Hujan Lebat Di Kuala Lumpur


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni hujan lebat melanda Kuala Lumpur dari petang sampailah sekarang....
Balik keje tadi tersadai jugaklah setengah jam kat perhentian bas....
Dah turun bas nak sampai rumah pulak hujan turun dengan selebat-lebatnya...
Sabar jelah.... Dah nasib badan.....
Tapi yang lagi kesian, Mr.JR lah...
Tak sampai-sampai rumah lagi disebabkan hujan...

Okay, selalunya kalau hujan mesti ada kilat dan petir sabung menyabung kan??
Paling tak pun guruh.....
Kat sini AJ nak share sedikit info mengenai KILAT...



~Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang Atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadangkala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering diiringi oleh guruh.

~Dalam nyahcas keelektrikan Atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60 000 m/s dan mencapai suhu 30 000 darjah celsius.

~Terdapat kira-kira 16juta ribut petir setiap tahun.

~Kilat juga berlaku dalam awan debudari letusan gunung berapi atau mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan cas statik.

~Kilat juga menghasilkan medan magnetik dan sinar x.

~Secara purata, kilat membawa arus elektrik sebanyak 40 kiloampere (kA). Meskipun, sesetengah halilintar kilat boleh mencapai lebih 120 kA dan memindahkan cas sebanyak 5 coulomb dan 500 MJ.

~Voltan bergantung kepada panjang kilat, dengan pemecahan elektrik di udara mewujudkan 3juta volt per meter, menghasilkan lebih kurang 1gigavolt (1 bilion volt) bagi 300 m (1000 kaki) halilintar kilat.

~Dengan arus elektrik sebanyak 100 kA, ia menghasilkan kira-kira 100 terawatt.

~Kilat memanaskan udara sekitar kepada kira-kira 10 000 darjah celsius hampir serta merta, iaitu hampir 2 kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan gelombang kejutan yang dapat didengari dan dikenali sebagai Guruh.

Sumber dipetik : Mingguan Wanita



P/s : Korang semua kalau hujan dengan kilat dan petir sabung menyabung tu tolonglah cari tempat berteduh dan berlindung yang selamat ye.....
Semoga kita semua dilindungi Allah swt....






2 ulasan

  1. huarrghhhh, Pakcik takut kilat huhuhu ...

    BalasPadam
  2. Pkcik, jgn takut.....
    nyorok dlm selimut...
    pastu mesti trus lupe psl kilat..... hehhehhehehe.....

    BalasPadam