Segmen Bloglist Disember Oleh SuriaQistina


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sempena "3rd Wedding Anniversary" kak SuriaQistina pada 121212 ni, dia buat 1 segmen bloglist......
Jom kita ramai-ramai meriahkan segmen akak kita yang bakal menjadi Mummy kali ketiga ni....

Tarikh tutup 12.12.12 jam 12.12 tengah malam...... =D

Syaratnya senang je...
1. Follow blog SURIAQISTINA dan SUWARA ENTERTAINMENT
Yang paling penting korang mestilah follower blog SURIAQISTINA. (Xnak follow SUWARA ENTERTAINMENT pun xpe, tiada paksaan).
2. Buat entry bertajuk "SEGMEN : BLOGLIST DISEMBER 2012 OLEH SURIAQISTINA"
3. Jangan lupa tepekkan banner ke dalam entry korang ye.
4. Yang paling penting sekali, jangan lupa tinggalkan URL link entry korang kat ruangan komen.

Senang je kan???
Nak join klik link bawah banner tu ye.... =D

P/s : Jom sesama memeriahkan segmen....
Baca Selanjutnya »

Dulu Kita, Sekarang Mereka...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


DULU kita selalu keluarkan ayat ni...
"Mak, Abah...... Nak permainan tu..."
"Mak, Abah...... Nak makan tu..."
"Mak, Abah.... Nak duit... Nak keluar dengan kawanlah..."
"Mak, Abah.... Nak itu, nak ini....
"TAK BOLEH!!!!" Pernah tak korang dengar mak, abah korang lafazkan perkataan ni???
Selagi permintaan korang munasabah dan tentu arah, mereka pasti akan memenuhi setiap apa yang korang inginkan...

SEKARANG pasti korang ada dengar ayat ni...
"Mak, Abah nak beli ni la...."
"Mak, Abah rasa nak makan ni la..."
Tapi permintaan mereka tidaklah sekerap kita.....
Jarang mereka meminta benda yang mereka tahu kita tak mampu.....
Walaupun kadangkala hati mereka meronta menginginkannya.......
Jadi wajarkah keluarnya perkataan "TAK BOLEH" dari seorang anak?
Apa perasaan mereka jika ucapan itu keluar dari mulut seorang anak...?

Kalau DULU mereka berusaha memenuhi segala keinginan kita.....
Apa salahnya jika SEKARANG kita berusaha memenuhi keinginan mereka?
Selagi mereka masih dihadapan mata, hargailah kedua-dua ibubapa.....
Jangan tunggu bila selamanya mereka tidak lagi ada didunia..
Nak menyesal pun tiada gunanya.....

P/s : Berlaku depan mata.....
Si Bapa minta RM5 je nak beli makanan....
Ucap si anak "TAK BOLEH! Mana ada duit.."
Terkedu AJ sekejap.... Padahal si anak hidup dalam kategori berada....
Baca Selanjutnya »

Genap Setahun


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni 051212 rupanya dah genap setahun AJ keje kat company sekarang ni......
Dan juga genap setahun Mr. JR tukar keje kat AMEX.......
AJ baru terperasan kejap tadi.....
Tak sangka pulak boleh bertahan keje kat sini.....
Sebelum-sebelum ni, jawatan yang AJ pegang semuanya basis on 6 months contract je.....
So, after 6 months memang AJ tukar keje la....
Cuma yang ni pulak boleh bertahan.....
Hehehhehehe... =D
Kat company ni macam-macam dah AJ lalui........
Kena marah dengan boss, memang tak pernah sekali........ Alhamdulillah... =D
Dan macam-macam ragam ofismate AJ..... Dulu ada sorang tu suka emosi, suka-suka hati nak datang keje atau tak.....
Sini rekod datang lambat, AJ yang pegang....
Rekod balik awal pun, AJ jugak yang pegang......
Takde siapa boleh lawat Ratu datang lambat dan balik awal AJ tau... =P
Tu yang buat boss sayang tu... Ehhhh???
Apapun Selamat Ulangtahun Kerja yang Setahun buat AJ dan Mr. JR... 



