Selamat Hari Lahir Abah!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

25 Ogos lepas Hari Lahir Abah AJ yang ke-61...
So macam tetiap tahun AJ akan bawak family AJ pegi makan-makan.....
Tahun ni kitorang pegi Restoran Tupai-Tupai dekat dengan Dewan Bahasa tu je since birthday Abah pun jatuh hari keje kan...
Kalau nak pegi yang jauh sikit, jalan confirm jem.....

AJ sampai awal sikit kat Restoran Tupai-Tupai tu....
Sempatlah suruh staff diorang simpankan kek yang AJ beli kat kedai kek bawah ofis tu...
Gigih bawak kek naik motor kau... Hehehehhehe...
Birthday Abah kali ni, Mr. JR pun join sama....


Dalam pukul 8 malam tu Abah, mak , kakak dan 2 orang anak buah AJ pun sampai....
AJ pilih untuk makan Ala Carte...
Kat situ ade steamboat buffet jugak...
Tapi AJ taknak sebab nanti bukan makan sangat....
Rasanya AJ sorang je kot yang kuat makan kat situ... Hahahhahahha.....

Kami order beberapa jenis lauk dan jus buah...
Seronok pulak perasaan bila dapat treats family AJ makan-makan....
Abah orang paling seronoklah malam tu...
Al-maklum birthday boy kan... memang rase special sikitlah..... =D



Habis makan tu saje AJ berlengah-lengah...
Nak surprise kan Abah dengan kek pulak... Dia pulak duduk menghadap tempat orang lalu lalang...
Sure nampak punya..
Nasib AJ ade partner in crime yang duk alihkan perhatian Abah sementara AJ minta staff dioarng bawakkan kek...
Masa nyanyi lagu birthday tu nampak riak muka Abah terkejut...
Alhamdulillah menjadi jugaklah kek surprise tu..
Hehehheheheh.....




Selamat Hari Lahir Abah..
Adik doakan Abah panjang umur, diberikan kesihatan yang baik dan murah rezeki....
Takde hadiah mahal yang mampu Adik bagi...
Makan-makan je la..... Tapi bila tengok Abah punya senyum, Adik tahu Abah happy kan kan kan???
Alhamdulillah....



P/s : Kalau ade rezeki lebih memang AJ suka ajak diorang gi makan.... =D
Doakan AJ sentiasa ade rezeki ye korang!


Baca Selanjutnya »

Aplikasi Smule Buat Si Gila Karaoke!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sape kat sini suka karaoke??
Angkat tangan!!!
AJ salah sorang rakyat jelata yang gila karaoke...
Tapi suara memang tak sedap langsunglah! Korang dengar sure nangis...
Hahahhahahaha...

Baru ni AJ tertengok video Zulin Aziz ngan Ariz Forteen yang kawan AJ share...
TERtengok tau!
Pastu tertarik pulak dengan apps yang diorang guna....
AJ pun tanpa segan silu duk download....
Nama Apps tu SMULE...


Tapi yang tak bestnya apps ni kene bayar baru best guna..
Kalau yang basic tu tak banyak pilihan lagu pastu nak nyanyi free kene open call or join berduet dengan orang lain..... Huhuhuhuh...
 So AJ pilih untuk bayar apps tu...
RM35 untuk setahun....
Membazir?? AJ rasa kalau korang suka karaoke, tak membazir kot.....
Lagipun kalau gi pusat karaoke pun dah berapa RM kan per session...
Hehehhehehe...

Seronok jugak bila AJ download apps ni....
Dalam tu macam-malam lagu ade, english, malay, k-pop pu ade tau!
Tapi i is tak layan k-pop... mak lidah melayu uolss... Hahahha...
Kalau dah bosan sangat AJ bantai melalak kat situ..... Terhibur jugaklah hati sendiri... =P
Hahhahaha... Suara??? Janganlah korang nak cuba-cuba dengar..
Memang kelaut peginya... =P

Jangan follow kalau takmo menyesal atau dilanda kemurungan... hahhahahahaha....

Apa lagi??
Pegilah cuba try test download....
Bolehlah kite berduet sesama nanti... Hhehehhe...

P/s : Hujan oh hujannnn.... Hahahhaha....

Baca Selanjutnya »

KBBA Bloggers Day Di Zoo Negara... Happy Birthday PANDA!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ahad lepas, AJ dan rakan-rakan #KelabBloggerBenAshaari (KBBA) telah menyerang Zoo Negara...
Riuh rendah jadinya Zoo Negara pagi Ahad tu..... Hehehhhee...
Ini merupakan kali kedua AJ menjejakkan kaki ke Zoo Negara bile dah besar panjang ni...
Tapi excited dia tetap mengalahkan kanak-kanak! Hahahhahaha....

Seawal jam 9 pagi, kami semua mula berkumpul di sana untuk urusan pendaftaran....
Selesai urusan pendaftaran dan pembahagian kumpulan kami bergambar dulu di pintu masuk utama Zoo Negara...
Blogger diletakkan di bawah Kumpulan Panda, manakala ahli keluarga lain dibahagikan dalam Kumpulan Tiger dan Hornbill....


