Eversoft Skinz Youth Recall : 5 Langkah Kekal Remaja


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

2 minggu lepas AJ terima 1 kotak produk kecantikan dari Eversoft Skinz....
Terima kasih Yusoff Philip dari Salina & Associates... =D
Produk ini merupakan salah 1 produk yang diinspirasikan untuk mereka yang ingin kelihatan muda remaja...

Jom kita intai dan kenali produk ini...

Packaging menarik dan tersusun rapi yang AJ terima...

AJ dengan Rangkaian Eversoft Skinz Youth Recall...

Wanita Jepun sememangnya terkenal dengan keremajaan kulit serta kulit halus bak porcelain yang dah semestinya jadi idaman setiap wanita di seluruh dunia....
Kini, rahsia kulit cantik mereka bukan lagi rahsia dengan rangkaian Eversoft Skinz Youth Recall!

Eversoft Skinz Youth Recall merupakan 1 produk yang mengabungkan teknologi terkini dengan menggabungkan bahan-bahan tradisional semulajadi Jepun yang bertindak sebagai anti-aging antaranya :

WAKAME SEAWEED yang kaya dengan Phyto-Collagen membantu mempertingkatkan kandungan kolagen dan mengurangkan kedutan serta mengembalikan keanjalan kulit.

UME yang lebih dikenali sebagai Aprikot Jepun yang mengandungi anti-glycation bagi melindungi kulit dari kusam dan kekuningan akibat penuaan. Ume digunakan di Jepun sejak dahulu lagi untuk kecerahan kulit, menghindarkan kekuningan warna kulit dan meratakan tona kulit tidak sekata.

HIARURON SAN (Super Hyaluronic Acid) bagi mengekalkan kelembapan kulit menjadikan kulit lebih sihat, lembut dan lebih cerah.

Dengan hanya 5 langkah, keremajaan kulit serta kulit yang lembut dapat dikembalikan...

Langkah Pertama : Menyucikan Kulit
DEEP ACTION MICRO CLEANSING OIL menyucikan kulit dengan lebih efektif sebagai penanggal mekap, krim tabir suria, BB krim dan sebagainya.


*Picit sedikit dan ratakan keseluruh wajah untuk menanggalkan kesan mekap.
Hanya urutkan wajah dengan lembut dan kesan mekap akan tertanggal dengan mudah..
Kemudian ambil sedikit air, urut lagi wajah untuk kesan yang lebih efektif dan bilas.

Langkah Kedua : Membersih Secara Mendalam
Terdapat 2 jenis pencuci muka dari rangkaian Eversoft Skinz Youth Recall iaitu HYDRA CLEAN CLEANSING FOAM (Untuk kulit normal) dan DEEP MOIST RICH CLEANSING FOAM (untuk kulit kering) membantu membersihkan wajah dari kotoran yang tersembunyi dan menaturalkan PH kulit.


*Ambil sedikit pencuci muka, kemudian cuci muka dan bilas seperti biasa.
Buih sabunnya meninggalkan kesan lembut pada wajah.
AJ gunakan kedua-dua pencuci muka tersebut tau...
Kalau terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari ataupun terlalu lame duduk dalam penghawa dingin AJ akan pilih Deep Moist Rich Cleasing Foam untuk kulit kering.

Langkah Ketiga : Toning
HYDRATING TONING LOTION diperkaya dengan Hiaruron San (SuperHyaluronic Acid) memberikan 2 kali lebih penghidratan dan kelembutan pada kulit selama lebih 24 jam dan juga membantu kulit mendapat kelembapan yang lebih optimum.


*Ratakan toner keseluruh wajah dan lakukan urutan keatas.
Kulit akan terasa lebih penghidratan dan segar!

Langkah Keempat : Menganjalkan dan Memperbaiki Struktur Kulit
FIRMING & REFINING ESSENCE (untuk wajah dan mata) untuk memperbaiki kulit dari tanda-tamda penuaan dan memcerahkan kulit. Diperkaya dengan Renewal Peptide 3 untuk kulit yang lebih anjal, berseri dan mencegah kekuningan warna kulit.


*Oleskan esen keseluruh wajah dan mata dengan urutan lembut pada wajah.

Langkah Kelima : Melembabkan Kulit
HYDRA GLOW FIRMING CREAM SPF 30 PA ++ untuk perlindungan di waktu siang dan ULTRA RICH RENEWAL FIRMING CREAM untuk memperbaiki kulit di kala anda sedang berehat di waktu malam.


*Sapukan krim pelembab keseluruh wajah dan lakukan sedikit urutan keatas.
Kulit akan terasa lebih lembab.

Rangkaian Eversoft Skinz Youth Recall boleh didapati di pasaran dengan harga RM 14.90 sehingga. RM 53.90.
Cepat dapatkannya dan katakan selamat tinggal kepada penuaan kulit!!

Setelah 2 minggu menggunakan produk ni, kulit AJ terasa lebih lembut, licin dan anjal...
Kat bawah ni testimoni AJ sendiri sebelum dan selepas menggunakan produk Eversoft Skinz Youth Recall..


