kalau lelaki merajuk.... Jangan ingat mereka tak tau merajuk okay....
Lelaki juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan...
Diakui mereka jarang merajuk dan sentiasa menerima kerenah anda seadanya...
 Tetapi bila kerenah anda melampaui batas, mereka mula berasa jauh hati...
Jangan abaikan perasaan mereka.... Ambil tahu apa yang anda perlu lakukan untuk memujuk hati si dia yang sedang rajuk...

Beri masa bersendirian
Apabila lelaki kesayangan anda merajuk, mereka memerlukan masa untuk menenangkan fikiran... 
Jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda sahaja....
 Kebiasaannya, mereka lebih banyak mendiamkan diri...
Jangan diganggu dan beri mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda...
Takut nanti dari rajuk melarat ke pergaduhan yang serius pulak..

Sentiasa beri sokongan
Bila lelaki melayan rajuk, mereka tidak mengendahkan anda sebagai tanda protes...
Jika dia sedang menonton rancangan televisyen kegemarannya, duduk dan temannya tanpa berbicara sepatah pun....
Walau tiada komunikasi antara anda, dia tahu anda tetap kekal di sisi walau apa juga berlaku...

Jangan tanya perasaannya!
Elak bertanya apa yang dia rasa kerana anda tahu dia sedang marah dan merajuk...
Jangan buat si dia rasa jengkel dengan sikap sambil lewa anda....

Buang ego wanitamu
Bukan lelaki sahaja mempunyai ego, wanita juga punya rasa angkuh yang sama...
Namun, tidak salah sekali sekala anda buang rasa itu demi si dia tersayang....
Jika terlalu lama rajuknya, ucapkan maaf dan kucup mesra tangannya....
Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan...
Tak rugi kalau kita merendah ego kita untuk kebaikan...

Buat kejutan sempurna
Jika wanita merajuk, lelaki sering menghadiahkan jambangan bunga bagi merawat hati nan lara..
 Apa kata anda lakukan perkara yang sama....
Hadiahkannya coklat atau hadiahkan makan malam romantis dengan hidangan yang dimasak khas untuk si dia...
Kalau anda bukan tukang masak yang hebat, call je delivery....

Tahu masa yang tepat
Sebaik sahaja berjaya mendapatkan senyumannya kembali, duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut....
Jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung begitu sahaja..
 Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan masalah bersama-sama...
Tapi ingat! Pada masa yang tepat tau.....
Nanti baru je senyum nak terukir, hati terguris kembali...


Sumber : EH

Lelaki ni jarang merajuk....
Tapi sekali merajuk, adakalanya susah nak pujuk.....
Cari cara dan waktu yang tepat untuk memujuk....
Jangan berdiam diri..
Nanti si dia rasa dirinya tak penting buat kamu....

Cara AJ kalau Mr.JR merajuk??
Buat tak tau!!!! Haahhaahhahah.....
Takdelah..... AJ akan cari gambar haiwan yang comel-comel then hantar kat dia.... =D
Comel tak AJ?? Weaaakkkk!!!! Perasan! =P

P/s : Sekali sekala lelaki merajuk...
Alahaaaaiiiiii CAIR HATI! =D

32 ulasan

  1. singgah jgk ary ni lgi hehehe

    BalasPadam
  2. huhuuuu... Mmg cute pn boys merajuk.. Hehee!

    BalasPadam
  3. Lelaki mmg jarang merajuk tapi sekali merajuk susahnya nak pujuk.....huhu

    BalasPadam
  4. lelaki kalau merajuk..... lagi susah nak pujuk..... he3

    BalasPadam
  5. best woo merajuk...nanti dapat macam-macam, hehe...

    BalasPadam
  6. betul tu sbb ego dia lebih..

    BalasPadam
  7. Tapi selalunya bella yg mrajuk . Haha

    BalasPadam
  8. Hehe.. Lelaki merajuk mmg shomell

    BalasPadam
  9. Betul kak @Mia Kassim..
    Salah gaya pujuknya, mau makin panjang rajuk tu...

    BalasPadam
  10. Hahahha..... @umi alya lelaki memang ada ego nya..
    Tapi taknak mengaku... =P

    BalasPadam
  11. betul..bila dah merajuk mmg susah nak pujukkk..huhuh

    BalasPadam
  12. Kadang rasa macam nak pukul je kan @Cik Nur...
    Tapi selalunya bila dia merajuk, AJ merajuk balik..
    Last2 Mr.JR jugak yang kena pujuk AJ... =P

    BalasPadam
  13. thanks ayue...
    Nur tak menyesal, cuma terkilan....
    huhuhuhuh

    BalasPadam
  14. Huby firda ssh nak merajuk...tp kalau merajuk..comel..kalah perempuan :-)

    BalasPadam
  15. Kalau lelaki merajuk memang die nak manja-manja ngan kita..
    tak boleh wat tak tau..
    cuma bagi masa kat dia,
    then try to cheer up balik..
    wat lawak2 skit..
    pujuk dia..

    BalasPadam
  16. bila lelaki merajuk, kalah perempuan merajuk.

    BalasPadam
  17. yer ke kalau lelaki merajuk nmpak comel..hehehe..klu camtu pasni nak merajuk laa..hehehe..but im agree mostly on the advise given..yang lain tu mungkin ikut personaliti sesorang kot..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  18. Kalau sikit2 nak merajuk tu memang nak kena pukul tu @Azlan Strider....
    Hahhahahaha...
    Yup betul..

    BalasPadam
  19. Nanti senanglah nak pujuk kalau bf merajukkan @Sally Yatiey...
    hhehehe.. =D

    BalasPadam
  20. kalau my huby merajuk senang jak mau pujuk..hehe

    BalasPadam