Anorexia? TIDAK!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
 
Gambar Hiasan

Cuba tengok gambar-gambar kat atas.... Cantik ke kurus macam ni??
Dan cuba korang bayangkan, tubuh yang kurus melidi tu merupakan tubuh badan korang sendiri......
AJ tak dapat bayangkan... Sedangkan kurus macam sekarang pun, AJ berusaha nak naikkan berat badan..... Inikan pulak tinggal rangka....
TAK SANGGUP!

Kalau ada yang obses nak kurus, AJ nak sikit story morry kisah 2 orang penghidap Anorexia Nervosa ni....


Isabelle Caro

Disebabkan kisah hidup kanak-kanaknya yang begitu menyayat hati, Isabelle Caro peragawati dari Perancis ini menderita sebagai salah seorang mangsa Anorexia Nervosa.
Seawal usia 13 tahun, Isabelle sudah mula bertarung dengan nyawanya.
Menurut Isabelle, penyakitnya berpunca daripada kemahuan ibunya yang tidak ingin melihat anak perempuannya membesar sebagai seorang gadis.
Sejak kecil, ibunya melarang Isabelle keluar dari rumah.
Dia sering dinasihatkan, udara segar di luar hanya mempercepatkan lagi proses tumbesarannya.
Malah, Isabelle tidak dihantar ke sekolah sebaliknya menerima pendidikan dari rumah.
Semuanya menjadikan dirinya lebih trauma sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan ibunya.
Sejak itu, Isabelle mengawal pemakanannya secara mendadak gara-gara tidak mahu melihat dirinya meningkat dewasa.
Dia hanya memakan dua petak coklat dan lima keping emping jagung sehari. 
Bayangkan, berat badannya terus menjunam hingga mencecah lebih 23kg! 
Namun, menyedari kesan buruknya, Isabelle bersetuju untuk menjayakan kempen ‘Katakan Tidak kepada Anorexia’ pada September 2007.
Pelancaran kempen itu mengundang kontroversi hebat apabila jurugambar, Oliviero Toscani merakamkan gambar tubuh badan Isabelle yang hanya tinggal rangka. Gambar Isabelle tanpa seurat benang pada tubuhnya mendapat perhatian mengejutkan seluruh dunia.
Kesanggupan Isabelle dalam membiarkan dirinya dipertontonkan kepada umum terus melonjakkan lagi namanya.
Dia mula menerima banyak tawaran untuk menghadiri rancangan temubual televisyen serata dunia untuk berkongsi kisah hidupnya.
Bagaimanapun, Isabelle akhirnya tewas dalam pertarungannya melawan Anorexia.
Dia menghembuskan nafas terakhir pada 17 November 2011 ketika umurnya 28 tahun.