Mase mula-mula menggunakan produk ni, kulit AJ jadi agak berminyak...
Lepas tu naik jerawat dekat dahi dan dagu keluar...
Ingatkan produk ni tak sesuai dengan kulit.. Rupanya dia memang keluarkan kotoran dari bawah kulit kita tu....
Lepas beberapa hari kesan jerawat pun mulai pudar, kulit AJ pula lebih cerah, anjal dan lebih sekata...
Struktur kulit pun jadi lebih halus dan lembut....

P/s : Kembalikan keremajaan kulit bukan rahsia lagi... =D




Baca Selanjutnya »

20 Fakta Mengenai AJ!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Ini entri yang AJ kopipes je dari Instagram....
20 Fakta Mengenai seorang AJ....
Kalau ikutkan rasanya 20 tu macam tak cukup....
Tapi sebab nak 20 je, AJ keratlah beberapa fakta tu...



#20FactsAboutMe 

|1| Anak Bongsu
|2| Peramah 
|3| Moody / Spesis Swinging Mood (Cepat Marah, Cepat Sejuk Kalau Dipujuk Kene Gayanya) 
|4| Ratu Selfie / Kaki Camwhore / Suka Bergambar especially Depan Cermin
|5| Kuat Makan tapi Tak Makan Ikan
|6| Kaki Karaoke walau Suara Kelaut!
|7| Suka Shopping / Boros 
|8| Mulut Becok 
|9| Kuat Merayap / Berjalan / Travel
|10| Happy Go Lucky 
|11| Manja 
|12| Keras Kepala / Kalau Itu, Itulah Dia, Takde Kompromi
|13| Rebel / Kuat Memberontak
|14| Blogger Separa Tegar / Suam-Suam Kuku
|15| Suke Gila Pink padahal Dulu Pink Tak Penah Ade Dalam Senarai
|16| Suka Binatang terutama Kucing 
|17| Suka Mekap Tapi Bile Datang Mood Malas Mekap, Muka Mengalahkan Zombie!
|18| Banyak Malas Pada Rajin 
|19| Gila Kasut 
|20| Peminat MU Walaupun Dah Selalu Kalah! GGMU!!!

P/s : AJ memang spesis banyak karenah....
Nasiblah siapa dapat AJ tu ye....
Hehehhehe.... =P

Baca Selanjutnya »

Soalan Wajib!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

AJ seorang yang jarang sangat hadir kenduri kawen.....
Kadang-kadang clash dengan majlis saudara mara, kadang clash dengan event...
Dan selalunya sebab khilaf AJ sendiri....
AJ ni pelupa ya amat.... Dah lepas kenduri baru AJ ingat pasal tu, itupun sebab nampak orang dah upload gambar....
Teruknya perangai seorang AJ ni....... Maaf yeeee.....

Ahad lepas AJ berkesempatan pegi kenduri kawen jiran AJ ni...
Itupun lepas mak ajak... Kalau tak memang hanyut jugaklah cerita dia.....
Dannnnn?..
Bila dah pegi kenduri kawen tu, bertalu-talulah SOALAN WAJIB menghujani diri ini...
"BILA NAK KAWEN???"
Adoiiii.... Macam mana nak jawab ek???
Membunuh jiwa betul soalan tu tau....
Hahahhahahaha.........
Kiri kanan duk tanya, so jawapan selamat Insyaallah 2-3 tahun lagi.....
Memang camtu la planning nye kannnn... =D

Siapa taknak kawen kan kan kan???
Tapi serunya tu belum sampai....
Hehehehhehe.....
Insyallah kalau dah tiba masanya, akan AJ war-warkan....
Yelah, bende baik takkan nak dirahsiakan... Ye dak??? =D

As for me, AJ tiada masalah langsung bila diajukan soalan mengenai kawen ni.... =D
Sikit kecik hati pun tak penah terdetik dalam diri....


Antara insan yang akan bertanya soalan wajib ni setiap kali jumpa....
Rosyam Nor!!!
Takpe, nanti dah nak kawen AJ hantar kad kawen siap letak bedak wangi lagi dalam sampul tu tau....
Pastu dah tanye soalan kawen, sempat pulak dia membahan "rambut tu kene cahaya matahari ke...?"
Cehhhhh.... Jawapan stereotype AJ.... "Taklah, air kat rumah karat..."
Hampeh betul.... Hahahahhahha.... (Padan muke aku!)

Siapa yang baca entri ni tapi belum kawen??
Angkat tangan....
Sebabnya AJ pun nak bagi korang soalan yang sama...
BILA NAK KAWEN?????
Whahahhahahahahahah........ Sampai dah sengal AJ bila berbicara soal kawen ni.... =p


P/s : Nak nyanyi jap...
"Mak, Mak, Si Ikan kaloi...
Aku nak kawen dengan Anak Raja....."
Ehhhh!!!


Baca Selanjutnya »

#NNRaya Bersama Nuffnang.... More Than Just E"nuff"!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


23 Ogos lepas AJ berkesempatan pegi #NNRaya Open House 2014......
Pertama kali AJ join event dengan Nuffnang sepanjang berblog ni....
Terima kasih Nuffnang!!!! =D
Yeahhhh... finally my entry is out.... Hehehhehe....


