Anak Muda Berjiwa Besar


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tertarik dengan 2 artikel yang AJ baca dari Harian Metro online...
Alhamdulillah dengan peredaran dunia yang semakin moden..
Masih ada di kalangan mereka yang berjiwa besar...
Dan mereka cumalah KANAK-KANAK.....
AJ tak rasa ramai anak muda yang bersifat macam ni sekarang......
Moga mereka menjadi contoh kepada generasi muda yang lain.....

Berita 1

Kejar kereta pulang RM37,500

Batu Pahat : Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.

“Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,” katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.

Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.
Amir Azizan

Amir Azizan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu ketika dia ke pasar raya berkenaan untuk membeli akhbar.

Berita 2

Murid selamat al-Quran

Rantau Panjang : Ketika kanak-kanak lain seronok bermain air, lain pula dilakukan Nurul Natasha Mohd Yasin, 11, apabila dia menyelamatkan beberapa naskhah al-Quran di dalam bilik darjah yang ditenggelami banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 1, di sini, semalam.

Nurul Natasya yang juga murid tahun lima sekolah berkenaan berkata, dia keluar rumah untuk melihat keadaan sekolahnya yang ditenggelami banjir sebelum teringat ada beberapa naskhah al-Quran berada di dalam bilik darjah.

Katanya, meskipun terpaksa meredah air sehingga paras pinggang dalam kawasan sekolah berkenaan, dia memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah.

“Selepas masuk ke dalam bilik darjah saya memeriksa setiap meja murid dan mendapati ada al-Quran tertinggal sebelum segera menyelamatkannya daripada ditenggelami banjir.
Nurul Natasha menyelamatkan beberapa naskhah Al-Quran di dalam bilik darjah daripada ditenggelami banjir.

“Meskipun terpaksa meredah banjir sehingga paras pinggang, saya tetap memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah, malah saya menganggap ia satu tanggungjawab sebagai umat Islam,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sumber : Harian Metro Online

Sejuk perit ibu mengandungkan mereka ni agaknya ye....
Semoga bila dewasa pun mereka masih begini...
Insyaallah..
Seriously AJ sangat kagum!

P/s : Kadang kita yang dewasa tak berfikir macam ni kan... 
Baca Selanjutnya »

Kasih Sayang Seorang Bapa..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ni video yang Mr.JR post kat fb dia........
Lepas tu dia suruh AJ tengok......
Serious dah bergenang airmata wa baq ang.....
Nasib kat ofis..
Kalau kat rumah gugur jugaklah..........
Sayangnya seorang bapa kepada anak perempuannya.....


Bapa seorang yang jarang menunjukkan kasih sayangnya..
Tapi sekali dia lafazkan kata-kata sayangnya....
Tersentuh rasa........
Mungkin waktu tu lah baru kita sedar betapa besarnya kasih sayang seorang bapa selama ni......


P/s : Abah... Terima kasih...

Baca Selanjutnya »