Laptop atau Komputer???



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Setelah sekian lama laptop AJ rosak, arini AJ terfikir....
"Nak beli laptop baru ataupun beli komputer (PC) je?"
Dah agak lama sebenarnya AJ update blog pakai gadget je....
Kepuasan dalam berblog tu macam tak berapa ade....
Lepas tu pulak kan, kalau nak edit apa-apa widget ke, banner ke, bloglist ke terhad sangat.....
Bukan tak boleh nak edit, boleh je.... Makan masa sikit la...
Kalau pakai laptop atau PC laju dan pantas je rasenya... Hehehheeh...

Laptop AJ yang rosak tu, ade je lagi....
Skrin dia macam blank, tapi lampu yang wifi ke ape ke kat tepi tu still blinking.....
AJ tak pasti ape penyakit sebenar dia sejak dikencing oleh kucing AJ tu.. Skrin ke, motherboard ke...
Kalau motherboard lebih baik beli lain kata orang kan......
  Haaaaa..... Mampu kucing kau jadikan laptop sebagai tandas dia.....?
Sakit jiwa tuan kau dibuatnya kucing oiiii... Hahahahahahha......

Tapi nak buat pilihan ni la yang macam dilema sikit...
Laptop ke PC????


Dalam kepala otak AJ nak beli PC letak kat rumah je.....
Senang AJ nak simpan, upload, download segala gambar, dokumen ke ape tanpa hang dan penuhkan storage gadget AJ kan.....
Tapi dalam masa sama terfikir jugak la, PC tu tak portable.....



Kalau laptop pulak memang portable....
Tapi AJ tak pakai broadband yang boleh dibawa kehulu kehilir.....
Nak labur untuk broadband, i've to think first... Itu menambah komitmen sedia ada AJ lagi....
Unless kalau AJ boleh pastikan every month ade income dari sini yang bolehlah backup.... (Long way to go la cite dia...)
Dan AJ pun dah ade Ipad, so kalau nak update on the go tu takde masalah sangat....
Guna khidmat data je la...

So pada pendapat korang la kan...
Kalau korang sendiri la kat tempat AJ, mana 1 yang korang akan pilih...
Laptop atau Komputer (PC)?

P/s : Tengah survey-survey nih....
Harga dan internal laptop/PC tu....
Brand tak kisah pun.... As long dia ok....



Baca Selanjutnya »

Harapnya Awak Selamat.....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA   

Balik keje petang tadi hujan memang lebat.....
AJ benti tepi jalan nak pakai baju hujan....
Turun je motor nampak sekor kucing dalam lingkungan 5-6 bulan kat tepi highway tu....
AJ panggil, dia datang dengan terkedek-kedek......
Comel dan manja..... Bile AJ usap-usap, pegang dia elok je dia mengiau.....

Time tu, dalam kepala duk fikir.....
Mane datangnya kucing kat highway....
Situ mane ade kawasan kediaman..... Memang jalanraya semata......
Kesian tengok dia....
AJ dah terfikir cara nak bawak dia keluar dari situ....
Plannye nak kendong dia dalam baju hujan AJ tu....
Masukkan dia, bukak zip sikit untuk dia bernafas kan.... Kalau zip abis, takut dia tak bernafas....
Kalau zip sikit je, takut dia melompat pulak.....

Tetiba.......... Lalu sebuah lori, brek mencicit kat tepi jalan tu...
Terus kucing tu lari menyorok entah kemana....
AJ tak sempat nak kejar or ikut... :(
Ralatnya rasa....... AJ dah niat nak selamatkan dia...
Tapi nampaknya, tak dapat... Dia pun dah lari......
Now, AJ hanya mampu berdoa kucing tu jaga diri dan pandai cari tempat berlindung je la.....


Bila bende melibatkan haiwan ni, hati AJ mudah sangatlah tersentuh...
Even tengok rancangan TV pun, if haiwan dalam tu mati AJ boleh menangis...
Contohnya cerita king kong..... Ending dia mase king kong jatuh dari menara tu pun dah teresak-esak nangis.... Huhuhuhuhu.....

P/s : Awak yang comel dan manja tadi, saya harap awak baik-baik je....
Jangan melintas jalan besar tau... Kereta banyak......
Maaf ye, saya dah cuba nak selamatkan awak.....
Tapi mase lori tu brek, awak lari.... Maaf ye awak...... :(

Baca Selanjutnya »

Tahniah Kelab Blogger Ben Ashaari


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semua dah sedia maklum, komuniti Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) telah ditubuhkan sejak sekian lama....
Dan baru-baru ini, laman web Kelab Blogger Ben Ashaari telah dilancarkan...
Sekalung tahniah buat Beben dan mereka yang berada dalam komuniti ini.....

