Bengang + Bangang !!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ rasa perkhidmatan bas T633 kat kawasan rumah AJ ni makin teruk pulak....
Dah beberapa kali AJ kena tunggu sampai sejam...
Tapi memang arini AJ bertambah-tambah bengang lagi dengan servis RapidKL ni..
Dah la sejam lebih tunggu bas....
Lepas tu bila bas tu dah ada depan mata, dah tahan.... Driver tu tak berhenti.....
Memang bangang betullah.....
Dah la kau buang masa aku.....
Dah tu kau boleh pass by je depan aku!!!!
Memanglah tersangatnya bangang....
Kalau rasa niat kau nak bekerja tu tak ikhlas, kau berhenti je keje....
Jangan menyusahkan orang pulak!!!!
Kalau next bas boleh sampai dalam masa 5 minit, takpelah jugak!!!
Bengang betul dengan driver bas yang bangang tu!!!!

P/s : Memang hilang sabar dah ni!!!
Baca Selanjutnya »

Anorexia? TIDAK!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
 
Gambar Hiasan

Cuba tengok gambar-gambar kat atas.... Cantik ke kurus macam ni??
Dan cuba korang bayangkan, tubuh yang kurus melidi tu merupakan tubuh badan korang sendiri......
AJ tak dapat bayangkan... Sedangkan kurus macam sekarang pun, AJ berusaha nak naikkan berat badan..... Inikan pulak tinggal rangka....
TAK SANGGUP!

Kalau ada yang obses nak kurus, AJ nak sikit story morry kisah 2 orang penghidap Anorexia Nervosa ni....


Isabelle Caro

Disebabkan kisah hidup kanak-kanaknya yang begitu menyayat hati, Isabelle Caro peragawati dari Perancis ini menderita sebagai salah seorang mangsa Anorexia Nervosa.
Seawal usia 13 tahun, Isabelle sudah mula bertarung dengan nyawanya.
Menurut Isabelle, penyakitnya berpunca daripada kemahuan ibunya yang tidak ingin melihat anak perempuannya membesar sebagai seorang gadis.
Sejak kecil, ibunya melarang Isabelle keluar dari rumah.
Dia sering dinasihatkan, udara segar di luar hanya mempercepatkan lagi proses tumbesarannya.
Malah, Isabelle tidak dihantar ke sekolah sebaliknya menerima pendidikan dari rumah.
Semuanya menjadikan dirinya lebih trauma sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan ibunya.
Sejak itu, Isabelle mengawal pemakanannya secara mendadak gara-gara tidak mahu melihat dirinya meningkat dewasa.
Dia hanya memakan dua petak coklat dan lima keping emping jagung sehari. 
Bayangkan, berat badannya terus menjunam hingga mencecah lebih 23kg! 
Namun, menyedari kesan buruknya, Isabelle bersetuju untuk menjayakan kempen ‘Katakan Tidak kepada Anorexia’ pada September 2007.
Pelancaran kempen itu mengundang kontroversi hebat apabila jurugambar, Oliviero Toscani merakamkan gambar tubuh badan Isabelle yang hanya tinggal rangka. Gambar Isabelle tanpa seurat benang pada tubuhnya mendapat perhatian mengejutkan seluruh dunia.
Kesanggupan Isabelle dalam membiarkan dirinya dipertontonkan kepada umum terus melonjakkan lagi namanya.
Dia mula menerima banyak tawaran untuk menghadiri rancangan temubual televisyen serata dunia untuk berkongsi kisah hidupnya.
Bagaimanapun, Isabelle akhirnya tewas dalam pertarungannya melawan Anorexia.
Dia menghembuskan nafas terakhir pada 17 November 2011 ketika umurnya 28 tahun.

