Pengalaman Lebih Daripada PC Dengan HUAWEI MATEPAD PRO 12.2-INCI



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 



Pengalaman Lebih Daripada PC Dengan HUAWEI MATEPAD PRO 12.2-INCI | KUALA LUMPUR, 11 OKTOBER 2024 - Selepas pelancaran HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci yang baru-baru ini di Kuala Lumpur, ramai rakyat Malaysia teruja untuk memiliki tablet berkuasa ini yang dapat mempermudahkan kehidupan harian mereka. Sama ada anda menguruskan kerja, tugasan sekolah, atau projek kreatif, peranti canggih ini membantu anda menyelesaikan semua dengan mudah. HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci bukan sekadar tablet; ia direka untuk memberi pengalaman “Lebih Daripada PC”. Melalui inovasi ini, Huawei bertujuan menjadikan tablet sebagai pengganti yang mampu menggantikan komputer tradisional.


Mendefinisikan Semula Multitasking dengan Pengalaman Lebih Daripada PC


Gaya hidup rakyat Malaysia semakin pantas dan penuh dengan multitasking, dan HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci membolehkan peralihan tugas yang lancar. Bayangkan anda sedang mengedit video untuk tugasan sambil membuat penyelidikan – semuanya hanya menggunakan satu peranti. Atau bayangkan menguruskan e-mel kerja semasa berulang-alik, kemudian dengan mudah beralih untuk menyediakan pembentangan untuk mesyuarat seterusnya. HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci membawa pengalaman seakan komputer riba ke mana sahaja, sambil mengekalkan kemudahan dan keselesaan untuk kekal produktif sepanjang hari.


Meningkatkan Produktiviti di Hujung Jari Anda


HUAWEI Glide Keyboard direka untuk menyelesaikan masalah biasa pada tablet seperti ketiadaan storan stylus khusus dan pengecasan. Dengan rekaan inovatif 2-dalam-1 untuk storan stylus & keyboard bagi HUAWEI M-Pencil Generasi ke-3, stylus akan dipasangkan dan dicas secara automatik apabila disimpan, memastikan ia sentiasa sedia digunakan walaupun selepas tempoh lama. Ini menghapuskan kerumitan mengurus aksesori stylus yang berasingan dan mengelakkan kehabisan kuasa apabila diperlukan.




HUAWEI Glide Keyboard juga meningkatkan aliran kerja dengan ciri pelarasannya yang fleksibel, sesuai untuk menaip dan tugas kreatif. Semasa menggunakan tablet untuk melukis, keyboard akan kekal terangkat di atas pad sentuh, memberikan kestabilan tanpa mengganggu gerakan atau lakaran. Diperbuat daripada bahan yang lembut pada kulit, ia direka untuk tahan lasak termasuk terhadap tumpahan teh, kopi, atau minyak masak, menjadikannya sesuai dan selesa untuk kegunaan harian.


Mengubah Tugas Harian Menjadi Kecemerlangan Tanpa Usaha


HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci membawa produktiviti ke tahap baru dengan WPS Office setara PC, menawarkan antaramuka seperti PC dan alat penyuntingan yang hebat. Pengguna boleh beralih dengan mudah dari PC ke tablet tanpa perlu menyesuaikan cara kerja mereka, hasil reka bentuk menu yang intuitif. Ciri-ciri seperti memasukkan video dalam Presentation, Pivot Table dalam Spreadsheet, dan header serta footer khusus dalam Writer mempermudahkan aliran kerja dan menjadikan pengurusan tugas kompleks lebih efisien.




Sama ada anda seorang pelajar yang membuat laporan mendalam atau seorang profesional yang menangani pembentangan, HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci memastikan pengalaman yang lancar dan efisien dengan semua alat yang diperlukan untuk menghasilkan dokumen berkualiti profesional.


Dimana Keunggulan Bertemu Keselesaan dengan Paparan Tandem OLED PaperMatte


HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci dilengkapi dengan paparan Tandem OLED PaperMatte yang menakjubkan, dengan kecerahan sehingga 2,000 nits yang memberikan warna yang terang dan kejelasan untuk penstriman, membaca, dan pembentangan. Teknologi lapisan piksel nano yang canggih memanjangkan jangka hayat paparan tiga kali ganda, manakala lapisan pengasingan piksel mengoptimumkan kecekapan kuasa sebanyak 33%, memastikan visual yang jelas walaupun di bawah sinaran matahari.


