Lagu Raya Mula Berkumandang...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kat mana-mana je sekarang ni, lagu raya dah mula berkumandang....
Di stesen-stesen radio pun dah berselang seli lagu raya.......
Tengok kalendar hari ni dah 31 Julai 2012.....
Ohhhhh... Dah dekat 2 minggu dah rupanya kita berpuasa.....
Tak sedar masa berlalu......
Tangan pun dah gatal cari-cari lagu raya untuk didownload.....
Dah boleh tukar ringtone Hp... Barulah terasa mood raya.......
Tapi separuh je la mood raya tu...
Sebab kuih tak buat lagi.... Baju raya pun tak beli lagi.....
En. Sayang cakap esok atau Khamis baru nak beli baju raya.....
Ok... Tak sabar dah ni.....

So nak tanya korang sikit.....
Lagu raya apa yang korang suka ni???
Saya suka lagu-lagu dendangan Siti Nurhaliza dan beberapa lagu dari penyanyi lama.....
Kalau boleh duk ulang berpuluh-puluh kali dengan volume yang sangat kuat..
Hehheheheheheh... =D
Yelah, setahun sekali baru dapat dengar lagu raya kan....


Jom layan lagu raya ni..... =D
Nazam Lebaran by Siti Nurhaliza untuk korang.....


P/s : Raya Oh Raya....
Tapi Masih Adakah Mood Raya Tu??
Baca Selanjutnya »

Lelaki Anak Emak....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mesti korang penah tengok drama "Anak Emak" kan??
Emak ikut kemana sahaja....
Lepas tu anak lelaki tu pun tak bebas untuk membuat apa saja......
Berkepit je bawah ketiak emak...
Tapi adakah seteruk itu kalau kita bercinta atau berkahwin dengan lelaki dalam kategori anak emak ni???
Ishhhhhh... Takut pulak nak berkawan dengan anak emak ni....

JANGAN takut...
Sebenarnya berhubungan dengan lelaki anak emak tidak seteruk yang dimomokkan sesetengah orang......
Anak emak ni berperwatakan manja dan selalu mahukan perhatian..
Kadang makan pun minta disuap....
Mereka keras kepala tapi tak nak mengaku....
Tak susah pun nak mengambil hati si anak emak....
Cukup sekadar memberi perhatian dan mengambil berat mengenai mereka.....
Tapi, jangan sesekali mengutuk atau mengatakan sesuatu yang tidak elok mengenai emak mereka...
Alamatnya perang besarlah kamu dan dia, walaupun itu hakikat sebenar mengenai emaknya...

Kelebihan berhubungan dengan Lelaki Anak Emak

1. Mereka sangat menghormati wanita....
-Mereka menghormati wanita sama seperti mereka menghormati emaknya.....
Beruntungnya kamu sekiranya Si Dia anak emak......

2. Pandai memasak..
-Segala ilmu masak memasak pasti akan turun kepada anak emak ni.....
Silap-silap skill memasak Si Anak Emak, kalah skill memasak kamu okay..

3. Pandai mengambil hati....
-Kamu merajuk bukanlah satu masalah besar buat Si Anak Emak.....
Sebab mereka sudah mengetahui bagaimana hendak mengambil hati kaum wanita...

4. Manja...
- Mereka selalunya manja.....
Kalau yang jenis panas baran pun still cepat sejuk.....


Tapi AWAS!!!!!
Lelaki Anak Emak ni bermulut manis......
Kira dalam kategori pandai ayat la....
Jika kamu tak pandai cara mengawal Si Anak Emak, dengan mudah dia boleh main pasang 1, 2 atau 3....
Hehehheheheh.... =D

Sebenarnya ada Pro dan Kontra lah berhubungan dengan Anak Emak ni....
Jangan tersalah pilih yang sikit-sikit emak....
Sampaikan benda yang kecik pun nak mengadu dengan Emak, susah jugakkan......
Parah nanti..... Ada yang makan hati......


P/s : Siapa Dalam Kategori Anak Emak Ni???

Baca Selanjutnya »

Korang Tolong Like....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

"Entri ni melekat.... Untuk entri baru klik Older Post or Scroll kat bawah...."

Korang....... Saya ada masuk Contest ni....
Saya nak minta korang tolong LIKE gambar dekat header saya ni kat Facebook boleh?
Kalau sudilah......
Terima kasih ye korang......

Cherita AyueJean

P/s : Just Try My Luck....