Kelab Blogger Ben Ashaari

Sedikit sejarah mengenai komuniti KBBA

Ditubuhkan sejak tahun 2009 oleh di bawah naungan tak lain dan tak bukan Ben Ashaari seorang blogger yang tidak asing lagi dalam dunia blog......
Sejak penubuhan KBBA, komuniti ini telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 14,000 blogger dari pelbagai niche dan segenap pelusuk dunia blog.....
KBBA menggunakan tagline "Bukan Sekadar Blogger" dan hashtag #KelabBloggerBenAshaari sebagai pengenalan komuniti ini...
Diharapnya komuniti KBBA akan semakin berkembang maju sehari demi sehari....

Tahniah Tahniah dan Tahniah!

Oh ya, kalau korang berminat untuk turut sama dalam komuniti KBBA korang boleh ke laman web Kelab Blogger Ben Ashaari dan follow Google+ +Kelab Blogger Ben Ashaari, boleh tanya admin dan moderator okay......
Korang juga boleh follow IG : @kelabbloggerbenashaari untuk segala update aktiviti yang telah dijalankan oleh KBBA... =D

P/s : Selamat berblogging semua!

Baca Selanjutnya »

Entri Santai Petang Selasa!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Few days AJ tenggelam tanpa cerita....
Busy dan stress sangat kat ofis ni...
Tambahan pulak internet connection AJ pun agak limited sekarang......
Hehehehehhe.. Al-maklum, gaji tak masuk lagi....
Makanya bil internet pun belum berbayar la..
Ibarat hidup segan mati tak mahu je la cite dia kan..... =P

Last weekend pulak AJ agak tak sihat... Lepas tu busy dengan kenduri kawen cousin AJ lagi...
Lagilah masa nak menghupdate tu takde....
Tapi Alhamdulillah dalam tak berapa nak ade masa tu, AJ dapat siapkan beberapa task pada waktunya.... =D

Sekarang ni kan, memang AJ perlukan cuti sangat..
Nak rehat puas-puas.... Taknak fikir keje, taknak fikir apa-apa....
Tapi kene struggle dalam sebulan lebih lagi baru dapat cuti...
Sabaq na hati...... Pejam celik, pejam celik sekeeeejapppppp je... =P (Ayat penyedap hati)
 Nak kumpul duit cukup-cukup dulu, baru syiok nak cuti...
Tarikh dan lokasi dah ade dah.....
Insyaallah kalau takde aral, jadilah perancangan tu kan.....
Dekat-dekat sini je, tak jauh pun... =D

Hurmmmm.... Kalaulah boleh cuti untuk 6 bulan, 2 kali setahunnn..
Heaven woiiiii!!!!!!!
Hahahhahahhaha.... Harapan je la AJ oiii... =P

P/s : Entri santai petang Selasa je ni...
Buat-buat panas enjin... =D

Baca Selanjutnya »

Rangkaian Produk Terbaharu Dari Wonder Glow Cosmetics!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang penah dengar produk Wonder Glow?
AJ selalu dengar pasal produk ni.... Baru-baru ni pun ade yang bercerita lagi keberkesanan produk Wonder Glow...
Ramai yang cakap produk ni bagus, bila pakai kulit jadi putih mulus je....
Ade beberapa orang blogger pun dah mencuba produk ni tau.. =D
Bile tengok testimoni diorang, dalam hati jeles bukan main...
So laju je AJ pun nak cuba sama......
Sebelum tu jom kita kenali dulu syarikat Wonder Glow Cosmetics dan produk terbaharu Wonder Glow!

 Kenali Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd 
Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd [1054707 K] merupakan sebuah syarikat yang memulakan perniagaan sejak 2010 dan didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd menawarkan pelbagai produk kecantikan seperti krim pemutih, krim anti penuaan, krim kecantikan wajah dan minuman kecantikan dengan objektif merangkumi misi dan visi untuk mengungguli bidang industri kecil dan sederhana terutamanya dalam perniagaan produk kosmetik supaya dapat bersaing dengan pembekal dan pemilik perniagaan untuk persaingan yang sihat.

Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd mempunyai matlamat untuk menjadi usahawan perusahaan produk kosmetik dengan menjual produk kecantikan yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dalam menyumbang kepada kemajuan negara.

Wonder Glow juga telah menjadi salah satu produk yang tak asing lagi dalam pasaran...
Kini, Wonder Glow tampil dengan beberapa produk terbaru selepas mempunyai lebih 30 produk di dalam pasaran sedia ada.

Antara produk terbaharu tersebut ialah :


WONDER GLOW WHITE DIAMOND SERIES

Mengandungi :

1. Wonder Glow Day White Diamond Series
2. Wonder Glow Night White Diamond Series
3. Wonder Glow Bar Soap Diamond

Manfaat produk : 

10x kesan pencerahan dan vitamin C
45++ SPF - Iaitu mengawal cahaya matahari yang sangat terik sebanyak 45 kali ganda, sesuai untuk mereka yang sering terdedah kepada cahaya matahari selama 5-6 jam.

