Review : Restoran DIB Coffees of Hawaii


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kali ni AJ nak kenalkan korang dengan 1 tempat makan yang sangat menarik dan suasananya lain dari yang lain.....
Restoran yang AJ maksudkan ialah DIB Coffees of Hawaii.....
Restoran ini terletak di Menara Gamuda, Damansara Perdana....
Ini merupakan kali pertama AJ jejakkan kaki disana....
Ingatkan kat situ ade bangunan pejabat je...
Rupanya tersorok 1 restoran yang tempatnya menarik dengan makanan yang super duper best!


DIB bermaksud "Deaf In Business"....
Uniknya ialah hampir kesemua pekerja di restoran ini merupakan golongan OKU yang cacat pendengaran dan bisu....
Memula AJ tak sangka pun.... Sehinggalah kami diberitahu oleh pengurus restoran.....
Setiap seorang pada mereka, ade speciality sendiri...
Contohnya salah sorang tu memang buat bakeri je....
So segala pastri dan kek dibuat oleh beliau sendiri...... :)

Staff DIB

Suasana di restoran ini tersangatlah tenang, selesa dan agak jauh dari hingar bingar....
Selain kopi, DIB menghidangkan pelbagai jenis makanan barat seperti steak, chicken grill, ceaser salad, kek dan sebagainya...
Harga yang ditawarkan juga tersangat berpatutan dengan posyen makanan yang agak besar....


Disini korang tak perlu risau mengenai masalah komunikasi....
Sebabnya selain menu, korang akan diberikan 1 panduan bahasa isyarat yang mudah....
Untuk pesanan pulak, korang boleh tanda sahaja diatas kertas yang telah disediakan......
Alaaaaa... Tanda je macam restoran white coffee tu..... =D
Mudah sangat tau....

Jom tengok apa yang kami makan



Errrr...... Ade yang terliur tak??
Nampak sedap dan memang sedap...
Food Presentation pun lulus! Macam kat hotel tau......

Jom kita intai kawasan sekitar DIB Coffees of Hawaii




Menarik kan??

Bagi korang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai restoran ini, boleh layari :
Ataupun kunjungi :

1st Floor, Menara Gamuda,
PJ Trade Centre,
No 8 Jalan PJU 8/8A, bandar Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi :

Isnin - Jumaat : 7.30AM - 6.45PM
Sabtu :  10AM - 6PM


Kemudahan surau untuk lelaki dan wanita juga disediakan...
Kalau nak buat private meeting ke, birthday ke apa-apa pun sesuai.....
Candle light dinner je tak boleh sebab malam tak bukak... 

Masa AJ pegi minggu lepas, DIB baru je 2 minggu beroperasi pada hari Sabtu... =D
So memang tak ramai oranglah....

P/s : 5 STAR!

11 ulasan

  1. Serius terliur tengok makanan yang kak ayue share tu.. huaaarrrgghhh sedapnyaaaaaa, tempat pun cantik.. akak belanja ena nanti boleh kat sini???

    BalasPadam
  2. ok akak terliur, bila nak hangout ke sini ni???

    BalasPadam
  3. Menarik susun atur kedai ni. Yang lebih menarik makanan nampak sedap. hehe

    BalasPadam
  4. pergh .. menyelerakan makanannyaaa

    BalasPadam
  5. Ok, I is terliur.. Dah la semalam nk mkn steak tak kesampaian.. Nnti klu kebetulan jalan ke sana leh la try husha2..😊
    Rosmiza Ali Official Blog™

    BalasPadam
  6. memang menarik..makanan die nampak sedap giler..pastuh deco pn cantek..boleh try nih...tq AJ sharing :)

    BalasPadam
  7. nampak macam menyelerakan aje nih.

    BalasPadam
  8. Bagusnya restoran macam ni.. Beri peluang pada OKU.. Syabas.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum AJ, wahhh baru tahu dalam bangunan PJ Trade ada restoran unik ni.. AJ, bila nak lanje sheila??? hahaha jum outing sini nak?

    BalasPadam
  10. spesel tempat ni sebab beri peluang pada orang oku bekerja..menarik..makann die buat pun tak mengecewakan...

    BalasPadam