Buat Pandai, Lepas Tu Buang..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Inilah dia... Orang lain bersusah payah nak dapat anak....
Tapi yang dah dapat tu, senang-senang hati nak buang...
Binatang pun tahu sayang anak..... Meraung-raung kalau anak kecilnya diambil..
Tapi manusia??? Tergamak buang anak.....
Buang dalam tong sampah, campak dalam sungai, dan yang terbaru tinggal tepi pintu Masjid..

Kes ni berlaku di Masjid Baru Kampung Lamir, Pekan, Pahang dan bayi tersebut ditemui oleh seorang jemaah masjid Khasli Mohd Razali, 48, jam 5.30 pagi ketika ingin memasuki kawasan masjid untuk menunaikan solat subuh... Bayi lelaki seberat 2.9kg dan dipercayai berbangsa Melayu itu ditemui dalam keadaan menangis kerana kesejukan dan kelaparan.
Bayi lengkap berpakaian dan dibalut kain pelikat itu, ditinggalkan di hamparan tepi masjid berserta botol susu dan beg plastik berisi lampin pakai buang, sekotak susu serta pakaian dipercayai ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui dengan kesan gigitan nyamuk di muka....
Pihak polis sedang berusaha mengesan ibubapa bayi malang terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya..
Semoga mereka mendapat pembalasan atas perbuatan tidak berperikemanusiaan ini....

Sumber :  Harian Metro




P/s : Kalau tak nak sekalipun, janganlah buang macam sampah......
Bagi je kat orang, ramai yang kat luar sana nak kan anak....
Bayi ni, nasib manusia yang jumpa.....
Kalau binatang buas????

6 ulasan

  1. kasihankan kat bayi tu..
    harap sgt pihak bkuasa dapat jejak org yg buang tu..!
    geram..!

    BalasPadam
  2. @Cik Nur mesti dapat... polis msia ni cekap jugak......

    BalasPadam
  3. Ai,kin malu ehh.Bangsa Melayu gi tu :(
    Nauzubillah lah benda tu terjadi kat sy

    BalasPadam
  4. @Cik Adieb aah kn..... buat malu btl.... Yup mudah2an dijauhi dr perkara ni...

    BalasPadam
  5. ayu pun sangat tersentuh dgr kes buang bayi..dulu masa beljar siap plh tjuk abandonment of babies in Malaysia..sbb byk sgt kes..mmg grm lah seronok ja pandai..baby tu xbrdisa apa pn..;-(

    BalasPadam
  6. @are_lin@yu kesian kn..... nk ttp slh sndr, sggp buang bayi..

    BalasPadam