Antara JODOH dan HIDAYAH...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

JODOH
Seperti yang semua orang sedia maklum Jodoh itu Rahsia Allah...
Dia telah menetapkan siapa jodoh kita...
Mahupun begitu, tidak bermakna kita cuma perlu duduk diam menunggu jodoh itu datang menyapa...
Berusahalah dan berdoalah tapi tak perlulah beriya sangat mencari jodoh......
Memadailah dengan sedikit usaha.....
Percayalah, Allah s.w.t telah menetapkan jodoh yang terbaik buat kita....

HIDAYAH
Bukan semua orang dikurniakan untuk mendapat hidayah.....
Hanya insan-insan bertuah sahaja diberikan hidayah..
Tapi untuk mendapatkan hidayah, bukannya duduk dan berdoa....
Berusahalah memperbaiki dan membetulkan kelemahan diri....
Inilah yang kita perlu cari dan kejar dengan sepenuh hati...

JODOH DAN HIDAYAH
Kedua-duanya penuh Misteri...
Hanya Sang Pencipta sahaja yang mengetahuinya....
Itu RahsiaNya...



AJ???
Berdoa semoga dialah JODOH yang Allah s.w.t janjikan.....
Makbul doa, dialah orangnya...
Dan berusaha memperbaiki segala kelemahan dan kekhilafan diri....
InsyaAllah jika AJ insan terpilih, HIDAYAH itu milik AJ....



P/s : Sekarang semua leka mengenai Soal Jodoh dari Soal Mendapatkan Hidayah....
(Termasuklah AJ.)
Lumrah manusia, sering melakukan kekhilafan....
Korang, ini sekadar menginsafi diri sendiri... Bukan berlagak baik..... (Sebab AJ bukan baik sangat untuk menasihati...)
Tapi tak salah saling ingat memperingati kan????


Baca Selanjutnya »

Buat Pandai, Lepas Tu Buang..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Inilah dia... Orang lain bersusah payah nak dapat anak....
Tapi yang dah dapat tu, senang-senang hati nak buang...
Binatang pun tahu sayang anak..... Meraung-raung kalau anak kecilnya diambil..
Tapi manusia??? Tergamak buang anak.....
Buang dalam tong sampah, campak dalam sungai, dan yang terbaru tinggal tepi pintu Masjid..

Kes ni berlaku di Masjid Baru Kampung Lamir, Pekan, Pahang dan bayi tersebut ditemui oleh seorang jemaah masjid Khasli Mohd Razali, 48, jam 5.30 pagi ketika ingin memasuki kawasan masjid untuk menunaikan solat subuh... Bayi lelaki seberat 2.9kg dan dipercayai berbangsa Melayu itu ditemui dalam keadaan menangis kerana kesejukan dan kelaparan.
Bayi lengkap berpakaian dan dibalut kain pelikat itu, ditinggalkan di hamparan tepi masjid berserta botol susu dan beg plastik berisi lampin pakai buang, sekotak susu serta pakaian dipercayai ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui dengan kesan gigitan nyamuk di muka....
Pihak polis sedang berusaha mengesan ibubapa bayi malang terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya..
Semoga mereka mendapat pembalasan atas perbuatan tidak berperikemanusiaan ini....

Sumber :  Harian Metro




P/s : Kalau tak nak sekalipun, janganlah buang macam sampah......
Bagi je kat orang, ramai yang kat luar sana nak kan anak....
Bayi ni, nasib manusia yang jumpa.....
Kalau binatang buas????

Baca Selanjutnya »