Alahai Biawak.......


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Eh???? Apa bende yang pagi-pagi Jumaat dah cerita pasal biawak ni???
Ishhhhhh, biawak siapalah yang terlepas kat jalan Seremban-Tampin tu??

Rembau : Disebabkan seekor anak biawak melintas jalan, 4 buah kenderaan termasuk sebuah lori tangki terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 28.5 Jalan Seremban-Tampin.....
Menurut salah seorang mangsa yang merupakan pemandu Proton Saga BLM, Mohd Firdaus Abu Bakar, 24,
kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu berlaku apabila sebuah kereta kancil berhenti secara tiba-tiba bagi mengelakkan terlanggar seekor anak biawak...
Pada masa yang sama sebuah lori tangki gagal mengawal kenderaan lalu melanggar belakang kereta mangsa menyebabkan keretanya melanggar belakang kancil tersebut dan berpusing dua kali...
Manakala kepala lori tersebut termasuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah Proton Saga lama dari arah bertentangan..
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan......

Sumber : Harian Metro


P/s : Lain kali cuba ajar biawak korang tu lintas jalan time kereta tak banyak.....
Jalan Seremban-Tampin tu memang selalu berlaku kemalangan pun.....
AJ pun pernah nyaris nak mengalami kemalangan masa nak balik kampung dulu...
Pada korang yang menggunakan laluan tersebut, sila berhati-hati....


4 ulasan