Memanah Anjing! Apa Dosa Anjing Tu??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tindakan seorang lelaki berkopiah dan berbaju melayu memanah seekor anjing di Taman Sinaran, Taming Jaya benar-benar mengundang kemarahan orang ramai.....
Bile tengok gambar tu siang semalam seriously AJ memang marah....
Apelah masalah dengan manusia tu??


Lelaki itu dikatakan memanah anjing tersebut kerana enggan meninggalkan kawasan rumah dia...
Tapi persoalannye kenapa perlu dipanah???
Hilang akal atau sememangnya tidak berakal??!
Pakcik meh sini aku nak bagitau....
Kau mungkin terlupa anjing juga makhluk Allah swt....
Sedangkan memberi anjing minum membolehkan seorang pelacur masuk syurga.....
Ya Allah.... kenapalah kejam sangat manusia ni.....
Diberikan akal dan fikiran tapi masih tak tau macam mana cara nak gunakan.....

Lebih menyedihkan anjing jenis Rottweiler yang dipanah tu separa buta, mengalami kecederaan di bahagian pinggang, anemia dan mungkin tersesat dalam mencari jalan pulang kerumah.....
Sebab tu anjing tu tak lari ketika dihalau, malahan masih ditempat yang sama ketika dipanah.....
Ape dosa anjing tu??
Banyak lagi cara yang boleh digunakan kan...
Kalau kate betullah anjing HARAM pada si pemanah tu, minta je la tolong dari jiran-jiran yang boleh pegang dan tolong halau anjing tu or atleast selamatkan dia???
Takkanlah takde kot kan...
Pakcik, kau ni memang KEJAM!!!
Ade cara yang paling mudah dan simple tapi kau memilih untuk panah anjing tak berdosa tu....

Tapi alhamdulillah, anjing rottweiler ini telah diselamatkan oleh penduduk setempat dan kini berada di bawah Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB)...
Menurut MDDB, anjing yang diberi nama Brianna ini telah dihantar untuk rawatan....
Tetapi keadaannya sangat sakit.....
Semoga Brianna kuat!
Kepada si pemanah, tunggu saja pembalasan atas perbuatan kau tu ye......

Kepada mereka yang ingin mengikuti perkembangan Brianna atau menderma boleh ke page  Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB)

P/s : Mungkin agak kasar, tapi perbuatan tu meletakkan dia selevel dengan anjing!
Ataupun lebih rendah tarafnya dari seekor anjing!
Sorry this kind of people just lose my respect.....
Nauzubillah....


Baca Selanjutnya »

WW #54 : 3 Hari Lagi!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

3 hari lagi.....
3 hari je lagi.....
3 hari..... 3 hari..... dan 3 hari......


Ada ape dengan 3 hari lagi???
Ehem ehem ehem.... =D

P/s : Kejap tak kejap, lame tak lame....

Baca Selanjutnya »

Keputusan Mata Penuh EPL 2013/14


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam EPL telah melabuhkan tirainya.....
Tahniah kepada Manchester City kerana berjaya kembali menjulang piala hasil kemenangan 2-0 keatas West Ham United malam tadi...
Diikuti oleh pasukan Liverpool, Chelsea dan Arsenal...
Nampaknya champion season lepas menjunam di tangga ke 7...
Adus Parah! Sadis!

So AJ taknak cite panjang lebar.....
Jom kite tengok keputusan mata penuh kesemua pasukan bagi musim ini..


AJ musim ni tak berapa nak layan sangat game...
Yelah pasukan favourite AJ yang berada di tempat ke 7 tu jatuh menjunam kot..
Kaw kaw AJ kene bahan dengan kengkawan lain...
Walau macam mane pun hati AJ tetap setia dengan Manchester United....
Wa GGMU selamanya woooo......
Hehehehheheheh...

Hopefully season depan MU bangkit kembali la.....

P/s : Siapa kata perempuan tak layan bola???


Baca Selanjutnya »