Semaknya Perasaan BILA.................

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni kepala otak dan perasaan AJ sedang terdera sebab Boss stay back kat ofis.....
AJ pasti bukan AJ je yang tertekan.... Ofismate pun sama..
Dahlah lately ni mood Boss macam tak berapa nak cantik....
Selalunya, time-time macam ni memang dia dah balik...
Tapi sejak beberapa hari lalu, bila dah masuk dia tak keluar pulak....
Aduhaiii... Mati akal kitaorang........
Yelah, keje boleh dikatakan dah siap....
Tapi tak boleh nak buat apa-apa selain mengadap sistem, berpura-pura rajin kononnya banyak lagi keje....
Okay, lakonan mantap... Hehheheheheh... =)
Ni pun curi-curi tulang.........
Sebab tahap tekanan dah tinggi sangat...
Nak bergossip sesama sendiri kat ofis ni pun rasa tak selesa.......

ARGHHHHHHHHHHHHHHHH....
Cepatlah pukul 6pm...
Tak terdaya dah nak duduk kat ofis ni.......
OkBye..... =(


P/s : Serabutlah kalau hari-hari macam ni............ =(
Padahal keje dah lama siap.....
Apa Pun Tak Boleh!!!!!!


Baca Selanjutnya »

29 FEBRUARI


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ini merupakan 29 Februari ......
Tarikh ni merupakan satu tarikh yang sangat special sebab ianya cuma muncul 4 tahun sekali.......
Dan tahun yang mempunyai tarikh 29 Februari ni dikenali sebagai Tahun Lompat.....
Waaaaahhhhhhhhhhhh istimewa sungguh tarikh ini kan???

Kepada sesiapa yang menyambut hari-hari istimewa seperti Hari Lahir, Ulangtahun Perkahwinan dan sebagainya atau yang melahirkan anak pada hari ini, saya ucapkan......
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN dan TAHNIAH!!!!!!!!
Bukan semua orang dapat sambut hari ni kannnn..... Andalah insan istimewa tu...
Macammana ye agaknya rasa bila 4 tahun sekali baru sambut???
Mesti setiap 4 tahun korang celebrate dengan semeriah-meriahnya...
Dah kata 4 tahun sekali..... =D
Tahun-tahun yang lain tu macammana??
Kalau ada sesiapa yang ada hari istimewa pada 29 Februari ni, sharelah dengan AJ....... =)

Apapun SELAMAT MENYAMBUT 29 FEBRUARI.....
Kita jumpa 4 tahun lagi..... =D
Insyaallah jika dipanjangkan usia........



P/s : Kepada Cousin AJ yang selamat melahirkan anak perempuannya semalam, Tahniah sayang...... Asal tak nak keluar hari ni???
Nanti Mummy AJ jumpa baby okay...... =)


Baca Selanjutnya »

AJ Tak Suka Selsema...... Arghhhhhh!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni korang macam mana???
Hope semua sihat-sihat belaka...
AJ??? Ohhhh Selsema.....
Bencinya.......
Rasa macam nak cabut je hidung ni.....
Nak pulak kena air-cond dengan cuaca yang mega mendung, nak hujan ni...
Lagilah sengsara......
Dah la makan tengah hari tadi pedas gila....... (Nasib sedap.... =D)
Huhuhuhuu...
Mak aih... Lagi menjadilah hachoooommmmmmm saya...... =(
Dahlah tu, Mr.JR pun tak berapa sihat......... Macam berjanji pulak......


Okay ini serba sedikit info mengenai SELSEMA...

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus.
Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim.
Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung.
Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun. 


Gejala-gejala

 # Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
 # Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
 # Bersin.
# Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
 # Sakit kepala.
 # Adakalanya, demam yang ringan.
 # Sakit badan.
 # Mata berair.


Komplikasi-komplikasi

Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku :
 # Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
 # Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
# Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan 
kanak-kanak.
# Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
# Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
# Jangkitan bakteria sekunder.
# Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya 
lelah.


Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi.

Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : 

# Seseorang yang kurang khasiat makanannya.
# Warga-warga tua.
# Golongan yang sangat muda seperti bayi dan kanak-kanak.


Penawar Selsema

Dewasa :
# Ambil beberapa batang sirih, hancurkan sehingga mengeluarkan lendir dan sapu pada hidung.

Bayi atau Kanak-kanak :
#  Ambil kunyit hidup, asahkan di belakang pasu kemudian disapu pada hidung bayi atau kanak-kanak tersebut....

Ini petua orang-orang lama.... Sejauh mana keberkesanannya saya sendiri tidak tahu.......
Mana yang nak cuba bolehlah cuba......
AJ??? mana pulak nak cari batang sirih???
So pegi Farmasi, belilah ubat.... Ataupun soluble..... =)


P/s : Selsema, tolonglah pegi cepat..... Pedih dah hidung ni haaaa..... :'(

Baca Selanjutnya »