Buffet Ramadan 2023 | Dewan Bankuet MBSA Tampil Dengan Selera Nusantara

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadhan 2023 | Dewan Bankuet MBSA Tampil Dengan Selera Nusantara | Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Kali ini mereka kembali lagi dengan majlis Buffet Ramadhan 2023 bertemakan Selera Nusantara yang bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.





Menampilkan Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian yang bakal menarik hati semua peringkat umur.


Khas buat yang datang berbuka di Dewan Bankuet MBSA nanti ada gerai yang menyajikan KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.


Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa mereka seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.




Buat pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.


Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.





Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA


Promosi pembukaan :
RM88 sahaja sah sehingga 23 Mac 2023


Harga asal :
Harga RM98 (Dewasa)
RM58 (Warga Emas dan Kanak-Kanak)
Bermula 24 Mac 2023 


Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.


Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kid corner’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.


Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.


Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini. Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi :

Tel : 011-54040385



Baca Selanjutnya »

Buffet Ramadhan 2023 | Hidangan 1001 Rasa di The Grand Campbell Hotel

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadhan 2023 | Hidangan 1001 Rasa di The Grand Campbell Hotel | Tak lama je lagi kita dah nak menyambut bulan Ramadhan, so arini kakak nak share dengan korang menu sajian berbuka puasa dari The Grand Campbell Hotel yang terletak di Kompleks Campbell, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Buffet Ramadhan The Grand Campbell pada tahun ini bertemakan Hidangan 1001 Rasa. Terdapat lebih kurang 100 hidangan yang boleh korang pilih sekiranya korang berbuka puasa disini.




Kakak suka sangat dengan lauk-pauk yang dihidangkan sebab kebanyakan menunya sajian kampung. Masa kakak ngan mak pegi preview baru-baru ni, kakak sempat mencuba beberapa jenis hidangan antaranya masak lemak daging salai, paru goreng berlada dan sambal udang. Mak pulak cuba ikan bakar dan bubur pulut hitam. Kalau nak tau, mak kakak ni bab makan, kalau tak best memang dia cakap tak best! Tapi kat sini, LULUS! Dia siap ajak kakak repeat masa bulan puasa nanti tau.




Dan tak lupa, di The Grand Campbell Hotel juga ada menyediakan kambing bakar! Tak lengkap rasanya Buffet Ramadhan tanpa kambing bakar kan?




Sepanjang bulan Ramadhan nanti, selebriti Chef Dee atau lebih dikenali sebagai Dee Jangan Ketawa akan menghiburkan pengunjung yang berbuka puasa di The Grand Campbell Hotel. Kakak pasti korang semua takkan kering gusi dengan telatahnya.





Harga Buffet Ramadhan Hidangan 1001 Rasa di The Grand Campbell Hotel

RM 78 (Dewasa)
RM 55 (Kanak-Kanak)
Beli 10 PERCUMA 1*





Pakej penginapan di The Grand Campbell Hotel sepanjang Bulan Ramadhan


Selain dari berbuka puasa, pengunjung juga boleh memilih untuk menginap di The Grand Campbell Hotel tau sebab sepanjang bulan Ramadhan nanti korang boleh mendapatkan harga promosi dari RM150 untuk Bilik Superior (termasuk sahur untuk 2 orang) dan RM300 untuk Bilik Superior (termasuk sahur dan berbuka puasa untuk 2 orang).




The Grand Campbell Hotel mempunyai 153 buah bilik iaitu Bilik Superior, Bilik Deluxe dan Bilik Eksekutif. Mereka juga mempunyai tiga bilik Seminar dan satu ruang majlis tertutup yang boleh memuatkan 100 orang. Di samping itu, The Grand Campbell Hotel juga akan memperkenalkan ruang majlis terbuka (open event space) yang boleh memuatkan sehingga 4,000 orang di Tingkat Empat, Kompleks Campbell.


Kedudukan lokasi Hotel yang strategik di mana ia berhampiran dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks Sogo menjadikan The Grand Campbell Hotel tumpuan bagi semua lapisan masyarakat terutamanya ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan. So, kalau korang nak cari the good spot untuk stay sambil berbuka puasa dan shopping untuk musim perayaan nanti, apa kata korang hubungi The Grand Campbell Hotel dan book sekarang!

Baca Selanjutnya »