Dengan nisbah kontras ultra-tinggi 2,000,000:1, resolusi 2.8K, dan nisbah skrin-ke-badan yang mengagumkan sebanyak 92% dengan bezel 4.6mm yang ultra-nipis, paparan ini memberikan pengalaman yang sangat imersif. Kadar segar semula 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 480Hz memastikan prestasi yang lancar untuk melukis, bermainatau membaca.


Direka untuk mobiliti, HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci yang ringan dan tahan lasak sesuai untuk sesi kuliah, sesi brainstorming, dan mesyuarat. Tambahan pula, teknologi PaperMatte mengurangkan silau dan meningkatkan keselesaan mata, dengan Sijil Premium Prestasi Keletihan Visual Rendah SGS 2.0. Tersedia dalam warna Premium Gold yang elegan, tablet ini memiliki penutup belakang Golden Silk yang unik, menetapkan standard baru dalam reka bentuk tablet.


GoPaint Malaysia Creating Activity 2024


Aplikasi GoPaint yang dibangunkan oleh Huawei telah mendapat pujian ramai untuk pelbagai jenis berus dan alatnya, menawarkan fleksibiliti kreatif kepada pengguna. Dengan pelancaran HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci, aplikasi ini memperkenalkan Fluid Brush baru yang meniru gabungan semula jadi pigmen seperti dakwat dan cat air, menyesuaikan kesannya dengan tekstur kanvas untuk aktiviti seperti melukis dan kaligrafi.



Untuk meraikan pelancaran ini, Huawei memperkenalkan GoPaint Malaysia Creating Activity 2024, satu pertandingan seni digital peringkat kebangsaan yang akan berlangsung dari 12 Oktober hingga 31 Disember 2024. Peserta boleh mempamerkan kreativiti mereka dalam kategori seperti Seni Sci-fi, Reka Bentuk Fesyen, dan Batik, dengan pemenang akan menerima HUAWEI Watch GT5 terkini. Dilengkapi dengan pelbagai fitur, HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci adalah peranti ideal untuk artis yang ingin mengekspresikan diri melalui seni digital.


Tawaran Eksklusif Pelancaran


Dari 12 Oktober hingga 11 November 2024, pelanggan yang membeli HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci (Premium Gold) pada harga RM4,599 akan menikmati bundle hadiah eksklusif bernilai RM2,546. Tawaran hebat ini merangkumi HUAWEI Glide Keyboard, HUAWEI M-Pencil Generasi ke-3, HUAWEI Sound Joy, dan HUAWEI Bluetooth Mouse. Selain itu, mereka yang membeli secara dalam talian juga akan menerima baucar tunai tambahan sehingga RM300. Untuk membuat pesanan, kunjungi mana-mana HUAWEI Experience Store, Laman Rasmi HUAWEIKedai Rasmi HUAWEI di Shopee, atau Kedai Flagship HUAWEI di Lazada.


Untuk maklumat lanjut, kemas kini terkini atau promosi mengenai HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci, sila layari Laman Rasmi HUAWEIhalaman Facebook rasmi HUAWEI, atau Instagram.


Baca Selanjutnya »

Hi-Tea Bersama Amy Mastura dan MotoGene



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Hi-Tea bersama Amy Mastura dan MotoGene | Jumaat, 27 September yang lepas kakak sempat menghadiri majlis hi-tea yang diadakan di Sky Dining, Ativo Suites Bandar Sri Damansara. Majlis ini telah dihadiri oleh pihak Morimoto Formulas Sdn Bhd, Amy Mastura dan beberapa orang blogger termasuk kakak.




Amy Mastura sebagai duta rasmi BetAging, MotoGene


Majlis ini sangat eksklusif dimana selain minum petang dan beramah-mesra, pihak Morimoto Formulas Sdn Bhd juga telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Amy Mastura sebagai duta rasmi BetAging, MotoGene. Kalau nak tau, Kak Amy dah hampir 3 tahun menjadi pengguna produk BetAging tau. Patutlah Kak Amy sentiasa nampak muda remaja!




Morimoto Formulas Sdn Bhd


Syarikat Morimoto Formulas Sdn Bhd atau dikenali secara komersil sebagai MotoGene telah diasaskan pada tahun 2020 selepas lebih 15 tahun menyelia ujian klinikal untuk syarikat farmaseutikal global utama. Morimoto Formulas Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang memberikan tumpuan kepada pembangunan produk suplemen kesihatan. Pada Mei 2022, mereka telah melancarkan produk pertama dibawah jenama MotoGene. Sehingga kini, mereka menawarkan produk-produk kesihatan terbaik antaranya BetAging, BetVision dan BetMuscle serta dua lagi produk yang akan datang.