Jeremy Gillitzer

Anorexia Nervosa tidak hanya menular di kalangan wanita. Malah, penyakit ini turut menghantui golongan lelaki. 
Jeremy Gillitzer, peragawan yang dahulunya berwajah kacak, maskulin dan berbadan tegap, turut menjadi salah seorang pengidapnya.
Jeremy mula berjinak-jinak dalam bidang peragaan selepas disokong rakan-rakannya.
Walaupun berasa gugup di depan lensa kamera, Jeremy sering muncul di dalam kempen fesyen berikutan susuk tubuhnya yang begitu atletik.
Namun, dalam kesibukan memenuhi pelbagai tawaran, Jeremy mula berasa bimbang.
Menurutnya, tampil di khalayak ramai menyebabkannya lebih tertekan.
Dia mula menjadi obses untuk sentiasa menonjolkan imej lelaki berbadan tegap.
Jika sebelum ini Jeremy hanya menjaga pemakanan dan senaman dalam tahap sederhana, kini dia semakin ‘fanatik’ dengan senaman termasuk dalam pengambilan makanannya. 
Kedua-dua rutin itu menyebabkan Jeremy hilang kawalan hingga berat badannya turun secara mendadak. Dia hanya memakan setengah biji epal dan setengah potong roti sandwich. Adakalanya dia tidak berupaya untuk menghabiskannya.
Akibatnya, berat badan Jeremy tinggal hanya kira-kira 40kg.
Menyedari penderitaan yang dilalui, Jeremy mula mengirim e-mel kepada beberapa wartawan, meminta untuk kisah hidupnya disiarkan.
Dia tidak mahu golongan lelaki lain melalui kehidupan yang sama sepertinya.
Tidak lama selepas kisahnya disiar dalam akhbar dan majalah, Jeremy dihantarkan ke hospital apabila pihak polis menerima laporan orang awam yang bimbang akan kesihatannya.
Dia yang dimasukkan ke wad Methodist Hospital's Eating Disorder Institute, Minnesota merupakan satu-satunya pesakit lelaki di dalam wad terbabit.
Selebihnya adalah pesakit wanita yang mengidap penyakit yang sama.
Dalam kesungguhannya melawan Anorexia, Jeremy gagal dalam pertarungannya.
Dia menemui ajal pada 22 July 2010 ketika umurnya 38 tahun.
Berat badan pada hari terakhir hayatnya menurun sehingga kira-kira 30kg.

Jika wanita mendambakan tubuh badan yang kurus seperti peragawati, lelaki pula mahukan badan yang kurus dan tegap.
Tetapi, jika had senaman dan pemakanan gagal dikawal, risikonya bahaya sehingga membawa maut.
Semoga kisah mereka dijadikan ikhtibar....

Pada AJ

"Biarlah orang tengok kita macam Adele pun.....
Sekurang-kurangnya masih ada yang memuji tubuh badan dia tu comel, sihat dan nampak cukup makan......
Yang lelaki pulak, eloklah ada tubuh macam Arnold Schwarzenegger...
Pegi work out kat Gym pun lagi okay....
Barulah awek tengok pun mengancam dan confident kamu mampu jadi Hero dia.......
Ini kalau badan dah macam papan lapis???? Errrrrrmmmmmmmmmm..."

P/s : Bersyukurlah walaupun kita tidak begitu sempurna.... =D

LIKE ni dan LIKE ni please..... =D

Baca Selanjutnya »

Test, Test 123....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Testing, testing 123456789......
Hahahahahahah...... =P
Saja  je nak gedik-gedik type entri pakai IPad Mr.JR.....
Sekali sekala guna harta orang..... Apa salahnya kan?????
Tapi agak stress dan sakit jiwa sekejap bila menatang auto-correct tu menyemak je nak betulkan word yang AJ type......
Rasa macam nak lempar je kat tengah jalan......
Nasib tuan tanah ada kat sebelah ni.....
Kot takde dah wasalamualaikum AJ kejekan menatang ni.....
Hahahhahah..... =D
Mr. JR kat sebelah ni dengki pulak bila AJ update pakai IPad ni....
Kacau-kacau AJ pulak..... Lepas tu gelakkan AJ yang terhegeh-hegeh nak menaip dengan menatang bengong auto-correct ni....
Elok boleh menaip 5 minit, jadi 20 minit.....
Okaylah penatlah nak type..... Eloklah buat main game je.....

P/s : Mr. JR nak wariskan kat AJ kan???
Ehhhhhhhhhh????? =P

LIKE ni dan LIKE ni please..... =D

Baca Selanjutnya »