Jeremy Gillitzer

Anorexia Nervosa tidak hanya menular di kalangan wanita. Malah, penyakit ini turut menghantui golongan lelaki. 
Jeremy Gillitzer, peragawan yang dahulunya berwajah kacak, maskulin dan berbadan tegap, turut menjadi salah seorang pengidapnya.
Jeremy mula berjinak-jinak dalam bidang peragaan selepas disokong rakan-rakannya.
Walaupun berasa gugup di depan lensa kamera, Jeremy sering muncul di dalam kempen fesyen berikutan susuk tubuhnya yang begitu atletik.
Namun, dalam kesibukan memenuhi pelbagai tawaran, Jeremy mula berasa bimbang.
Menurutnya, tampil di khalayak ramai menyebabkannya lebih tertekan.
Dia mula menjadi obses untuk sentiasa menonjolkan imej lelaki berbadan tegap.
Jika sebelum ini Jeremy hanya menjaga pemakanan dan senaman dalam tahap sederhana, kini dia semakin ‘fanatik’ dengan senaman termasuk dalam pengambilan makanannya. 
Kedua-dua rutin itu menyebabkan Jeremy hilang kawalan hingga berat badannya turun secara mendadak. Dia hanya memakan setengah biji epal dan setengah potong roti sandwich. Adakalanya dia tidak berupaya untuk menghabiskannya.
Akibatnya, berat badan Jeremy tinggal hanya kira-kira 40kg.
Menyedari penderitaan yang dilalui, Jeremy mula mengirim e-mel kepada beberapa wartawan, meminta untuk kisah hidupnya disiarkan.
Dia tidak mahu golongan lelaki lain melalui kehidupan yang sama sepertinya.
Tidak lama selepas kisahnya disiar dalam akhbar dan majalah, Jeremy dihantarkan ke hospital apabila pihak polis menerima laporan orang awam yang bimbang akan kesihatannya.
Dia yang dimasukkan ke wad Methodist Hospital's Eating Disorder Institute, Minnesota merupakan satu-satunya pesakit lelaki di dalam wad terbabit.
Selebihnya adalah pesakit wanita yang mengidap penyakit yang sama.
Dalam kesungguhannya melawan Anorexia, Jeremy gagal dalam pertarungannya.
Dia menemui ajal pada 22 July 2010 ketika umurnya 38 tahun.
Berat badan pada hari terakhir hayatnya menurun sehingga kira-kira 30kg.

Jika wanita mendambakan tubuh badan yang kurus seperti peragawati, lelaki pula mahukan badan yang kurus dan tegap.
Tetapi, jika had senaman dan pemakanan gagal dikawal, risikonya bahaya sehingga membawa maut.
Semoga kisah mereka dijadikan ikhtibar....

Pada AJ

"Biarlah orang tengok kita macam Adele pun.....
Sekurang-kurangnya masih ada yang memuji tubuh badan dia tu comel, sihat dan nampak cukup makan......
Yang lelaki pulak, eloklah ada tubuh macam Arnold Schwarzenegger...
Pegi work out kat Gym pun lagi okay....
Barulah awek tengok pun mengancam dan confident kamu mampu jadi Hero dia.......
Ini kalau badan dah macam papan lapis???? Errrrrrmmmmmmmmmm..."

P/s : Bersyukurlah walaupun kita tidak begitu sempurna.... =D

LIKE ni dan LIKE ni please..... =D

14 ulasan

  1. klau mcm lidi mmg xcntik..dya cuma nk berat ideal..sesuai dgn ketinggian dya je..hihi

    BalasPadam
  2. setuju...MV nak kurangkan berat bukan nak kurus...hehe

    BalasPadam
  3. bersyukur dengan apa yang ad . menakutkan ble tengok orang mcm tu . classmate ieyra ad yg obses nak kurus . takut gak kalau2 dye jadi mcm tu . wallahualam ...

    BalasPadam
  4. Bahaya kalau dah terobses dengan nak sangat kurus ni @Mrs Velentine...
    Kurangkan okay... =D

    BalasPadam
  5. @ieyra kalau amalkan pemakanan yang sihat untuk kurus takpe...
    Tapi kalau dah teruk sangat elok nasihatkan dia sebelum terlambat... =D

    BalasPadam
  6. kurus mcm ni tak cantiklahh..!
    kadang2 terlalu obses dengan pkara yg bukan2 pun boleh mudaratkan dirikan..
    bahaya...

    BalasPadam
  7. Syukur Alhamdulillah.. kita tidak seperti mereka.. :D

    BalasPadam
  8. Betul @Cik Nur...
    Sesuatu benda pun kalau dah terlalu obses boleh memudaratkan...

    BalasPadam
  9. Macam kena sedut darah dengan Dracula kan @Pecinta pink^^...
    hehhehehe.. =D

    BalasPadam
  10. Scary.. Apa boleh buat masyarakat kr sna mcm tu. pelik cra dorang ni tgk org cntik. Xlogik! Xpasal2 sakit.. Ni blum yg bulimia. Byk effect especially tang mulut.. Ishh..

    BalasPadam