Benarkah Dunia Semakin Berada Di Penghujungnya??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kalau kita tengok sekarang ni semakin banyak perkara yang berlaku..... Bencana Alam semakin menjadi-jadi.... Cuaca semakin tidak menentu... Apakah ini petanda dunia semakin berada di penghujung jalannya? Wallahualam.....
Sama-samalah kita renung-renungkan........

Berikut adalah Tanda-tanda Hampirnya Kiamat

1. Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik R.A. katanya, Rasulullah SAW telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2. Zina Bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim 

3. Bermaharajalela Alat Muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah 

4. Menghiasi Masjid dan Membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai. 

5. Munculnya kekejian, Memutuskan Tali Persaudaraan dan Hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim. 

6. Ramai Orang-orang Yang Soleh Meninggal Dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad 

7. Orang yang Hina mendapat Kedudukan Terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”- Riwayat Thabrani 

8. Mengucapkan salam kepada orang-orang yang dikenali sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad 

9. Banyak wanita berpakaian tetapi hakikatnya Telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A; “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”. 

10. Bulan Sabit Kelihatan Besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani 

11. Banyak Dusta dan TidaK Tepat dalam menyampaikan Berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim 

12. Banyak Saksi Palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad 

13. Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim 

14. Manusia mewarnai rambut dikepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan Muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

Daripada Huzaifah bin Asid al-Ghifari R.A ;
“Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (Riwayat Muslim)

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah SAW. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  • Dukhan (asap) yanga akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  • Dajjal akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  • Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak lagi beriman kepada Allah swt.
  • Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  • Turunnya Nabi Isa a.s ke permukaan bumi. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan salib yang dibuat oleh orang-orang Kafir dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan di permukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkak dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zman dahulu.
  • Gempa Bumi di Timur.
  • Gempa Bumi di Barat.
  • Gempa Bumi di Semenanjung Arab.
  • Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah Negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari ;
“Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah SAW, bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Gambar Hiasan

P/s : Bilakah Kiamat Akan Berlaku??? Wallahualam...... Hanya Dia Yang Maha Mengetahui......

Baca Selanjutnya »

Yeayyy... Kami Berdua Dapat Kerja Baru.... =)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Wahhhhhh..... Lama tak mencurah perasaan dan sukukata kat Blog ni....
Al-Maklumlah Busy sangatlah kononnya... Hehehehheheh....
Hurmmm sepanjang lama mendiamkan diri tak banyak pun benda yang jadi selain daripada dating, dota, berjalan-jalan dengan Mr. JR..... Hehehheheh...

Bulan ni, AJ dah start kerja baru... Alhamdulillah..... Abis je contract terus dapat kerja baru...
Lepas teman Mr. JR pergi Interview, esok tu pulak AJ kena pegi Interview.... Berrrkaaaatttt...
Alhamdulillah kami berdua dapat kerja....... So 5hb Disember tu, masing-masing sudah berkerjaya.....
Mr. JR lah manusia paling happy sebabnya dia memang berharap dapat kerja kat tempat tu...... 
AJ????? Mestilah gembira sebab dia dapat kerja tu.... 
Tak sia-sia AJ tunggu dia kat The Weld tu berjam-jam... Memang berbaloi-baloilah.... 
Hehhehehehehhe... =) 
AJ pun happy jugak dapat kerja... Tapi taklah sehappy bila tengok apa yang dia idam-idamkan berada dalam genggaman.....


P/s : Boss.... Maaf ye, AJ memang suka curi tulang.... Hahahhahahhaa.......
OkBye!!!!!!!!! See U Later Okeng... =)
Baca Selanjutnya »

Salam Aidiladha...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Salam Aidiladha korang. Pada yang balik ke kampung halaman tu, berhati-hati di jalanraya Mana yang beraya kat KL tu, samalah kita. Hehhehehhehhe.

Macam biasa, hari-hari raya ni, KL lengang lah. Al-maklum, warga kota semua dah berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Yelah, orang ada kampung. Kita ni takde kampung. Hahhahhahhaha. Touchinglah pulaksszzz!

Hmmmm. Aidiladha tahun ni, AJ tak dapat nak raya sebab demam melanda kembali. Beraya lagi kat PPUM. Kesian batul! Tapi takpelah, dugaan dihari raya nama dia. Hehhehhehe.


Apapun, Selamat Hari Raya Aidiladha. Berhati-hati walau dimana sahaja kita berada okay.

P/ s : Siapa buat ibadah korban???

