Harapnya Awak Selamat.....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA   

Balik keje petang tadi hujan memang lebat.....
AJ benti tepi jalan nak pakai baju hujan....
Turun je motor nampak sekor kucing dalam lingkungan 5-6 bulan kat tepi highway tu....
AJ panggil, dia datang dengan terkedek-kedek......
Comel dan manja..... Bile AJ usap-usap, pegang dia elok je dia mengiau.....

Time tu, dalam kepala duk fikir.....
Mane datangnya kucing kat highway....
Situ mane ade kawasan kediaman..... Memang jalanraya semata......
Kesian tengok dia....
AJ dah terfikir cara nak bawak dia keluar dari situ....
Plannye nak kendong dia dalam baju hujan AJ tu....
Masukkan dia, bukak zip sikit untuk dia bernafas kan.... Kalau zip abis, takut dia tak bernafas....
Kalau zip sikit je, takut dia melompat pulak.....

Tetiba.......... Lalu sebuah lori, brek mencicit kat tepi jalan tu...
Terus kucing tu lari menyorok entah kemana....
AJ tak sempat nak kejar or ikut... :(
Ralatnya rasa....... AJ dah niat nak selamatkan dia...
Tapi nampaknya, tak dapat... Dia pun dah lari......
Now, AJ hanya mampu berdoa kucing tu jaga diri dan pandai cari tempat berlindung je la.....


Bila bende melibatkan haiwan ni, hati AJ mudah sangatlah tersentuh...
Even tengok rancangan TV pun, if haiwan dalam tu mati AJ boleh menangis...
Contohnya cerita king kong..... Ending dia mase king kong jatuh dari menara tu pun dah teresak-esak nangis.... Huhuhuhuhu.....

P/s : Awak yang comel dan manja tadi, saya harap awak baik-baik je....
Jangan melintas jalan besar tau... Kereta banyak......
Maaf ye, saya dah cuba nak selamatkan awak.....
Tapi mase lori tu brek, awak lari.... Maaf ye awak...... :(

Baca Selanjutnya »

Tahniah Kelab Blogger Ben Ashaari


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semua dah sedia maklum, komuniti Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) telah ditubuhkan sejak sekian lama....
Dan baru-baru ini, laman web Kelab Blogger Ben Ashaari telah dilancarkan...
Sekalung tahniah buat Beben dan mereka yang berada dalam komuniti ini.....

Kelab Blogger Ben Ashaari

Sedikit sejarah mengenai komuniti KBBA

Ditubuhkan sejak tahun 2009 oleh di bawah naungan tak lain dan tak bukan Ben Ashaari seorang blogger yang tidak asing lagi dalam dunia blog......
Sejak penubuhan KBBA, komuniti ini telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 14,000 blogger dari pelbagai niche dan segenap pelusuk dunia blog.....
KBBA menggunakan tagline "Bukan Sekadar Blogger" dan hashtag #KelabBloggerBenAshaari sebagai pengenalan komuniti ini...
Diharapnya komuniti KBBA akan semakin berkembang maju sehari demi sehari....

Tahniah Tahniah dan Tahniah!

Oh ya, kalau korang berminat untuk turut sama dalam komuniti KBBA korang boleh ke laman web Kelab Blogger Ben Ashaari dan follow Google+ +Kelab Blogger Ben Ashaari, boleh tanya admin dan moderator okay......
Korang juga boleh follow IG : @kelabbloggerbenashaari untuk segala update aktiviti yang telah dijalankan oleh KBBA... =D

P/s : Selamat berblogging semua!

Baca Selanjutnya »