Baca Selanjutnya »

Mood Buat Kuih Raya Dah Datang....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Start minggu ni, dah busy dah....
Nak buat kuih raya.....
Dah bertahun-tahun layan kuih tunjuk-tunjuk...
Tahun ni taknak dah kuih tunjuk..... Nak kuih buat sendiri...
Semalam dah tengok dah kuih apa yang nak buat.....
Ada 8 jenis semuanya kalau tak salah kira.....
Antaranya :
 Biskut Coklat Chip.... (Ni selalu habis sebelum sempat raya..), Biskut Nescafe, Biskut Oat, Biskut Conflake Madu, Biskut Conflake Coklat... blablabla....
Nanti kalau ada bahan lebih, mungkin lebihlah jumlah kuihnya....
Tapi kuih modenlah ye.....
Kuih tradisional macam bahulu semua tu, tak reti saya nak buat.....
Esok nak pegi beli barang kuih.......
Dan dah boleh start buat sikit-sikit......
Harapnya skill buat kuih saya still ada dan yang penting oven yang dah terperap bertahun tu tak merajuk......
Kalau tak parah pulak..... =D
Mana celah nak bakar kuih......
Korang nak rasa tak kuih raya saya???
Raya datanglah rumah okay....
Kalau tak, tak dapatlah... =D


P/s : Duit Raya takde, Kuih Raya je ada... =P


Baca Selanjutnya »

Tribute To Reid Hashmin.... Nukilan Terakhir Buatmu...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ini Nukilan Terakhir aku buat kau Reid..... =(

Reid Hashmin,
Aku kenal kau tak lama.... Awal tahun lepas seingat aku....
Aku kenal kau pun, sebab kau kawan baik En. Sayang......
Kau peramah.... Kau senyum je dan kau ni sebenarnya budak manja.....
Kau selalu bercerita dengan aku...
Pasal Jean, pasal mereka dan benda yang aku tak tau......
Kau kawan yang jujur...
Melalui kau, aku tau semua yang aku tak tau..
Terima kasih sebab jujur dengan aku.....
Kau kadang penasihat yang baik....
Time aku sedih, kau bagi sedih aku tu hilang..
Kita selalu cerita curi-curi kalau taknak bagi Jean dengar.... =D
Kan kan kan......

Kau ni kuat makan....
Tak pernah yang aku jumpa kau, kita tak makan...
Dari kau duduk kat Pandan sampailah ke Shah Alam, kami selalu datang bawak kau pegi makan....
Aku ingat lagi masa kau duduk Pandan, dekat pukul 2 pagi kami ajak kau makan...
Sebab masa tu kau demam.... Kami risau kau yang kuat makan tak makan pulak...
Lepas tu tunggu kau bersiap tu, punyalah lama.... Mengalahkan perempuan....
Nak makan kat Esso tu je kot.....
Bila kau dah turun, kau tak nampak kami.....
So kami duduk senyap-senyap dalam kereta.....
Jahat kan kami ni???? =P

Aku dengan Jean suka panggil kau "GPS rosak"..
Sebab kau tak tau jalan..... Selalu hilang arah...
Kadang tu, kau telefon aku sebab nak tanya jalan je...
Padahal bukan tempat tu kau tak pernah pegi pun....
Ada tu, kami tunggu tepi jalan pun kau tak perasan...
Menonong je kau jalan....
Tapi kami tak kisah pun......
Kami gelakkan kau je kadang-kadang...
Tapi kau senyum je....... Rindunya aku nak tengok senyum tu....

Bila kau duduk Shah Alam pulak, kita selalulah menepek kat Oldtown Seksyen 7 tu....
Duduk situ air yang kau order mesti Lemon apa tah.....
Aku lah suka "pow" air kau.....
Sedap.....
Tapi korang selalu bahan ayat aku sebab aku cakap "Reid, nak air!"
18sx katanya..... Cheeehhhhh, hampeh je.......
Lepas tu ada sekali tu, nak balik rumah kau hari hujan....
Kita bertiga redah jugak hujan tu....
Sebab kau nak pack barang pegi rumah Jean....
Tapi lepas kau pindah duduk Sendayan, aku dah tak jumpa kau...
Ada pun seingat aku, kau call aku sebab nak tanya jalan pegi kedai telefon dan cerita pasal Pilot....
Itu last aku dengar suara kau Reid......


Kau ni pemaaf... Sebab tu orang sayang kau...
Ada sekali tu dalam Februari tahun ni, aku call kau...
Aku marah kau....
Sebab aku rasa kau subahat dengan Jean.......
Jahatnya aku masa tu...
Aku marah dan maki kau sampai terdiam kau kat talian sebelah sana.....
Tapi kau still maafkan aku...
Baiknya hati kau Reid......
Banyak lagi kenangan dengan kau yang nak aku cerita kat sini...
Kita pegi melepak kat cc main Dota lah, pegi Bowling lah, melepak sana sini, jalan-jalan naik moto lah......

Tapi Reid....
Tu semua kenangan..
Sekarang kau dah pergi jauh.....
Kau dah pergi menemui Penciptamu.....
Pergimu meninggalkan seribu satu kenangan dalam diri kami semua.......
Al-Fatihah Reid, hanya doa yang mampu kami utuskan buat kau.......
Tenanglah kau disana kawan...
Selepas ni tiada lagi cerita mengenai kau......
Kami akan selalu merindui kau......
Dan sekarang ni, Aku Rindukan Kau.......
Bukan aku je, Jean, Hana, Melvin, Fadhil, Fhai dan semua yang mengenali kau......
Kami rindukan kau......



P/s : Nukilan Terakhirku Buat Sahabat Yang Telah Kembali ke Rahmatullah....
Riduan Bin Hashmin "aka" Reid Hashmin....

Baca Selanjutnya »