Menurut Mr. Nick Ng, CEO Morimoto Formulas Sdn Bhd, 

"Pencegahan awal adalah kunci kepada kehidupan yang panjang dan sihat."


Morimoto Formulas Sdn Bhd bukan hanya menumpukan kepada pengeluaran produk yang berkesan tetapi mereka juga memastikan setiap produk keluaran mereka termasuk dibawah jenama MotoGene selamat untuk diamalkan. Setiap produk akan melalui proses analisis dan ujian klinikal yang ketat bagi mengelakkan kesan sampingan kepada pengguna.


Selain itu, mereka juga memastikan produk yang dihasilkan juga tidak menggunakan bahan pengawet serta menggunakan bahan semulajadi yang terbaik serta selamat untuk dikonsum.


Perkongsian dari Amy Mastura


Pada majlis ini, Kak Amy Mastura sendiri telah berkongsi pengalaman peribadi setelah menggunakan produk BetAging, MotoGene selama hampir 3 tahun ni. Yang paling ketara selain wajah kekal awet muda, rambut pun dah tak beruban! Memang produk ni terbukti mampu membantu melambatkan kesan penuaan.




Kita ni orang perempuan mestilah nak sentiasa nampak muda remaja. Jadi, pengambilan produk suplemen yang tepat boleh membantu kita tau! Kakak sendiri pun dah tak lama nak mencecah 40 tahun, memang dari sekarang la kena amalkan suplemen tambahan.


Menurut Kak Amy lagi, produk ni bukan je membantu melambatkan penuaan tapi ianya juga membuatkan badan jadi lebih bertenaga dari dalaman dan luaran. Alhamdulillah. Kak Amy memang nampak sangat energetik okay sepanjang acara hi-tea ni. Serius dah rasa macam sebaya je aritu. Heheheh.




Produk keluaran Morimoto Formulas Sdn Bhd


Sejak Mei 2022, pihak Morimoto Formulas Sdn Bhd telah mengeluarkan beberapa suplemen kesihatan anti-penuaan antaranya :


BetAging



Produk yang diamalkan oleh Kak Amy ni dirumus khas untuk membantu melambatkan penuaan dan memberikan tenaga dan tahan kecergasan fizikal dan mental.


BetVision



Produk khas untuk penjagaan mata dan anti-penuaan. Tak dinafikan semakin tua, tahap penglihatan pun akan semakin menurun. Jadi, produk BetVision ni dirumus khas bagi melindungi dan meningkatkan tahap kesihatan mata dan mencegah masalah penglihatan.


BetMuscle


Produk ini dirumus khas bagi menjaga dan menguatkan otot. BetMuscle juga dapat membantu mencegah Sarcopenia iaitu pengecutan dan masalah lemah otot-otot akibat penuaan.


MotoGene juga ada keluarkan 2 produk terbaru antaranya ShiroMoto dan TacoMoto. Kakak sendiri pun dah mula mengamalkan ShiroMoto tau. Yeayyyy! Tak sabar nak tengok hasilnya pada diri sendiri.




So, kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Morimoto Formulas Sdn Bhd dan jenama MotoGene layari :

Instagram : motogene_my
Facebook : MotoGene Malaysia

Baca Selanjutnya »

Jana Pendapatan dengan Al’Ard

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Jana Pendapatan dengan Al’Ard | Kakak memang pengguna produk Al’Ard dari dulu lagi, terutamanya Minyak Zaitun Al’Ard yang premium dan organik dari Bumi Palestin. Banyak khasiat yang boleh didapati dari produk ni tau! Jenama Al’Ard pun bukanlah suatu nama asing, mereka dah bertapak lama dalam pasaran di Malaysia ni sejak sedekad yang lalu.




Lepas tu pulak, produk Al’Ard ni sangat pelbagai dan boleh digunakan untuk seisi keluarga dan setiap peringkat umur. Baby kakak pun dah start consume Minyak Zaitun Al’Ard sejak umur 6 bulan tau. Kakak titiskan minyak zaitun dalam bubur baby. Alhamdulillah, baby pun tak sembelit.

