Rezeki Jangan Ditolak!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini murah rezeki kami-kami kat ofis ni.....
Ada orang berbesar hati nak belanja......
Alhamdulillah........
So kitorang lagi lah......
Kecik tapak tangan, KLCC kami tadahkan.......
Hehehheheheh.....
So dengan segera call KFC delivery....
AJ sure, mesti ramai tak tau yang KFC ada delivery kan??
Tadi AJ post gambar kat fb kawan AJ ada jugak yang terkejut....
Rasanya KFC delivery ni dah lama dah wujud...
Tapi tak famous macam delivery service francais lainlah..
Kalau pizza, McDonald tu memang semua biasa dengar kan.....

Nak tau lebih lanjut pasal KFC Delivery ni, Klik Sini.....
Kat situ korang boleh tengok menu apa yang boleh diorang delivery dan kat mana yang ada delivery..
Tapi ada jugak yang diorang tak delivery cam variety bucket tu....
Lain-lain tak sure pulak...
Rasa lain ada...
Nak tau klik je kat atas tu.... Direct ke delivery menu dan KFC mana yang ada delivery... =D


P/s : Sedap pulak lunch arini.. =P


Baca Selanjutnya »

Amoi, Kasi Potong!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam sementara Mr.JR nak repair kereta, AJ pegilah salon sebelah tu...
Mulanya nak cuci dengan trim rambut sikit je....
Sebab Mr.JR pun dah tak bagi AJ potong rambut after potong pendek before raya aritu... =P
Dah masuk kedai tu lain pulak ceritanya...
AJ cakap kat amoi tu, "kasi trim depan lepas tu kasi layer ek"
Sekali terlintas pulak nak potong.....
Padahal sebelum ni bukan main liat lagi....
Rambut dah rosak kat hujung pun gigih lagi membela....
Tapi since dah serasi dengan rambut pendek, mulalah nak potong sana sini....
Hehehehe.....
Tapi nasib baiklah amoi tu potong tak pendek sangat..... Pendek sikit je....
Kuar salon terus ada orang jeling....
"U potong rambut ek?"
Errrrrrrrrrrrrrrrr.....
Alamak perasan pulak dia.... Hahahhahahah....
Sengih je la... Nak buat apa lagi kan kan kan.......
Takkan nak masuk kedai tu balik suruh extend rambut yang dia dah potong tu???
Kihkihkih.... Tapi seriously puas hati gi salon tu.....
Dia potong rambut teliti sangat....
Harga pun standart la.... Tak mahal mana pun....
AJ potong, cuci, treatment dan blow baru rm48...
Okaylah tu kan.....
So siapa yang ada kat area Wangsa Maju boleh try Pegi salon September, kat bangunan belakang NZ lama tu dan berdepan Cozy Place...... =D
Next nak try pegi salon Chinta yang Fasha Sandra punya tu....
Semalam malas pulak nak berjalan naik atas tu.... So September pun okay... =D




P/s : Photo"GEDIK" sangat!
Baca Selanjutnya »

Anak Muda Berjiwa Besar


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tertarik dengan 2 artikel yang AJ baca dari Harian Metro online...
Alhamdulillah dengan peredaran dunia yang semakin moden..
Masih ada di kalangan mereka yang berjiwa besar...
Dan mereka cumalah KANAK-KANAK.....
AJ tak rasa ramai anak muda yang bersifat macam ni sekarang......
Moga mereka menjadi contoh kepada generasi muda yang lain.....

Berita 1

Kejar kereta pulang RM37,500

Batu Pahat : Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.

“Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,” katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.

Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.
Amir Azizan

Amir Azizan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu ketika dia ke pasar raya berkenaan untuk membeli akhbar.

Berita 2

Murid selamat al-Quran

Rantau Panjang : Ketika kanak-kanak lain seronok bermain air, lain pula dilakukan Nurul Natasha Mohd Yasin, 11, apabila dia menyelamatkan beberapa naskhah al-Quran di dalam bilik darjah yang ditenggelami banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 1, di sini, semalam.

Nurul Natasya yang juga murid tahun lima sekolah berkenaan berkata, dia keluar rumah untuk melihat keadaan sekolahnya yang ditenggelami banjir sebelum teringat ada beberapa naskhah al-Quran berada di dalam bilik darjah.

Katanya, meskipun terpaksa meredah air sehingga paras pinggang dalam kawasan sekolah berkenaan, dia memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah.

“Selepas masuk ke dalam bilik darjah saya memeriksa setiap meja murid dan mendapati ada al-Quran tertinggal sebelum segera menyelamatkannya daripada ditenggelami banjir.
Nurul Natasha menyelamatkan beberapa naskhah Al-Quran di dalam bilik darjah daripada ditenggelami banjir.

“Meskipun terpaksa meredah banjir sehingga paras pinggang, saya tetap memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah, malah saya menganggap ia satu tanggungjawab sebagai umat Islam,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sumber : Harian Metro Online

Sejuk perit ibu mengandungkan mereka ni agaknya ye....
Semoga bila dewasa pun mereka masih begini...
Insyaallah..
Seriously AJ sangat kagum!

P/s : Kadang kita yang dewasa tak berfikir macam ni kan... 
Baca Selanjutnya »