Ingatkan dalam cerita P.Ramlee je ada....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sementara mata tak mau lelap ni, AJ nak luahkan sedikit rasa...
Kalau korang penggemar cerita-cerita Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee, mesti penah dengar istilah 
"AHLI MESYUARAT TINGKAP" kan????
Ingatkan masa zaman tu je banyak ahli mesyuarat tingkap ni...
Rupa-rupanya pada zaman moden ni lagi banyak insan-insan yang berminat dalam keahlian tak berbayar menjadi Ahli Mesyuarat Tingkap....
Syaratnya mudah sahaja...
Duduk di tepi tingkap, perhatikan anak orang lain, kemudian jaja satu taman mengenai anak orang tu.....
Aduhai.... Dah takde keje lain ke nak buat???
Selalunya golongan makcik-makciklah rajin bawak mulut ke sana sini nih....
Nauzubillah..... Dengar gossip mereka lagi dashyat dari Naz melodi terjah artis....
AJ bukan nak menuduh tak tentu pasal...
Tapi inilah Realiti kehidupan... Lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan flat dan juga sebangsa dengan AJ.....
Sedih bila melihatkan manusia yang masih lagi berada di takuk lama.....
Kadangkala cara mereka menjaja cerita seperti mereka sendiri tiada anak....
Teringin sekali nak bertanya, kalau dah sibuk menjaga dalam kain anak orang lain...
Siapakah yang menjaga anak mereka sendiri ye?????
Tepuk dada tanya selera......


P/s : Bukan menunding jari kepada sesiapa, tapi berdasarkan pengalaman sendiri....
Jangan pandang seseorang melalui luaran......

Tiada ulasan