Anak Muda Berjiwa Besar


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tertarik dengan 2 artikel yang AJ baca dari Harian Metro online...
Alhamdulillah dengan peredaran dunia yang semakin moden..
Masih ada di kalangan mereka yang berjiwa besar...
Dan mereka cumalah KANAK-KANAK.....
AJ tak rasa ramai anak muda yang bersifat macam ni sekarang......
Moga mereka menjadi contoh kepada generasi muda yang lain.....

Berita 1

Kejar kereta pulang RM37,500

Batu Pahat : Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.

“Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,” katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.

Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.
Amir Azizan

Amir Azizan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu ketika dia ke pasar raya berkenaan untuk membeli akhbar.

Berita 2

Murid selamat al-Quran

Rantau Panjang : Ketika kanak-kanak lain seronok bermain air, lain pula dilakukan Nurul Natasha Mohd Yasin, 11, apabila dia menyelamatkan beberapa naskhah al-Quran di dalam bilik darjah yang ditenggelami banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 1, di sini, semalam.

Nurul Natasya yang juga murid tahun lima sekolah berkenaan berkata, dia keluar rumah untuk melihat keadaan sekolahnya yang ditenggelami banjir sebelum teringat ada beberapa naskhah al-Quran berada di dalam bilik darjah.

Katanya, meskipun terpaksa meredah air sehingga paras pinggang dalam kawasan sekolah berkenaan, dia memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah.

“Selepas masuk ke dalam bilik darjah saya memeriksa setiap meja murid dan mendapati ada al-Quran tertinggal sebelum segera menyelamatkannya daripada ditenggelami banjir.
Nurul Natasha menyelamatkan beberapa naskhah Al-Quran di dalam bilik darjah daripada ditenggelami banjir.

“Meskipun terpaksa meredah banjir sehingga paras pinggang, saya tetap memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah, malah saya menganggap ia satu tanggungjawab sebagai umat Islam,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sumber : Harian Metro Online

Sejuk perit ibu mengandungkan mereka ni agaknya ye....
Semoga bila dewasa pun mereka masih begini...
Insyaallah..
Seriously AJ sangat kagum!

P/s : Kadang kita yang dewasa tak berfikir macam ni kan... 

26 ulasan

  1. petikan pertama tu deqla dah baca kat blog kwn td.. alhamdulillah kan.. msh ada budak2 yg berkelakuan baik mcm ni.. mmg jarang la jmpa kan..

    BalasPadam
  2. tindakan yg cepat boleh memberi kebaikan kpd orang lain..boleh menyelamatkan keadaan yg rumit..:-)

    BalasPadam
  3. wow!! kagumnya dgn mereka. kecik2 dah belajar jd seorang yg jujur

    BalasPadam
  4. baiknyaaa hati budak0budak ni.. yg banjir tu, saya pun tak terpikir mcm budak tu pikir :')

    BalasPadam
  5. mulianya hati bdk tu...klo kita2 jmpa duit tu xtau lah cmna..hahaha.....
    yg ke2 tu alahai kesiannya...bertabahlah mgsa2 bnjir sekalian dugaan hidup tu...

    BalasPadam
  6. Betul @Deqla manjew.... Jaaaaaarrraaaannnngggggg sangat nak jumpa....
    Ada pun tak ramai...

    BalasPadam
  7. Aah kak @Sue-Rya Qistina....
    Kalaulah budak lain yang jumpa..
    Entahlah...

    BalasPadam
  8. Betul @Afiq..
    Me4mbanggakan mereka ni... =D

    BalasPadam
  9. Betul tu @Hanida Moss, mesti kita fikir nak selamatkan diri je...

    BalasPadam
  10. Silap2 dah labur kat kedai gadget @hazwan hairy...
    Hehheheheh...

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah...sifat2 murni beginilah yang harus kita semua contohi..dan susah nak jumpa sekarang ni...

    BalasPadam
  12. bagus budak2 ni..kita yg dewasa ni pun belum tentu akan buat camni kan

    BalasPadam
  13. Kagum dengan mereka berdua ;)

    BalasPadam
  14. Betul kak @RamRamCute...
    Kita yang dewasa ni pun tak macam tu kan adakalanya...

    BalasPadam
  15. betul2 herolah diorang ni kan,,,

    BalasPadam
  16. Mesti bangga mak bapak diorang ni @Cik Nur....=D

    BalasPadam
  17. mulianya hati mereka......

    BalasPadam
  18. mesti dari kecik dah diasuh baik2 @Remy hazza....
    Bagus kan...

    BalasPadam
  19. Bangga sgt tgk dua org ni. Suci je.. :) :) moga ramai lgi seperti mereka.. Aamiin

    BalasPadam
  20. Tu la kak @Mrs Velentine..
    Memang mereka membanggakan..
    Bertuah mak bapak..

    BalasPadam