Tips Perkahwinan Dari Ustaz Azhar Idrus


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ terbaca ni...
Dan AJ nak kongsikan dengan korang...
Mungkin ada yang dah baca... Dan mungkin ada yang baru baca.... =D

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan

Sumber : FB

P/s : Semoga Jodoh Kalian Semua Berkekalan... =D


Korang minta tolong LIKE contest yang AJ join ni sekali boleh??

KLIK link atas ni ye... =D  

20 ulasan

  1. kalo amalkan, insyaAllah bahagia :D

    BalasPadam
  2. Insyaallah @Nour Adieb....
    Kita usahakan, Allah swt yang tentukan... =D

    BalasPadam
  3. Lemah gemalai @Mrs Velentine..
    jangan kasar2.. hehhehe...

    BalasPadam
  4. wahh nice sgt la.. 1st time deqla baca ni tau...hihi.. thanks tau kongsi kat sini..

    BalasPadam
  5. Benda baik, memang AJ kongsi2 la @Deqla manjew...
    Benda tak baik AJ simpan sorang...
    Hehehheh...

    BalasPadam
  6. Suka jugak dgr ceramah Ustaz Azhar nie selain Ustaz Don..

    BalasPadam
  7. Ceramah dia ringkas dan mudah difahami @Ratu Hatiku..
    Tak boring.. =D

    BalasPadam
  8. Thanks share tip yg bermanafaat...:-)

    BalasPadam
  9. seronok baca... :)
    tak sabar nak kawin..ehh.!
    hhahaha

    BalasPadam
  10. Eh eh eh???? @Cik Nur bukan main...
    herhhehehhe...

    BalasPadam
  11. Tips yg CANTEKKKKKK!!!! Mmg sesuwai benar ngn Abe yg xlama lagi dah xbujang dah, hehehehe

    BalasPadam
  12. Patut ada bau nasi minyak ni Abe @Que Achmad...
    Hehehhe..

    BalasPadam