Event : Sidang Media dan Pelancaran Langkawi Naturally Magical, Kedah



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu, 16 November bertempat di Zebra Square, Kg Pandan berlangsungnya majlis sidang media dan pelancaran Langkawi Naturally Magical, Kedah yang bakal diadakan selama 18 hari..
Seperti semua sedia maklum, tahun 2014 merupakan Tahun Melawat Malaysia dan merupakan kali keempat bagi Malaysia selepas tahun 1990, 1994 dan 2007..

Majlis yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir ini akan bermula pada 19 Disember 2013 selama 18 hari bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Menurut Datuk Paduka Mukhriz, beliau percaya Kedah berpotensi menjadi salah satu destinasi perlancongan dan Langkawi merupakan platform terbaik bagi memperkenalkan destinasi perlancongan Negeri Kedah.
Beliau juga berharap festival seperti ini akan terus menjadi acara tahunan supaya lebih ramai lagi pelancong mengenali Langkawi.

Manakala menurut Ketua Setiausaha di Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, Dr Ong Hong Peng "Langkawi Naturally Magical, Kedah" merupakan gabungan strategic antara Kementerian, Negeri Kedah, LADA dan Naturally Magical Sdn Bhd.
Festival yang bakal berakhir pada 5 Januari ini mensajikan pengunjung hiburan sepanjang hari merangkumi baazar jualan, pertunjukkan belon panas, pertunjukkan laser dan bunga api serta persembahan dari artis tempatan dan luar Negara seperti M.Nasir, Faizal Tahir, Anuar Zain, Rossa, Ungu (Indonesia) dan Sek Laso (Thailand).

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Festival Magikal yang bakal berlangsung selama 18 hari ini, boleh layari www.langkawimagikal.com.my

Jom kita tengok gambar sekitar Majlis Sidang Media dan Perlancaran Langkawi Naturally Magical. Kedah ni.


Barisan tetamu Kehormat

Ucapan daripada Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir

Pelancaran Langkawi Naturally Magical, Kedah

Sidang Media Langkawi Naturally Magical

P/s : Jom Ke Langkawi!



Baca Selanjutnya »

Event : Ulangtahun ke-3 Santai Travel Tourism Malaysia


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

14 November 2013 bertempat di Esplanade KLCC berlangsungnya 1 majlis yang cukup santai bersempena ulangtahun ke 3 Majalah Santai Travel Tourism Malaysia.
Majlis ini diadakan bersempana tahun melawat Malaysia 2014 dan Pelancaran Minggu Fesyen Kuala Lumpur.

Majlis santai ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Richie Rachman selaku pengacara pada petang tersebut.
Seterusnya ucapan dari Encik Azlie Halim (Managing Director Santai Travel)
Beberapa orang artis telah dijemput bagi memeriahkan majlis antaranya Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ana Raffali, Chacha Maembong, Iqwal dan Fouziah Gous.

Sebelum majlis berakhir, acara potong kek diadakan sempena Ulangtahun ke 3 Majalah Santai Travel...
Tahniah Santai Travel, semoga akan terus maju.... =D

Jom layan sekeping dua gambar...

Ucapan alu-aluan dari Richie Rachman dan Encik Azlie Halim

Persembahan dari Iqwal, Ana Raffali dan Datuk Aznil..

Penyampaian cenderahati dan potong kek..

AJ pun tak lepaskan peluang amik gambar dengan mereka... =D


P/s : Memang Santai!

Baca Selanjutnya »