Kau Pergi Jua.. Allah Swt Lebih Menyayangimu Reid..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Saat entri ini ditulis, sahabat kami Riduan bin Hashmin atau Reid telah kembali ke rahmatullah....
Semalam habis kerja, AJ dan Mr,JR serta beberapa orang sahabat lain bergegas ke HKL....
Kami diberitahu keadaan kesihatan Reid menurun...
Otaknya telah mengalami 100% kerosakan serta kegagalan beberapa fungsi organ dalaman...
Ya Allah, hiba dan sebak hati kami semua mendengarnya...
Disana ahli keluarga dan rakan-rakan beliau tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat untuk Reid terus berjuang...
Namun takdir Allah swt telah menentukan segala-galanya....
Setelah 4 hari bertarung nyawa, hari ini Sabtu 28 Julai 2012 bersamaan 8 Ramadhan 1433H lebih kurang 12.45am, Reid menghembuskan nafasnya yang terakhir....
Innalillahiwainalilahirojiun...... Allah swt lebih menyayangimu wahai sahabat......
Hanya deraian airmata dan bacaan doa yang mampu mengiringi pemergianmu sahabat.....
Alhamdulillah kami berpeluang berada disisinya di saat-saat akhir hayatnya...
Sempatlah kami memohon maaf  sebelum pemergianmu..
Lebih kurang 2 pagi, kami meminta izin untuk pulang membersihkan diri setelah hampir sehari suntuk disitu sementara jenazahnya diuruskan pihak hospital..
Setelah itu, jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kota Tinggi, Johor... Dan dikebumikan di Makam Bendahara Tun Habab..
Malangnya kami terlewat beberapa minit dan jenazah sedang dikebumikan..
Walau bagaimanapun kami tidak begitu ralat kerana sempat bertemu buat kali terakhir di hospital...

Reid, walaupun pemergianmu amat kami rasai..
Kami redha Reid..
Tapi kami rindu dengan gelak ketawamu, senyuman manismu, gurauanmu malahan ayat-ayat spontanmu...
Tadi sewaktu berangkat pulang ke Kl pun, dengar lagu "Aishiteru" pun aku menangis...
Sebab kau selalu nyanyi lagu tu depan aku.
Siap bluetooth suruh aku dengar..
Reid, kami doakan yang terbaik buatmu disana...
Allah swt lebih menyayangimu...
Tenanglah kau disana wahai sahabat.....
Riduan bin Hashmin atau Reid...
We will missed you.....=(

AL-FATIHAH..
Reid Hashmin dalam kenangan...
28/12/1988 - 28/7/2012...


Gambar terakhir yang dimuat naik Arwah bertarikh 20 Julai 2012... =(

Aku minta halalkan dan menghalalkan segala apa yang terlebih atau terkurang antara Kau, Aku dan Jean...
AL-FATIHAH SAHABAT..  

P/s : Saat entri ini ditulis, AJ belum melelapkan mata dari 9am semalam sehingga sekarang...

Baca Selanjutnya »

Minta Maaf Semua.....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Minta maaf kat korang semua....
2-3 hari ni memang mood AJ sedih dan duka.......
So, AJ tak sempat nak berblogwalking atau singgah balik kat korang yang datang sini....
Insyaallah, bila AJ dah okay sikit AJ datang jenguk korang...
Tinggalkan je jejak kat chatbox AJ tu......
Terima kasih ye.......
Dan jangan lupa mendoakan kesihatan sahabat AJ....
Untuk pengetahuan korang, beliau masih lagi tidak sedarkan diri dan masih berada dalam Unit Rawatan Rapi kesan daripada kemalangan tersebut........
Apa-apa nanti AJ akan update dengan korang ye..
Terima kasih juga pada yang mendoakan dia dan bagi kata-kata semangat untuk AJ dalam entri-entri sebelum ni......


P/s : Semoga Allah Mempermudahkan Segala-galanya.....
Amin...


Baca Selanjutnya »

Dia Kuat.... Insyaallah Dia Melawan...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Baru tengok Reid....
Doktor dah hentikan ubat tidur dia...
Tapi dia masih tak sedar...
Menurut kakak Reid, tak boleh nak operate...
Sebab tengkorak dia pecah.... Dan sebahagian otaknya mengalami kerosakan...
Tadi AJ masuk, AJ pegang tangan dia, AJ minta maaf dengan dia...
AJ tengok mata dia... Nampak bergenang airmata di kelopak mata dia....
AJ tau dia boleh dengar...
AJ bisikkan di telinganya minta dia lawan...
Minta dia kuat....

