Ninetology U9 Z1+ and Lenovo K900


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bermula 16 Oktober sehingga 23 Oktober lepas, AJ berpeluang menggunakan 2 buah telefon pintar iaitu Ninetology U9Z1+ dan Lenovo K900......
Pertama sekali jom kita "unboxing" kedua-dua peranti ini....

Ninetology U9Z1+

1 . Smartphone U9Z1+
2. Headset
3. Battery
4. USB Cable
5. USB Adapter Head
6. 2 x Pouch
7. SKROSS World USB Charger
8. Ninetology Powerbank

Lenovo K900

1. Smartphone - Lenovo K900
2. Headset
3. Additional Ear Piece x 4
4. USB Cable
5. USB Adapter Head

Pandangan pertama bila memegang kedua-dua peranti ini :

Ninetology U9Z1+
Nipis, boleh digengam dengan mudah, screen lebar, icon yang jelas.

Lenovo K900
Sangat nipis, body dilengkapi dengan aluminium, bentuknya besar dan panjang.

Perbezaan diantara Ninetology U9Z1+ dan Lenovo K900
Ninetology U9Z1+ dilengkapi dengan sistem Quad Core...
Boleh memuatkan 2 sim kad di dalam 1 telefon yang boleh digunakan secara serentak...
Kalau dulu, bile ade 2 sim je mesti kita akan terfikirkan telefon bimbit China...
Ianya juga didatangkan dengan powerbank yang membolehkan pengguna mengecas telefon on the go...
Ninetology U9Z1+ ini boleh dimuatkan didalam poket kerana bentuknya lebih kecil berbanding Lenovo K900..
Aplikasi dan tetapan pada Ninetology U9Z1+ lebih mudah digunakan dan mesra pengguna terutamanya buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam penggunaan telefon pintar...
Selain itu, harga yang ditawarkan untuk Ninetology U9Z1+ berbaloi dan masih relevan dengan telefon pintar itu sendiri.....

Manakala, Lenovo K900 dilengkapi dengan sistem Intel...
Anda perlu menggunakan sim kad micro iaitu sim yang lebih kecil berbanding sim biasa....
Dari segi ketahanan bateri, Lenovo K900 lebih tahan lama berbanding Ninetology U9Z1+...
Lenovo K900 juga didapati agak kurang mesra pengguna dengan tetapan yang kadangkala agak mengelirukan...
Ianya berbentuk panjang dan lebar menyukarkan pengguna dari memuatkan peranti di dalam poket...
Tapi Lenovo K900 memiliki kelebihan dari segi kapasitinya...

Harga bagi kedua-dua telefon pintar ini :
Ninetology U9Z1+ = RM 1299
Lenovo K900 = RM 1500

Dari segi gambar, terdapat pro dan kontra antara kedua-dua peranti ini..
Anda boleh menilainya dari gambar-gambar dibawah.....

Kamera Belakang

Kamera Depan

Dari segi pencahayaan, Ninetology seperti tidak memiliki "glare" filter....
Ianya tidak menapis cahaya dan kadangkala menjadikan gambar terlalu cerah....
Tetapi Lenovo K900 dapat mengawal dan mengurangkan cahaya dari gambar yang kita ambil...
Bagaimanapun, jika dibandingkan kedua-dua peranti ini memiliki kelebihan dan kekurangannya....

Pada pandangan AJ, Ninetology U9Z1+ sesuai digunakan oleh peniaga online yang biasanya memerlukan 2 nombor dan juga mereka yang baru menggunakan telefon pintar kerana seperti yang AJ nyatakan sebelum ni, Ninetology bersifat lebih mesra pengguna.....
Manakala, Lenovo K900 sesuai digunakan oleh mereka yang mementingkan gaya dan sudah biasa menggunakan window phones....

