Pra-tonton : Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa (KAMDRS)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kawan siapa mati dalam rumah sewa???
Kawan aku???
Siapa kawan aku tu????


Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa merupakan sebuah filem bergenre komedi seram arahan Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Mangkin Prestij milik Datin Jane Lim...
Filem ini dibintangi oleh pelawak-pelawak tempatan terdiri daripada Kumpulan Bocey, Yassin SYJ, Epy Kodiang dan ramai lagi....
Pelawak-pelawak yang pertama kali digandingkan dalam sebuah filem ini dijamin dapat memberikan sebuah lawak dan komedi segar dan lain dari yang kita pernah tonton...


Sinopsis

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa (KAMDRS) mengisahkan 3 orang sahabat baik iaitu Rudy (Achey) seorang pelakon tambahan yang sering memainkan watak hantu dalam setiap filem, Akhiruddin (Abam) seorang pekerja stesen minyak dan Remy (Fad) seorang penggilap kasut "proffesional" di kaki lima yang menyewa sebuah rumah milik Pak Osman Basah (Yassin SYJ).
Rumah yang didiami 3 sahabat ini telah tertunggak sewanya selama 3 bulan dan Pak Osman sering meminta duit sewa dari mereka kerana berniat ingin mengerjakan haji dengan tambahan duit sewa tersebut namun pelbagai alasan sering diberikan oleh 3 anak muda ini.

Pada suatu hari, anak saudara Pak Osman, Saipol (Epy Kodiang) yang merupakan seorang mat rempit ingin tumpang menyewa di rumah mereka kerana ingin menyertai lumba haram.
Pada malam perlumbaan Saipol telah memenangi sejumlah wang.
Secara kebetulan, apabila pulang kerumah Saipol telah terserempak dengan Rudy yang berpakaian pontianak mengakibatkan beliau terkejut lalu mati dilanggar oleh Akhiruddin dan Remy.
Ketiga-tiga mereka yang panik memikirkan Saipol yang telah mati telah menemui sejumlah wang, serta memikirkan cara bagaimana untuk merahsiakan kematian saipol dari pengetahuan Pak Osman Basah.

Apakah yang akan berlaku dan dilakukan oleh mereka semua??
Bagaimanakan mayat Saipol disembunyikan??
Dan apakah reaksi Pak Osman Basah??


Saksikan filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa ini yang akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 14 Ogos 2014 ini.
Seriusly AJ bagi 5 bintang untuk filem ini... Tak rugi menonton....
Lakonan mereka sangat bersahaja dengan lawak yang buat korang takkan kering gusi dari permulaan cerita sehinggalah pengakhirannya..
Mr.JR yang katanya nak tidur tu pun tak jadi lelap penangan filem ini tau....
Lawak lain dari yang lain, lebih santai dan tak begitu berat untuk difahami..
Terima kasih kepada Bro Framestone untuk sepasang tiket tu... =D

Jom tengok sekitar majlis pra-tonton filem KAMDRS ini...


Last but not least, blogger-blogger yang turut sama memeriahkan majlis pra-tonton Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa...



P/s : Nak ajak kawan-kawan lain tengok sama lagi sekali!!!!
Best sangat......


5 ulasan