Rangkaian produk Al’Ard




Syarikat Palestin Tunggal di Malaysia


Al’Ard merupakan Syarikat Palestin Tunggal di Malaysia dimana pejabat yang terletak di Shah Alam, Selangor adalah satu-satunya pejabat operasi kami di luar Palestin.




Bagi Al’Ard, polisi Kerajaan Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan Palestin sejak puluhan tahun adalah bukti kukuh bahawa Malaysia adalah lokasi paling sesuai untuk menjalankan operasinya.


Disebabkan itu, walaupun produk kami dihantar ke pelbagai pelusuk dunia seperti Arab Saudi, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Chile, Jepun, Australia, dan Indonesia, Malaysia tetap menjadi pilihan untuk pembukaan syarikat.


Kempen “Palestine di Setiap Rumah”


Kita semua tau mengenai pergolakan yang berlaku di Bumi Palestin kan? Jadi dengan membeli produk Al’Ard, kita juga boleh membantu rakyat Palestin melalui kempen “Palestine di Setiap Rumah” yang menyasarkan penghantaran dana sebanyak RM3 juta ke Palestin. Kempen yang bermula pada awal Disember 2023 ini telah berjaya menghantar sebanyak USD 340,000.00 bersamaan RM 1,914,790.00. Alhamdulillah.




Peluang Jana Pendapatan dengan Al’Ard


Korang tau tak, kita boleh membantu meningkat ekonomi para petani Palestin dan juga boleh membantu diri anda sendiri dengan menjana pendapatan dengan menjadi ejen Al’Ard?


Al-Ard bermula di Malaysia dengan sistem ejen dimana Rakyat Malaysia boleh mendapat bekalan secara terus dari Palestin sekaligus menjana pendapatan melalui perniagaan. Melalui transaksi perniagaan yang sah ini, dana dapat disalurkan secara terus kepada rakyat Palestin.


Menurut Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali pada Disember lalu, cara terbaik membantu rakyat Palestin adalah dengan membeli produk asli keluaran mereka. 


Rakyat Palestin bukannya hanya mahu meraih simpati. Kami melakukan perniagaan sebagai usaha membangunkan ekonomi yang akhirnya dinikmati setiap lapisan rakyat.

Melalui perniagaan jugalah segala sokongan kewangan dapat disalur ke Palestin dengan cara yang telus, tanpa sebarang ketirisan.



Jadi Partner Al’Ard dengan modal serendah RM188!




Sebelum ni, Al’Ard Malaysia menjalankan kaedah penjualan secara terus kepada pengguna dan juga sistem ejen secara manual dengan melakukan pesanan stok di whatsapp atau secara berhadapan.


Tapi setelah mendapat maklum balas daripada semua pihak, Al’Ard telah mengambil inisiatif menambah baik sistem penjualan dan memperkenalkan Sistem Alard Partner dimana penjual boleh melakukan pembelian stok dalam sistem.


3 Kategori Al’Ard Partner


Alard Partner terbahagi kepada 3 kategori iaitu Gold Partner, Silver Partner dan Bronze Partner. Jadi korang boleh dipilih mengikut bajet sendiri.


Gold Partner
  • Margin keuntungan sehingga 40%
  • Pembelian Pertama RM3,888.00
  • Pembelian seterusnya / Pembelian minima RM1,888.00



Silver Partner
  • Margin keuntungan sehingga 32%
  • Pembelian Pertama RM388.00
  • Pembelian seterusnya / Pembelian minima RM388.00



Bronze Partner
  • Margin keuntungan sehingga 20%
  • Pembelian Pertama RM188.00
  • Pembelian seterusnya / Pembelian minima RM188.00


Pihak Al’Ard juga menyediakan sales kit bagi membantu proses pemasaran setiap partner dimana sales kit tersebut merangkumi marketing support seperti :


  • Channel Telegram  untuk kandungan konten pemasaran
  • Gambar / Poster / Video berkaitan produk jualan
  • Flyers Product
  • T-Shirt Al’Ard
  • Bunting
  • Promotion Stand
  • Non-Woven Bag
  • Web Listing

Jadi tunggu apa lagi? Jom bantu meningkatkan ekonomi Rakyat Palestin dan jana pendapatan melalui Al’Ard Partner.

Untuk mendaftar layari,


Whatsapp : SertaiPartnerAlard


Semoga usaha kecil kita dalam membantu dan meningkatkan pendapatan dipermudah Allah SWT. Aamiin.


Baca Selanjutnya »