Wanaka The Bangalow iaitu sebuah banglo yang sangat simple menjadi tempat NNRaya diadakan....
Memang terasa suasana raya kat rumah tu....
Dengan belon-belon disana sini, makanan yang sedap dan juga dengan kehadiran blogger dan pengamal media sosial yang lain tau....
Pendek kata kalau tak pergi memang rugi.... =D

Kat sana AJ sempat beramah mesra dengan beberapa orang blogger yang AJ kenali dan juga dengan blogger-blogger yang pertama kali bersua muka...
Antaranya Kak Red Mummy, Yuyu Zulaikha, Namee Roslan, Kak Farah Wahyda, Rosmiza Ali,  Rawlins Glam, Jae Hashim, MahaMahu dan ramai lagi....
Panjang berjela-jela 1 entri ni kalau AJ listkan semua......
Sepanjang majlis Rumah Terbuka Raya Nuffnang ni, banyak permainan yang dijalankan...
AJ sempatlah join 1.... Tiup sticky paper atas dahi...
Jenuh jugak nak meniup wehhh..... Mau gugur bulu kaki.. Ehhhh!!!?
Hahahhahhahah.....


Lepas tu pulak ade demo masakan dari blogger @kasihaleeya dan @ceeranoh.....
Masak lontong dan sambal ikan bilis....
Sedap wa baq ang...!!!!
Pastu kan ade kambing bakar lagi....
Pastu kan ade bihun sup, rendang ayam..... Semua sedap-sedap...
AJ siap makan atas batu lagi tau..... Hahahhahah.....

Banyak sponsor tau masa #NNRaya tu....
Ambipur bagi korang wangi-wangi sikit....
U-Mobile bagi korang buat call free, sms free, data free....
Doff untuk super duper comfy bag bean....
Carama untuk voucher service....
Ade wowbooth bagi korang amik gambar dengan prop comel-comel dengan baju raya korang tu.....
Dan banyak lagi.....

AJ tak dapat nak stay sampai habis, masa tak berapa nak mengizinkan...
Tapi AJ tak balik dengan tangan kosong tau.....
AJ bawak balik payung dari nuffnang dan juga buah tangan dari U-Mobile dan Ambipur okay!!!
Thanks nuffnang sebab sudi jemput AJ.....
Walau tak dapat S5 kannn....
Ehem tapi takpe, khabarnya masih ade chance kan? Yeayyyyyy!!!!!

Jom! Kita scroll gambar-gambar pulak yeee......
Yang tak dapat join, jangan jeles tau....
AJ dah wakilkan korang... =D


Dannnnnn.......
Jeng... Jeng... Jeng...

Ini adalah gambar paling WIN sekali dihati AJ....
Alololololo..... Kekonon paling sweet lettew.....
Candid by Nuffnang... =D

Nuffnang Raya.....
More than just e"nuff"!!!!
Harap-harap akan ade lagi untuk tahun seterusnya.... =D

P/s : Habis sudah mood raya....

Baca Selanjutnya »

Selamat Hari Lahir Abah Yang Ke-60


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Isnin lepas, 25 Ogos 2014 Abah AJ genap 60 tahun.....
Alhamdulillah, Allah swt masih mengurniakan AJ dengan kasih sayang dan seorang insan bergelar Abah...
Macam sebelum ni, setiap kali hari lahir mak atau abah kitorang bawak pegi makan je...
Takdelah nak tiup-tiup lilin bagai kan...... =D


Dari siang AJ duk fikir nak bawak makan kat mana....
Tanye kakak AJ, dia pun takde idea....
Penyudahnya, fikir punya fikir.... Nu Sentral jadi pilihan.....
Senang sikit.....
Dekat dengan rumah dan tak payah tempuh jem....
Masa besday mak aritu, sejam setengah kot duduk dalam jem baru sampai lokasi....
Hehehehehehe....


Sampai kat sana, The Manhattan Fish Market yang jadi pilihan "birthday boy"....
AJ duk kalut jugak fikir sebenarnya...
Ade menu lain ke selain fish kat situ......
Yelah, AJ kan pelik sikit tak makan ikan.... Hehehhehehhe....
Alhamdulillah menu-menu kat situ menepati citara AJ...
Bukan tekak AJ je, paling penting menepati citarasa orang tua AJ....



Alhamdulillah.... Ada rezeki AJ untuk belanja Abah makan......
Gaji pun keluar tepat pada waktunya.... Kannnnnnnnn... =D
Yang paling seronok lagi, bila AJ tengok abah tersenyum gembira.....


Untuk Abah...
Selamat Hari Lahir yang ke-60...
Takde hadiah mewah yang dapat adik hulurkan...
Sekadar yang termampu je....
Adik doakan Abah sentiasa panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.....


Anak yang degil ya amat ni sayang kat Abah sangat-sangat tau... =D

P/s : Tiada yang lebih menggembirakan selain melihat senyuman bahagia insan tersayang...



Baca Selanjutnya »