MyGenovasi | Merintis Pemikiran Kreatif


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Hujung minggu lalu, AJ menghadiri 1 program yang dinamakan program MyGenovasi...
Program yang dianjurkan oleh Genovasi ini bertujuan menjana pemikiran kreatif untuk dijadikan innovasi dalam mencipta sesuatu untuk masa hadapan...
Genovasi merupakan satu-satunya "Design Thinking School" di Malaysia...
Antara program yang dianjurkan oleh pihak Genovasi ialah Innovation Ambassador Development Programme (IADP) dan The Design Thinking Bootcamp Program bertujuan menggilap daya pemikiran kreatif peserta..
Tapi sayangnya program ini sangat mendapat sambutan dan dah penuh pun....
Yang tinggal setakat hari ini :

Innovation Ambassador Development Programme (IADP)
Daily Dose (Full Time) 2014 (Closed)
Double Dose (Part Time) 2014 (Register)
The Design Thinking Bootcamp program. (Closed)


Masa mula-mula menjejakkan kaki ke sini, AJ terpegun dengan tempatnya yang bersesuaian dengan konsep Genovasi.... (Walaupun agak terlewat akibat sesat..)
Dari suasana tempatnya sehinggalah ke dekorasinya.... Tip top!




Suasana dan dekorasi Genovasi

Kami juga diberi peluang mengikuti program ini selama lebih kurang 2 jam....
Dalam program berbahasa inggeris ini, terdapat 5 langkah yang perlu dijalani antaranya para peserta diberikan 1 situasi dimana kami sendiri diminta mendalami dan merasai sendiri kepayahan menjadi seorang pesakit yang tidak boleh menggerakkan jari-jemari....
Dengan keadaan sebegitu, kami diminta memegang pen dan menulis....
Kemudiannya kami diminta mendefinasikan dan menulis/berkongsi sendiri pengalaman serta apakah kesukaran yang dialami semasa berada dalam situasi pesakit tersebut dan berkongsi dengan rakan lain..
Kami juga diminta memikirkan sesuatu idea dalam membantu mereka menjalani kehidupan seharian yang kemudiannya dicipta dengan menggunakan beberapa bahan yang disediakan....
Prototaip yang dicipta oleh para peserta kemudiannya dicuba dan dinilai kelebihan serta kelemahannya...

The 5 Step!

Sebelum mengikuti program dengan Genovasi, banyak benda disekeliling yang AJ tak tau dan tak rasa....
Kadangkala bila tak penah lalui, kita tak tau kepayahan dan kesukaran orang lain dalam menjalani kehidupan seharian....
Program ini memang wajar kerana banyak perkara yang AJ telah pelajari dalam program ini....
Antaranya memahami keadaan orang lain dengan meletakkan diri kita ditempat mereka...
Membuatkan kita memikirkan sesuatu diluar kotak dan sebagainya....
Wahhhh... Paling tak sangka ialah AJ yang tak kreatif ni boleh berfikir secara kreatif...







Aktiviti semasa program dijalankan...

Kalau korang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program MyGenovasi, boleh hubungi :

Alamat :
Genovasi, Lot 2A, Jalan 13/2,
Seksyen 13, Petaling Jaya,
Selangor.

Website : www.genovasi.my
Twitter : twitter.com/MYGenovasi

Antara blogger yang turut hadir......

Tadaaaaaa..... Cik puan tanah pun nak posing jap.....

Oh ya, Genovasi sedang mengadakan beberapa contest...
Disini AJ sertakan kalendar untuki semua contest yang sedang berlangsung sepanjang bulan JUN dan JULAI :




P/s : Entri ini diterjemahkan oleh AJ melalui pemahaman dan pengalaman yang AJ rasai sendiri dari program berbahasa Inggeris, overall program ini memang sangat bagus....

Baca Selanjutnya »

OneCity Skypark USJ25, Tarikan Terbaru Di Selangor


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


OneCity Skypark merupakan salah satu tarikan terbaru yang boleh korang kunjungi...
Satu pusat membeli belah yang terbaru dan dilengkapi panggung wayang serta hotel....
AJ dah beberapa kali berkunjung ke OneCity Skypark ni...

Masa first datang, mall ni baru je bukak... Tak banyak kedai pun...
Tapi yang bestnya, kat atas bangunan ni dibina dengan tempered glass...
Korang boleh berjalan di tingkat 10 dan menikmati pandangan terus ke bawah melalui kaca yang korang pijak....
Haaaaaa... Berani ke tidak???
Siapa yang ade penyakit gayat tu, AJ sarankan tak payahlah korang lalu atas kaca tu...
Lalu je la tepi-tepi tu..... Hhehehehehe.....

Dari KL, tak jauh pun tempatnya.....
Adalah dalam 30minit perjalanan... Itupun kalau jalan tak jem....
Korang boleh lalu LDP menghala ke Puchong.....
Lepas je plaza tol selepas IOI Mall tu, korang boleh amik exit sebelah kiri yang pertama dekat stesen minyak Shell...

OneCity Mall bukak macam biasalah, 10 pagi ke 10 malam...
Tapi kalau korang nak ke Skypark, tengah-tengah malam pun boleh naik lagi....
Pemandangan kat situ pada waktu malam memang sangat cantik..korang boleh nampak KL dan Shah Alam dari atas bangunan tu.....
Kalau nak rase tenang sekejap bolehlah pegi atas tu.. =D

Jom tengok pemandangan dari OneCity Skypark...
Tapi gambar dalam mall takde la, sebab AJ naik pukul 11 lebih....



Tinggi kan??
Tapi kalau nak pegi, AJ sarankan pegi waktu malam dan time cuaca elok....
Masa AJ pegi siang tu, panas woooo...
Yelah rooftop kan.....

Oh ya, untuk memudahkan korang lagi...
Kalau pakai applikasi WAZE, type je "ONECITY USJ25"
Lepas tu ikutlah mane waze bawak korang... =D

P/s : Gayat tak gayat lah cite dia....
Huhuhuhu...

Baca Selanjutnya »