WONDER GLOW GOLD BLACK SERIES

Mengandungi :

1. Wonder Glow Day Gold Series
2. Wonder Glow Night Gold Series
3. Wonder Glow Bar Soap Gold

Manfaat produk : 

5x kesan pencerahan vitamin C
35++ SPF iaitu mengawal cahaya matahari yang sangat terik sebanyak 25 kali ganda, sesuai untuk mereka yang sering terdedah kepada cahaya matahari selama 4-5 jam.

WONDER GLOW SILVER BLACK SERIES
http://www.wg.com.my/silver-black-set

Mengandungi :

1. Wonder Glow Day Silver Series
2. Wonder Glow Night Silver Series
3. Wonder Glow Bar Soap Gold

Manfaat produk : 

3x kesan pencerahan vitamin C
25++ SPF iaitu mengawal cahaya matahari yang sangat terik sebanyak 25 kali ganda, sesuai untuk mereka yang sering terdedah kepada cahaya matahari selama 4-5 jam.

Antara manfaat lain yang boleh didapati dalam 3 series terbaharu Wonder Glow :

-Mencerahkan dan menyerikan wajah.
-Menghilangkan pigmentasi yang tebal.
-Menghapuskan jerawat dengan berkesan.
-Mengecilkan pori-pori wajah.
-Menghaluskan kulit secara semulajadi.
-Anti penuaan dan awet muda yang unggul.
-Mengandungi kombinasi hebat 'glutathione vitamin C infusions' dan collagen agar kulit sihat bercahaya dan bersinar.
-Diperkaya dengan AHA untuk memperbaharui sel kulit mati dan menjadikan kulit cerah dan bersinar.

Selain itu Wonder Glow juga memperkenalkan 1 lagi serum untuk bentuk wajah menawan iaitu :

WONDER GLOW V-SHAPE SERUM
Fungsi :

1. Membentuk wajah yang lebih tirus dan v-shape.
2. Kulit menjadi lebih glowing.
3. Memadamkan cela parut di wajah dengan berkesan.
4. Meresap jauh ke lapisan kulit untuk menjadikan kulit lebih anjal, tegang dan lebih muda berseri.

Cara penggunaaan :

-Sapukan dengan rata serum v-shape tersebut ke wajah anda.
-Cara sapuan hendaklah disapukan keatas untuk mempercepatkan proses serum masuk ke dalam liang roma.
-Kesan akan terlihat selepas 7 hari dengan pemakaian yang kerap, penjagaan makanan dan kawalan dalam pendedahan kepada cahaya matahari.
-Seeloknya dipakai pada waktu malam sebelum tidur atau waktu pagi selepas mencuci muka dengan bersih.
-Pakai sebelum krim malam atau siang (jika ada)
-Cuci selepas 6 jam.



Kandungan produk :

-Ekstrak guarana, Zingiber zerumbet dan persimmon :
Membantu pelepasan lemak berlebihan.
Membantu mengalirkan cecair yang berlebihan.
Mengekalkan ketegangan kulit.

-Vitamin A, C dan E
-Collagen

Seperti biasa, bila ada barangan baharu, mesti akan ada yang tiruan.
Bagi mengelakkan korang TERbeli barangan tiruan, AJ ade sedikit info sebagai rujukan korang...

PASTIKAN PELEKAT HOLOGRAM DI BAHAGIAN BELAKANG KOTAK UNTUK MEMASTIKAN PRODUK ORIGINAL DARI WONDER GLOW COSMETICS.



Bawah ni pulak beberapa testimoni dari mereka yang dah menggunakan Wonder Glow

 
 Mulus je kan?






Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk-produk keluaran Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd

Twitter: https://twitter.com/wonderglow

YouTube: http://www.youtube.com/user/wonderglowcosmetics

Instagram: http://instagram.com/wonderglow_malaysia

Pembelian Secara Online: http://www.wg.com.my

Selain itu korang juga boleh mendaftar menjadi agen dengan menghubungi :

Kikirina La Folia
Cosmetics Consultant : Cosmecueticals & Aesthetics Team –
[ Wonder Glow Cosmetics Malaysia Sdn Bhd ]
Ditalian / Whatsapp: +6016-755 9991/+607-7766358.


atau layari :
http://www.wg.com.my/agent-registration

Antara faedah yang boleh didapati apabila mendaftar sebagai agen.

Pakej pendaftaran agen Wonder Glow

Jangan lepaskan peluang keemasan ni tau....

P/s : Wanita dan cantik tak dapat dipisahkan.... =D


Baca Selanjutnya »