First kami dibawa ke Butterfly Garden....


"Seumpama rama-rama...
Terbang bebas di udara tanpa ada halangan...
 Aman damai suka-suka,
Riang ria tanpa ada rasa duka sengketa
Rama-rama......"

-Rama-Rama : Ella-


Nah Queen Rama-Rama! Ihiks.. =P


Kan dah ternyanyi lagu Ella... Hehehhehe...
Kat sini bermacam-macam jenis, warna dan corak rama-rama ade....
Ralit sekejap tengok sang rama-rama yang berterbangan.....
Lensa kamera AJ pun berpusing-pusing la nak capture rama-rama tu... Hehhhehehe...

Selepas itu kami dibawa pula tengok pelbagai spesis ungka, siamang, memerang dan tour di Hornbill Centre mengenali beberapa spesis burung Kenyalang ni.....
Baru AJ tau burung Kenyalang ni ade banyak jenis....
Ingatkan sejenis je... Yelah rupa semua lebih kurang nak sama tapi ade beza.....


Selepas itu kami dibawa ke Tuanku Abdul Rahman Aquarium untuk melihat pula pelbagai spesis ikan.....
Banyak juga ye keluarga ikan... Macam-macam jenis dan nama ade...
Ade juga yang AJ tak penah dengar dan tak penah pun kewujudannya.... Hehehheheh.....

UjiMinda : Kenal tak ikan ape kat atas-atas ni??

Masa nak ke akuarium tu, ternampak pulak peguin...
Alahaiiii... Comel sunggguh terkedek-kedeknya penguin tu! =D

 Hello Pingu!

Dan lepas tu, masa yang ditunggu-tunggu....
Animal Show di Zoo Negara Show Amphitheatre!!!!
Kat situ kami dihiburkan dengan persembahan dari Burung Kakak Tua, Singa Laut, Burung Flamingo dan sebagainya....
Terhibur sungguh tengok keletah dan gelagat haiwan-haiwan yang comel dan bijak....
Big applause buat trainer yang telah berjaya melatih mereka ni.. =D


Seterusnya kami dibawa menaiki tram ke Wild Life Park Restaurant untuk menjamu selera... Nyum nyum...
Terima kasih Food Panda kerana sudi menaja hidangan makanan tengah hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari....
Sambil makan tu, ade lucky draw.... AJ macam biaselah...
Bile tang lucky draw memang tak berepa nak lucky...
Tahniah buat mereka-mereka yang bertuah ye....


Selepas makan kami dibawa ke Bee Museum tengok lebah dan merasa sendiri madu asli yang fresh dari sarang lebah tu tau....
Manis je rasa.... =D
Patut lelaki selalu cakap "Manisnya MADU!" Ehhh! =P


Dalam perjalanan nak tengok Panda, kami dibawa melalui Savannah Walk melihat Zirafah, Zebra, Seladang, Badak, Unta dan lain-lain...



Kami juga dibawa ke Orang Utan Center dimana orang utan dan spesis "monkey" ditempatkan....
Ade sekor tu kan, kemain pandai lagi posing bile kite nak amik gambar tau... Hehehhehehe.....


Kemuncak acara kami dibawa ke Giant Panda Conservation Center untuk melihat sendiri Panda...


Yelah bukan senang nak tengok Panda since Panda ni cuma ade kat Negara China je kan.....
 Kami sangat berbesar hati kerana diberi peluang tengok Panda dan juga menyambut Hari Kelahiran Panda yang ke 9 tahun!


Kali ni, kami hanya dapat tengok Xian-Xian aka Fu Wa sekor je...
Yelah Liang-Liang aka Feng Yi kan dikuarantinkan selepas melahirkan anak beberapa hari sebelum sambutan Hari Lahir Giant Panda ni....
Apapun AJ nak ucapkan Happy Birthday yang Ke 9 buat Fu Wa dan Feng Yi!!

Selfie Panda! Hahahhaha...

Last sekali free and easy activity....
Sempat jugaklah kami pusing habis 1 Zoo Negara tengok semua haiwan yang ada....
Gajah, Badak Air, Harimau semua...
Tapi tak dapat nak tengok Buaya je sebab tempat buaya tu tengah renovation...
Buaya Darat banyak! Hahahahha.... =P

AJ memang enjoy habis dengan KBBA Bloggers Day Di Zoo Negara ni...
Excited dan seronoknya mengalahkan bebudak okay!
Dikesempatan ni AJ nak ucapkan terima kasih kepada Zoo Negara, Cosmoderm, Food Panda, Wild Life, Curves kerana menaja outing kami pada kali ini..
Tak lupa juga kepada pihak media dari Bernama dan Kosmo....
Dan juga kepada AJK Kelab Blogger Ben Ashaari yang bertungkus lumus bagi melancarkan perjalanan Bloggers Day ni....
Terima Kasih semua.... Lain kali jangan lupa panggil AJ join lagi tau!


P/s : Nanti nak bawak anak buah AJ pulak  pegi Zoo Negara...

Baca Selanjutnya »