Pra-tonton : Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa (KAMDRS)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kawan siapa mati dalam rumah sewa???
Kawan aku???
Siapa kawan aku tu????


Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa merupakan sebuah filem bergenre komedi seram arahan Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Mangkin Prestij milik Datin Jane Lim...
Filem ini dibintangi oleh pelawak-pelawak tempatan terdiri daripada Kumpulan Bocey, Yassin SYJ, Epy Kodiang dan ramai lagi....
Pelawak-pelawak yang pertama kali digandingkan dalam sebuah filem ini dijamin dapat memberikan sebuah lawak dan komedi segar dan lain dari yang kita pernah tonton...


Sinopsis

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa (KAMDRS) mengisahkan 3 orang sahabat baik iaitu Rudy (Achey) seorang pelakon tambahan yang sering memainkan watak hantu dalam setiap filem, Akhiruddin (Abam) seorang pekerja stesen minyak dan Remy (Fad) seorang penggilap kasut "proffesional" di kaki lima yang menyewa sebuah rumah milik Pak Osman Basah (Yassin SYJ).
Rumah yang didiami 3 sahabat ini telah tertunggak sewanya selama 3 bulan dan Pak Osman sering meminta duit sewa dari mereka kerana berniat ingin mengerjakan haji dengan tambahan duit sewa tersebut namun pelbagai alasan sering diberikan oleh 3 anak muda ini.

Pada suatu hari, anak saudara Pak Osman, Saipol (Epy Kodiang) yang merupakan seorang mat rempit ingin tumpang menyewa di rumah mereka kerana ingin menyertai lumba haram.
Pada malam perlumbaan Saipol telah memenangi sejumlah wang.
Secara kebetulan, apabila pulang kerumah Saipol telah terserempak dengan Rudy yang berpakaian pontianak mengakibatkan beliau terkejut lalu mati dilanggar oleh Akhiruddin dan Remy.
Ketiga-tiga mereka yang panik memikirkan Saipol yang telah mati telah menemui sejumlah wang, serta memikirkan cara bagaimana untuk merahsiakan kematian saipol dari pengetahuan Pak Osman Basah.

Apakah yang akan berlaku dan dilakukan oleh mereka semua??
Bagaimanakan mayat Saipol disembunyikan??
Dan apakah reaksi Pak Osman Basah??


Saksikan filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa ini yang akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 14 Ogos 2014 ini.
Seriusly AJ bagi 5 bintang untuk filem ini... Tak rugi menonton....
Lakonan mereka sangat bersahaja dengan lawak yang buat korang takkan kering gusi dari permulaan cerita sehinggalah pengakhirannya..
Mr.JR yang katanya nak tidur tu pun tak jadi lelap penangan filem ini tau....
Lawak lain dari yang lain, lebih santai dan tak begitu berat untuk difahami..
Terima kasih kepada Bro Framestone untuk sepasang tiket tu... =D

Jom tengok sekitar majlis pra-tonton filem KAMDRS ini...


Last but not least, blogger-blogger yang turut sama memeriahkan majlis pra-tonton Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa...



P/s : Nak ajak kawan-kawan lain tengok sama lagi sekali!!!!
Best sangat......


Baca Selanjutnya »

Kalau Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Nampak tak tajuk yang seram tu?? Entri seram ni...
Kalau koranglah kan alami situasi macam ni, agak-agak ape yang korang akan buat??

AJ?? Mestilah takut....
Gile tak takut kalau balik-balik je rumah, kawan korang mati dalam rumah sewa.....
Akan lagi menakutkan kalau sedar hal tu lepas beberapa hari ataupun dibunuh.....
Perghhhhh.... Memang tak boleh nak bayang perasaan tu....
Lepas tu mesti time nak tidur pun terbayang-bayang je.......
Yang pasti, AJ pindahlah lepas kejadian tu......

Kenapa tetibe cerita pasal mati-mati ni???
Haaaaa.... Kalau nak tau sebuah Filem bertajuk Kawan Aku Mati Dalam RUmah Sewa bakal ditayangkan dipawagam pada 14 Ogos nanti.....
Cerita ini dibintangi oleh Kumpulan bocey, Yassin Syj dan Epy kodiang...



Nak tengok secara percuma??
Jangan lupa sertai contest bro Framestone ni...
20 pasang tiket bakal diberikan kepada 20 orang terawal......

Jom tengok trailer filem ini....


P/s : Takuttttt.....


Baca Selanjutnya »

Dugaan dan Rezeki di Bulan Syawal...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sejak beberapa hari lepas AJ memang tersangatlah sibuk....
So arini AJ sekalikan 2 kisah dalam 1 entri.....
Yelah, semalam AJ dah kembali bekerja....
So 2 minggu ni, confirmlah AJ akan busy dengan urusan keje.....
Entri yang pending tu, nanti AJ cerita..... =D

Dugaan Syawal


Jumaat lepas mak AJ dimasukkan kedalam wad kat PPUM...
Doktor kate, mak kene minor stroke.....
Ya Allah.... Berderau darah dengar perkataan tu...
Yelah, penyakit tu memang bahaya...... 4 hari mak masuk wad.....
Hasil pemeriksaan awal, alhamdulillah takde apa-apa......
Takde darah beku semua..... Cuma kolestrol je la......
Masa kat wad tu pun mak aktif berjalan tanpa wayar sana sini ataupun drip....
Alhamdulillah sangat-sangat bila mak nampak normal....
Isnin lepas mak dah boleh keluar wad dah.... =D
Bulan September, Oktober nanti akan ade pemeriksaan lanjut dan amik ubat semua la......
Dan bulan Januari tahun depan, mak kene buat CT Scan......
Harap-harap takde pape la nanti.....
Semoga emak sentiasa sihat walafiat.....
Oh, AJ nak amik kesempatan untuk ucapkan ribuan terima kasih kepada semua sanak-saudara dan rakan-rakan yang mendoakan kesihatan emak.....
Terima kasih yang tak terhingga sangat.....
Dan paling utama terima kasih Ya Allah....

Rezeki Syawal



Semalam Abang Kid ade tag AJ kat 1 post dalam facebook ni.....
Kalau abang kid tag tag, memang AJ langsung tak perasan....
Bile baca post tu, berbunga-bunga hati AJ.....
Alhamdulillah... Lepas-lepas raya ni,  murah rezeki AJ.....
Ingat tak AJ ade pegi review berbuka puasa kat Flamo, Restoran Ayam Kampung tu?
Haaaaaaaa....... Tak sangka entri AJ dipilih menjadi salah 1 antara 3 review/entri terbaik.....
Alhamdulillah... Syukur......
Inilah dia entri bertuah tu, bagi mereka yang belum baca lagi :
http://www.ayuejean.com/2014/07/iftar-citarasa-unik-flamo-restoran-ayam.html
Sejujurnya, AJ sendiri tak tau pun pihak Flamo akan pilih 3 entri tu....
Apa yang AJ tulis tu, itulah yang AJ alami...
Dan Insyaallah, arini AJ nak pegi makan lagi Flamo @ Restoran Ayam Kampung...
Semalam Mr.JR dah plan nak makan kat sini dengan AJ dan kakak dia masa kitorang dalam kereta..
AJ dengan kakak dia pun ape lagi, on je la.... =D

P/s : Dalam masa diduga, Allah swt selitkan sedikit rezeki buat AJ....
ALHAMDULILLAH...

Baca Selanjutnya »