P/s : Tapi dah nak berhenti keje... 
Baca Selanjutnya »

WW #17 : Sluurrrrpppp.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


"Ais kacang..... Ais... Ais  Kacang.......
Bila cuaca panas dan lapar dahaga...
Singgah di gerai, ais kacang diminta....
Susu dan jagung, kacang dan lengkung, air gula berwarna....
Campur semua, enak rasanya... Kegemaran kita semua....."

Nak pulak yang atas dia ada aiskrim......
Amboih hai.... TERLIUR..... =D

P/s : Siapa ingat lagu ais kacang ni??????
Baca Selanjutnya »

Amalan Mandi Bunga


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mesti ada di kalangan kita yang biasa dengar mandi bunga...
Sesetengah orang percaya amalan mandi bunga ni membolehkan mendapat jodoh...
Tapi pada AJ itu adalah kepercayaan yang tahyul dan karut semata......
Jodoh bukan datang dengan hanya mandi bunga..
Jodoh itu rahsia Allah swt...
Kalau dia dah tetapkan jodoh kita, maka itulah orangnya..
Bezanya sama ada ia datang secepat yang tak diduga atau lambat yang tidak disangka... =D
Ada pula yang berpendapat mandi bunga dapat menolak bala...
Jika seseorang itu mempercayai bahawa mandi bunga dapat menghindar daripada perkara-perkara buruk maka hukumnya adalah syirik kerana menyamakan bunga dengan kuasa Allah swt... 
Sedangkan bunga itu adalah makhluk Allah dan kuasa tiada batasannya...
Justeru itu sebagai hambanya kita hanya wajib mempercayai segala apa yang berlaku adalah qada' dan qadar Allah SWT. ..

Zaman sekarang mungkin ada yang tidak mengamalkan mandi bunga seprti yang dilakukan semasa zaman nenek moyang kita dahulu...
Kalau ada pun mungkin dapatkan khidmat di spa yang menyediakan perkhidmatan ni kan???
Bagi AJ tak salah mengamalkan mandi bunga selagi niat kita tidak terpesong....

Berikut antara kelebihan mandi bunga...

- Menghilangkan stress
- Menyegarkan tubuh badan
- Menghilangkan bau badan
- Meningkatkan kecerdasan minda
dan yang paling penting MENAIKKAN SERI WAJAH


INFO: Bunga dan khasiat

Mawar merah 
Membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi..

Mawar putih
Menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri...

Cempaka putih 
Melembut dan mewangikan badan..

Cempaka kuning 
Menyerikan wajah dan mewangikan badan...

Melur putih dan kuning
Menyucikan dalaman...

Bunga kenanga
Menaikkan seri wajah..

Limau purut
Membuang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah...

Limau nipis
Melembabkan dan mengurangkan kedutan kulit... 

Selain itu, korang boleh campurkan sedikit daun pandan bagi mewangi tubuh badan.......

Tips sebelum mandi bunga


Sebelum mandi bunga, selawat 33 kali dan bacalah lafaz bismillahirahmanirahim semasa menyiram air ke tubuh badan dengan niat untuk menyegarkan tubuh badan tau! Bukan niat yang bukan-bukan......
Selepas mandi, seelok-eloknya biarkan tubuh badan kering sendiri supaya khasiat mandi bunga dapat diserap tubuh kita dengan baik....
Elakkan mandi tanpa pakaian ye.... Takkan nak berselawat dalam keadaan macam tu kan?





Cubalah!!! Selepas tu korang akan rasa segar sangat..... =D
Apa yang buat AJ tiba-tiba cerita pasal mandi bunga ni???
Kisahnya, semalam AJ mandi bunga... Hehehhehehehe....



Wajah selepas mandi bunga.......
Fresh kan kan kan... =P

P/s : Selamat Mencuba... =D


Baca Selanjutnya »