Earth Hour... Jom Sama-Sama Mengurangkan Perubahan Iklim Dunia...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay ini entri last sebelum off lappy...
Lebih kurang 30 minit lagi earth hour...
Korang tau tak apa itu Earth Hour??
Alaaa... Yang bergelap selama sejam dari 8.30 malam ke 9.30 malam tu.....
Earth hour dijalankan bagi mengurangkan perubahan iklim dunia.....
Haaaaaa... Dunia ni kan dah semakin tua....


Okay, kat sini AJ bagitau sikit Sejarah Earth Hour ni...

Pada awal tahun 2007, WWF-Australia yang diilhamkan di Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil Jam Bumi. Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak, CEO mahupun ahli politik, mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami. Di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk mengambil pendirian terhadap kesan perubahan iklim yang ketara ini.

Pada tahun 2008 rancangan ini di perluas ke seluruh Australia. Oleh kerana kesan hebahan yang hebat Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turun serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk 'mematikan lampu' diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.

Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara ‘mematikan lampu’ selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim. Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mapan.

So apa lagi????
Jom korang!! Kita sama-sama menyokong program Earth Hour ni hari ni....
Bukan lama pun sejam je.... Siapa lagi nak menjaga bumi ni, kalau bukan kita yang bergelar manusia...??

Malaysia sokong Earth Hour!!!!!!!
AJ juga turut sama menyokong Earth Hour...


P/s : Okay bye.... Nak off lappy....
Lepas tu marilah sama-sama kita bergelap...
Pasang lilin okay kalau korang takut gelap.... Barulah Romantik... =D
Yuhuuuuuuu......
Baca Selanjutnya »

Ride To Genting....




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Awal pagi tadi dalam pukul 12 lebih AJ, Mr.JR, En. Naza dan beberapa orang kawan ride saja-saja ke Genting Highland......
Sampai genting dalam lebih kurang pukul 1 lebih kot...
Tak notice pulak pukul berapa...
Tapi masa yang diorang ni amik dari Kl ke Genting tak lah banyak sangat kot...
Tah berapa laju diorang titik pun AJ tau..
Rasa adalah dalam 190km/j ke atas...... =D

Sampai Genting parking depan Coffee Bean, lepas tu lepak minum kat mamak atas tu...
Oh ye... Ni 1st time AJ ikut diorang naik..
Sebelum ni Mr.JR je pegi tinggalkan AJ.... =(
Dah siap makan nasi goreng mamak tu yang hampir menitiskan air mata dek kerana kepedasan melampau, kitorang turun balik KL..

Waaaaaaa...... Nak balik tu yang tak tahan tu....
Lenguh tangan....
Nak-nak pulak jalan nak turun tu punyalah bersepah bumper..
Aduhai.... Lepas ni tak tau nak serik ke, nak ikut lagi bila diorang ni nak ride ke Genting...
Rasa macam serik... Tapi AJ ni biasalah..
Bukannya tetap pendirian..
Hari ni kata serik..
Esok kalau diorang nak repeat, sure nak mengekor....
Hehehheheheheh...... =p
Yelah kalau naik motor yang biasa je takpelah turun naik Genting hari-hari...
Ni naik En. Naza.... Fuhhhhhhhh..... Lenguh wei.......
Tapi yang sure, Mr.JR mesti lagi lenguh..
Nak-nak pulak ada orang belakang.....
Single rider pun agak lenguh katanya........
Kesian dia... Kejamnya AJ...
=P


P/s : Nak Serik ke Tak???
Tak Kot...
Time tu je serik.... Heheheheheh.... =D

Baca Selanjutnya »

Jom Buat Tarian Tiang Ramai-Ramai.....


ASSALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang jom kite ramai-ramai buat tarian tiang...
Bukan susah pun....
Pusing-pusing tiang, lepas tu pakailah seksa-seksi sikit....
Kalau kena denda pun RM 25 je.....
Katakan satu sesi tarian tiang tu korang dapat RM 250...
Setakat kena denda RM 25 tu.....
Apalah sangatkan....
Balance tu boleh buat shopping-shopping sakan lagi...

Aduhaiiiiii lah....
Kalau ye pun nak denda pun, bagilah denda yang buat sang pesalah tu takut nak ulangi kesalahannya...
Ni tak...
RM 25 JE????
Kalau AJ kena denda macam tu pun, AJ senyum je........
Lepas tu esok lusa buat lagi.......
Sebabnya, denda pun tak sampai separuh jumlah pendapatan untuk sekali menari... =D


P/s : Ye kat dunia RM 25 je kan....
Balasan lain sanggup ke nak hadap???



Baca Selanjutnya »