Ramai sangat kawan-kawan datang tengok dia tadi....
Harapan kami semua sama...
Nak tengok dia kembali sihat....
Insyaallah... Kami yakin dia mampu lakukan....
Kuasa Allah swt tu sangat besar....
Keajaiban Allah kita tak tahu....

Dan......
Kepada beberapa orang yang dah sebarkan berita dia dah kembali ke rahmatullah tu....
Kami minta remove lah status tu dari wall dia.....
Dia masih bernyawa...
Tolonglah jaga hati keluarga dia, sahabat karib dia, rakan sekerja dia dan orang lain yang sayangkan dia.....
Tolong jangan tambah beban keluarga dia dengan berita tak betul korang tu...
Tanya dulu kesahihan cerita.....

Reid,
Aku bukan kawan yang baik....
Tapi aku doakan yang terbaik untuk kau.....
Takkan putus-putus semangat aku buat kau.....
Aku cuba kuatkan diri demi kau kawan...
Aku dan Jean ada di sisi kau.....
Walau kau tak memberi tindak balas, kau dapat rasa kehadiran kami....
Betulkan Reid??
Aku mungkin tak serapat kau dengan Jean....
Tapi jauh di sudut hati.. Aku sayangkan kau sama macam Jean sayang kau....
Kau macam adik pada kami...
Cuma kadang ego aku menghalang aku untuk bagitau kau...
Maafkan aku Reid....


P/s : Insyaallah semuanya akan okay....

Baca Selanjutnya »

Ya Allah... Sedihnya Tengok Dia...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Seperti korang sedia maklum, kawan AJ terlibat dalam kemalangan.....
Kalau mana yang tak tau lagi KLIK SINI....
Semalam habis kerja, AJ terus ke HKL.....
Sampai di hospital, rakan-rakan lain sudah ramai yang datang melawat......
Disebabkan dia di tempatkan di Unit Rawatan Rapi, kami semua bergilir-gilir melihat keadaan dia.....
Tiba giliran kami, hati AJ berdebar-debar...
Ya Allah, kau kuatkanlah hati aku......
Sampai je ke katil dia, AJ cuba sedaya upaya menahan tangis...
Namun AJ tak mampu....... Mengalir jua airmata di hadapannya......
Lalu AJ sedekahkan Al-Fatihah....
Keadaannya.......Apa yang mampu saya katakan....
Sangat teruk....
AJ tidak mengenali langsung wajahnya.........
Jauh sangat bezanya dia yang saya kenali dan dia yang terbujur di katil wad tu.......
Kepalanya berselirat dengan wayar......
Darah membeku di kepala dengan tekanan darah yang agak rendah tertera di monitor....
Yang membuatkan AJ bertambah sedih bila mengetahui urusan register pesakit hanya selesai pada petang semalam....
Walhal dia kemalangan kelmarin...
Ini kerana ada makhluk tak bertanggungjawab telah mengambil dompet dia dan menyukarkan pihak polis mengenali identiti dia.....
Ya Allah..... Teruknya orang yang mengambil kesempatan tu...
Nasib baik Hp dia berjaya ditemui......
Melalui Hp tersebut, kaum keluarga dan rakan-rakan dapat dihubungi....
(Tapi khabarnya hp tu dah tiada saat keluarganya sampai..)
Kejadian tu dikatakan berlaku semasa dia balik dari membeli juadah di Bazaar Ramadhan.....
Dia dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta Myvi...
Lalu jari laju menaip namanya di laman Fb.....
Status terakhirnya sebelum kemalangan nak makan kuih abuk-abuk...
Mengalir lagi airmataku.....


Reid, be strong..........
Kami semua tau kau seorang yang tabah....
Kami sayangkan kau Reid..
Kami nak tengok kau gembira dan sihat seperti sebelum ni..
Doa kami sentiasa mengiringi kau.....
Kuatkan diri Reid....
Semoga kau cepat recover.......
Nanti kau dah sihat kita ramai-ramai pegi cari kuih abuk-abuk tu ye.....
Petang ni kami datang lagi ye Reid.....
Ya Allah, berikan dia kekuatan.....

P/s : Sedih.....

Baca Selanjutnya »

WW #12 : She Sooooooo Adorable!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


She so Cute and Adorable.....
Isn't???

P/s : Dalam Hati Masih lagi Bersedih.......

Baca Selanjutnya »