Baca Selanjutnya »

Berkampung Di PPUM


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Memandangkan demam masih belum kebah, makanya hari ini berkampunglah di PPUM. Terima kasih kekasih hati Mr. JR dan Aja sebab bawakan si degil kepala batu ni pegi hospital. Heeheehe. Kalau ikutkan memang tak kuasa AJ nak ke hospital tu!

Sampai kat PPUM macam biasa la, nurse mesti tanya "sakit apa??". AJ pun jawablah dengan muka yang penuh sedih dan syahdu, "Demam, sakit tekak, batuk, selsema dll." Ambik, memang pakej terbaik dari LADANG VIRUS. Hehehhehe.

Hampir pukul 12 pm nombor AJ pun dipanggil. Dah siap daftar, nurse cakap lepas pukul 2 pm baru doktor boleh check. Lama lagi la nak kena menunggu tu.

Tik tok tik tok Masa pun berlalu. Sayup-sayup kedengaran nama AJ dipanggil. Masuk je bilik doktor AJ dah nampak jarum. Oh no! Kena ambil darah. Ni la yang paling AJ tak suka kalau ke hospital. Punya seram tengok jarum sampai temperature badan pun lupa nak tengok. Hahhahhaha. Bukan penakut, tak suka tau!


Sementara tunggu keputusan darah, sempatlah AJ tidur dulu. Yelah, kalau ke hospital memang akan makan masa. Pesakit punyalah ramai. Akhirnya lepas sekian lama menunggu angka giliran AJ dipanggil sekali lagi. Ting Tong.... "1286 bilik no 5"

Masuk bilik doktor ,dia check tekak semua da Keputusannya "Cik takde denggi, tekak bengkak (sebab batuk berdekah-dekah) dan ada infection dalam darah". Alhamdulillah, takda pape yang serius.

Dapatlah MC 2 hari berserta list ubat panjang berjela.Hambek!!! Muntah ubat la AJ ini macam. AIYOOOOOKKKKKK!!!!!!!!


P/s : Tak sukanya bila kena makan ubat!

Baca Selanjutnya »

Manusia Semakin Hilang Pertimbangan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ pasti entri kali ni mesti dah ramai orang yang menulis dan bercerita pasal hal ni. Berita semalam yang AJ tengok memang sangat-sangat menyentuh hati dan perasaan. Dua kejadian yang melibatkan bayi dan kanak-kanak yang belom mengenal dunia. Ya Allah, kenapa manusia semakin hilang pertimbangan. kejam dan zalim?

Kes 1 berlaku di China

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun digilis oleh 2 buah kenderaan. Malahan lebih menyayatkan hati 18 orang dewasa yang sepatutnya mampu berfikir hanya melihat dan tidak mempedulikan kanak-kanak kecil yang terlantar di atas jalan tersebut. Kemana hilangnya perikemanusiaan mereka? Takkan mereka sedar betapa sakitnya budak tu?

Mungkin kalau ada orang yang mempedulikan kanak-kanak itu lebih awal, kecederaannya mungkin tidak terlalu parah. Apa agaknya perasaan 18 orang yang lalu-lalang tanpa ada rasa simpati tu sekiranya kejadian sama berlaku kepada anak-anak atau kaum keluarga mereka sendiri?


Kes 2 berlaku di Malaysia.

Seorang gadis berusia 16 tahun bertindak kejam dengan membunuh bayi yang baru dilahirkan hasil hubungannya bersama teman lelaki dengan mengelar leher serta beberapa bahagian badan bayi malang tersebut. Tindakan kejam terbabit hanya disedari selepas seorang guru memeriksa bilik asrama gadis terbabit selepas beliau tidak menghadirkan diri ke kelas. Apalah dosa bayi sekecil itu sehingga diperlakukan sedemikian rupa oleh insan yang melahirkannya? Tidak kira apa sahaja taraf bayi malang itu, dia tidak berhak diperlakukan seperti boneka yang tidak bernyawa.

Ya Allah apakah ini petanda dunia semakin berada di penghujungnya? Manusia kini makin hilang pertimbangan. Tiada lagi rasa simpati dan rasa bersalah dalam diri. Cuma melihat dan melakukan sesuatu tanpa memikirkan sebab dan akibat. Di mana letaknya moral kita sebagai manusia? Tepuk dada tanya selera.

P/s : Ya Allah, kau lindungilah keluarga dan rakan-rakanku dari segala bencana. Janganlah kau jadikan mereka manusia yang buta hati dan perasaan. Amin ya rabbal alamin.


Baca Selanjutnya »