So ini saja yang dapat AJ review bagi kedua-dua telefon pintar ini...
Masa seminggu seperti tak mencukupi untuk AJ bermesra dengan mereka... =D
So bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai telefon pintar Ninetology, boleh klik banner dibawah dan jangan lupe subcribe!!!
Wajib! =D


Baca Selanjutnya »

Musim Tak sihat!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni cuaca tak menentu...
Kejap hujan, kejap panas....
Makanya kesihatan pun ikut same tak menentu....
AJ semalam memang dilanda selsema teruk!
Badan pun seram sejuk je macam nak demam.....
Alhamdulillah, tak demam....
Kalau demam pun jenuh jugak.....
Al-maklum, AJ ni spesis jarang demam....
Tapi kalau dah start demam, teruk jugak wooooo....



Sekarang ni, AJ memang agak busy...
Kadang tu tak sempat update blog....
Rindu jugak nak update macam biase......
Anyway, thanks Abah Careno bagi pesanan tu....
AJ perasan, banyak pulak entri pasal event lately ni...
Tu la, event nye memang banyak...
Tak sempat nak selit "Cherita AJ"....
Tapi jangan risau, AJ akan terus berblog macam biase...... =D

Balik story cuaca ni, korang semua pun take care okay....
Musim tak sihat ni.. Sana sini orang sakit...
Klinik pun penuh je AJ tengok....
Kalau boleh kurangkan terdedah pada cuaca panas dan jangan main hujan!
Hehehhehehe.....
Ade macam mak-mak tak pesanan tu...??? =P
Okaylah, nanti kita story morry lagi ye....
AJ nak pegi beli nasi lemak jap!
Lame woo tak makan nasi lemak.....
Korang nak??? BELI SENDIRI... =P
Hehehhehehhe....

P/s : Rindu nak makan nasi lemak Tangling yang femes tu....

Baca Selanjutnya »

Event : Sidang Media Glasstech Asia 2013


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selasa, 28 Oktober 2013 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) berlangsungnya sidang media pameran Glasstech Asia 2013...
Sidang media ini diadakan bagi mempromosikan pameran Glasstech Asia 2013 yang bakal diadakan pada 25 - 27 November 2013 ini di Hall 3,4,5 dan 6 di KLCC...


Pameran Glasstech Asia 2013 ini merupakan pertama kali diadakan di Malaysia..
Dikatakan sebagai  "Glass Hub of Southeast Asia" , Glasstech Asia merupakan pameran yang sukar ditandingi yang menyediakan pempamer dari pelbagai negara dengan gambaran yang lebih mendalam ke dalam pembuatan kaca, pemprosesan, produk dan sektor bahan. Oleh itu, Glasstech Asia 2013 adalah satu platform yang sangat baik untuk industri di seluruh dunia untuk memasuki pasaran yang semakin meningkat Asia Tenggara.

Acara tahun ini, dijangka menarik 250 peserta dari 30 negara serta 4500 pakar perdagangan dijangka menjana USD $ 18,5 Juta dalam tawaran perniagaan, menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pada sidang media tersebut seramai 5 orang panel terlibat iaitu :

1. Mr. Edward Liu (Group Managing Director of Conference & Exhibition Management Services (CEMS), Co-Organiser of Glasstech Asia 2013)

2. Mr. Gan Chee Siong (Chairman of Singapore Glass Association (SGA), Co-Organiser of Glasstech Asia 2013)

3. Mr. Ho Sai Woo (President of Malaysia Glass Association (MGA), Local Host of glasstech Asia 2013)

4. Ir Looi Hip Peu (president of Malaysia Green Building Confederation (MGBC), Supporting Organisation & Conference Partner)

5. Ar Chan Seong Aun (President of Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Supporting Organisation & Conference Partner)


5 orang panel Sidang Media Glasstech Asia 2013

 

Pameran Glasstech Asia 2013 dihoskan oleh Malaysia Glass Association (MGA) dan dianjurkan bersama oleh Singapore Glass Association (SGA) dan conference & Exhibition Management Services Pte Ltd (CEMS).
Dalam usaha untuk mengetengahkan isu-isu dan perkembangan dalam bangunan dan pembinaan ECO, Glasstech Asia 2013 akan mempunyai 2 seminar utama iaitu "The Green Building Seminar 2013 yang menumpukan pada 'Glass & Facade' : The Green Building Perspective" dan seminar oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia dengan tema "Our Glass solutions : Our Key to Success."

