Treasure Hunt di SBB 2015 | Sepetang Bersama Blogger 2015

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Aktiviti Treasure Hunt di SBB 2015 atau lebih dikenali sebagai Sepetang Bersama Blogger 2015 pertama kali diadakan....
Suasana gamat, kecoh dan haru-biru jadinya.....
AJ group 10 okay.....
Memang seronok... Tambahan pula ahli group HAVOC!
Terdapat 6 checkpoint kesemuanya....
Memanjat, naik turun bukit memang mencabar mental dan fizikal....

Treasure hunt ini ditaja oleh banyak penaja....
Antaranya Yeos Malaysia, eQurban, BakarlahBBQ dan banyak lagi....
Korang boleh refer hashtag kat bawah...

#BTHYEOS10
#TreasureHuntYeos
#BakarlahBBQ
#JopanaMy
#TheSumbs
#ThePhotolicious
#eQurban
#JamTawafDenaihati
#SBBYeos2015
#Yeos
#YeosMalaysia

Kumpulan kami The Ten telah berjaya menamatkan keenam-enam checkpoint...
Alhamdulillah....

So nak tau siapa bakal pemenang?
Sila tunggu okay.....

Apa lagi?
Tak sah entri kalau takde gambar....
Meh nak share sikit gambar....





Group AJ diwakili oleh AJ, Faten, Nieyna, Jamar, Amiruddin, Fairiz, Encik Titan dan Izzuddin.....

Kelebihan yang kami dapat dari Treasure Hunt ini ialah dapat berkomunikasi antara ahli kumpulan, beramah mesra, mengeratkan silaturahim... Disini kami dapat berkenalan....
Seronok tak mampu digambarkan dengan kata-kata..... Hilang segala penat lelah dengan kawan-kawan blogger ni tau....

Dalam masa lebih kurang 2 jam kami berjaya habiskan.... Fuhhh... Hilang lemak 6 kilogram okay.... Tapi kepenatan dia memang berbaloi....

Penat tak kawan-kawan????
Tapi penat-penat pun jangan risau tau....
Air Yeos dimana-mana..... Nak perisa apa?
Semua ade... Tinggal nak pilih je.....
Entri tunggang langgang sebab kene karang immediately! Hahhahahaha... KEJAM!

P/s : Sepetang Bersama Blogger 2015 memang fun!

Baca Selanjutnya »

SBBYeos2015 | Sepetang Bersama Blogger 2015


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  


13 Jun | Sepetang Bersama Blogger 2015 atau lebih dikenali sebagai #SBBYeos015 berlangsung di Taman Cabaran, Precint 5 Putrajaya....
Ini merupakan kali kedua AJ sertai SBB ni....
Masa mula-mula announce pendaftaran dibuka, AJ terus daftar....
Hahahhahaha... Punyalah excited kan?
Khabarnya ini merupakan SBB yang terakhir, lepas ni dah takde lagi....

Sekarang ni jam dah menghampiri 2.30 pagi, tapi mata AJ ni takmo lelap pulak.....
Pagi nanti kene bangun awal sebab AJ akan amik ERL sampai Putrajaya.....
Harapnya tak terlambat.. Kalau tak mau haru dibuatnya....
AJ dahlah tak familiar dengan kawasan Putrajaya...
Kalau takat nak gi Dataran Putrajaya semua tau la.... =D
Ni pun sampai sana nanti AJ minta tolong orang pick up kat Putrajaya Sentral...

Tak sabarnya nak jumpa geng blogger lain...
Mungkin ade yang AJ dah kenal dan mungkin ade yang AJ baru nak kenal...
Kalau korang ade terperasan AJ kang, tegur-tegurlah ye....

Oh ya, harapnya name card AJ cukuplah...
Tak sempat siap lah.... =(
Yang lama pun ade sikit lagi...
Rasanya cukuplah... Lagi pulak AJ bukan famous pun kan.... =P
Harap jugak dapat menang lucky draw ke, treasure hunt ke...
Insyaallah kalau ade rezeki kan.... =D

So jumpa korang nanti ye....
Bye!

P/s : Wahai mata, jom tidur.....


Baca Selanjutnya »