Musim Tak sihat!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni cuaca tak menentu...
Kejap hujan, kejap panas....
Makanya kesihatan pun ikut same tak menentu....
AJ semalam memang dilanda selsema teruk!
Badan pun seram sejuk je macam nak demam.....
Alhamdulillah, tak demam....
Kalau demam pun jenuh jugak.....
Al-maklum, AJ ni spesis jarang demam....
Tapi kalau dah start demam, teruk jugak wooooo....



Sekarang ni, AJ memang agak busy...
Kadang tu tak sempat update blog....
Rindu jugak nak update macam biase......
Anyway, thanks Abah Careno bagi pesanan tu....
AJ perasan, banyak pulak entri pasal event lately ni...
Tu la, event nye memang banyak...
Tak sempat nak selit "Cherita AJ"....
Tapi jangan risau, AJ akan terus berblog macam biase...... =D

Balik story cuaca ni, korang semua pun take care okay....
Musim tak sihat ni.. Sana sini orang sakit...
Klinik pun penuh je AJ tengok....
Kalau boleh kurangkan terdedah pada cuaca panas dan jangan main hujan!
Hehehhehehe.....
Ade macam mak-mak tak pesanan tu...??? =P
Okaylah, nanti kita story morry lagi ye....
AJ nak pegi beli nasi lemak jap!
Lame woo tak makan nasi lemak.....
Korang nak??? BELI SENDIRI... =P
Hehehhehehhe....

P/s : Rindu nak makan nasi lemak Tangling yang femes tu....

Baca Selanjutnya »

Event : Sidang Media Glasstech Asia 2013


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selasa, 28 Oktober 2013 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) berlangsungnya sidang media pameran Glasstech Asia 2013...
Sidang media ini diadakan bagi mempromosikan pameran Glasstech Asia 2013 yang bakal diadakan pada 25 - 27 November 2013 ini di Hall 3,4,5 dan 6 di KLCC...


Pameran Glasstech Asia 2013 ini merupakan pertama kali diadakan di Malaysia..
Dikatakan sebagai  "Glass Hub of Southeast Asia" , Glasstech Asia merupakan pameran yang sukar ditandingi yang menyediakan pempamer dari pelbagai negara dengan gambaran yang lebih mendalam ke dalam pembuatan kaca, pemprosesan, produk dan sektor bahan. Oleh itu, Glasstech Asia 2013 adalah satu platform yang sangat baik untuk industri di seluruh dunia untuk memasuki pasaran yang semakin meningkat Asia Tenggara.

Acara tahun ini, dijangka menarik 250 peserta dari 30 negara serta 4500 pakar perdagangan dijangka menjana USD $ 18,5 Juta dalam tawaran perniagaan, menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pada sidang media tersebut seramai 5 orang panel terlibat iaitu :

1. Mr. Edward Liu (Group Managing Director of Conference & Exhibition Management Services (CEMS), Co-Organiser of Glasstech Asia 2013)

2. Mr. Gan Chee Siong (Chairman of Singapore Glass Association (SGA), Co-Organiser of Glasstech Asia 2013)

3. Mr. Ho Sai Woo (President of Malaysia Glass Association (MGA), Local Host of glasstech Asia 2013)

4. Ir Looi Hip Peu (president of Malaysia Green Building Confederation (MGBC), Supporting Organisation & Conference Partner)

5. Ar Chan Seong Aun (President of Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Supporting Organisation & Conference Partner)


5 orang panel Sidang Media Glasstech Asia 2013

 

Pameran Glasstech Asia 2013 dihoskan oleh Malaysia Glass Association (MGA) dan dianjurkan bersama oleh Singapore Glass Association (SGA) dan conference & Exhibition Management Services Pte Ltd (CEMS).
Dalam usaha untuk mengetengahkan isu-isu dan perkembangan dalam bangunan dan pembinaan ECO, Glasstech Asia 2013 akan mempunyai 2 seminar utama iaitu "The Green Building Seminar 2013 yang menumpukan pada 'Glass & Facade' : The Green Building Perspective" dan seminar oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia dengan tema "Our Glass solutions : Our Key to Success."

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Glasstech Asia 2013, boleh mendaftar secara online di www.glasstechasia.com.sg/en/visitor-registration ianya juga terbuka kepada orang awam selain mereka yang terbabit dengan industri glass.


Baca Selanjutnya »