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Glasstech Asia 2013, boleh mendaftar secara online di www.glasstechasia.com.sg/en/visitor-registration ianya juga terbuka kepada orang awam selain mereka yang terbabit dengan industri glass.


Baca Selanjutnya »

Giveaway Tiket Event Bersama Artis dan EH!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pepagi buta ni tertarik nak join giveaway anjuran Nizam Ijam....
Menarik sangat giveaway ni... Memang terpanggil-panggil nak join....
5 pemenang akan dipilih untuk memenangi tiket Parti 20 yang Anggun bersama EH!
Event ni memang tetiap tahun Majalah EH! anjurkan....
Dan AJ sendiri memang teringin nak join....

Klik BANNER kalau nak join same ye... =D

Dalam event ni nati, ramai artis-artis tempatan yang akan turut serta...
Belum menang dan terpilih dah rasa kemeriahannye....
Acane tu?? =P

Okay kat sini AJ nak bagi 1 sebab kenapa kene pilih AJ untuk menang tiket ni..

1. Sebab AJ nak tiket ni....

Hahahhahahahahhahahahahha..... =P

Jom korang join same....
Syaratnye tersangatlah mudah.....
Tak rugi cuba kan....
Manelah tau rezeki korang... =D

P/s : Kreatif tak, kreatif tak???
*Muntah hijau!*


Baca Selanjutnya »

Alhamdulillah, Rezeki Berblog...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah, tadi BroFramestone ada mesej AJ minta no akaun....
Nak settle kan bayaran ade 1 event yang AJ pegi sebelum ni.....
Tersenyum-senyum AJ balas mesej tu......
Berkat usaha dan sabar AJ, dapat jugak merasa sedikit rezeki daripada berblog ni....
Tak sia-sia menunggu lama sikit untuk bayaran tu... =D

Selama arini, tak penah AJ sangka niat berblog AJ ni bakal membuahkan hasil...
Yelah, berblog sekadar suka-suka je...
Tapi lama-kelamaan, AJ mula mengorak langkah...
Join event sana dan sini....
Kalau nak tau, kebanyakan event yang AJ join tidak berbayar.....
AJ pun masih menapak dalam dunia blog ni kan.....
Dari situ, AJ mula diberikan peluang oleh Bro untuk join event berbayar.....
Walaupun tak banyak peluang AJ dapat sebab ikut kesesuaian blog dan trafik jugak kan, tapi Alhamdulillah ade sikit rezeki buat tampung perbelanjaan AJ yang belum berkerjaya lagi... =D

Dan tadi jugak, AJ dapat 1 lagi panggilan dari company kecantikan..
Insyaallah kalau ade rezeki AJ nanti, AJ akan dapat peluang review produk mereka dengan "token"nye sekali...
Tapi belum confirm lagi lah..... Moga rezeki berpihak pada AJ dan blog ni.... =D


So kepada korang yang belum penah merasa rezeki dari blog tu..
Jangan putus asa dan jangan terlalu berharap...
Berbloglah dengan seikhlas hati...
Insyaallah 1 hari nanti pasti akan terbuka pintu rezeki untuk korang dalam dunia blog ni....
Teruskan usaha okay..... =D

P/s : Tengah tunggu result interview...
Harapnya pintu rezeki buat AJ tu terbuka seluas-luasnya....
Insyaallah.... Dengan izin Allah swt... =D




Baca Selanjutnya »