Apa itu ICD (Implantable Cardioverter Defibrilator) atau AICD (Automated ICD)?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Abah merupakan salah seorang pesakit jantung sejak lebih 10 tahun yang lepas tak salah AJ....
Hari Rabu atau Khamis ni Abah AJ akan menjalani ICD di PPUM.... 
So AJ pun cari info serba sedikit mengenai proses ICD ni dan share dengan korang...
Penulisan AJ ni mungkin kurang bertepatan dengan terma-terma atau bahasa perubatan ni...
Apa yang AJ faham, AJ cuba kongsi dengan korang ye.....
Pape nanti hari Rabu atau Khamis AJ edit mana yang kurang tepat tu ye... =D


Apa itu ICD (Implantable Cardioverter Defibrilator) atau AICD (Automated ICD)?

ICD ialah sebuah alat sebesar pager yang diimplan di bawah kulit bagi memantau jantung untuk mengesan apa-apa denyutan luar biasa dan menyampaikan kejutan elektrik bagi mengembalikan denyutan jantung.
Menerusi ICD, pesakit boleh dielak daripada SCA atau mati secara mengejut.. 

Siapa Yang Memerlukan ICD?

ICD ini akan diberikan kepada pesakit yang pernah ada (serangan jantung) dan terselamat.
Ianya juga digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah ventricular tachycardia (denyutan jantung cepat yang berbahaya) atau ventricular febrile (denyutan jantung cepat dan tidak teratur).

 Bagaiman ICD Dilakukan?

ICD tidak memerlukan pesakit membuat pembedahan besar.
Sebelum ICD dilakukan biasanya pesakit dibius dan kira-kira 2 inci panjang akan ditebuk di atas bahagian dada sebelah kiri.
Satu atau dua wayar nipis berpenebat akan dimasukkan melalui saluran vena ke jantung dan kemudiannya peranti akan disambungkan dan diprogra menguikut keperluan pesakit.
1 kantung akan dibuat di bawah lapisan kulit bagi menempatkan peranti dan kesan tebukan tadi akan dijahit..
Selepas itu doktor akan menguji peranti tersebut bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik...
Pesakit biasanya akan debenarkan pulang dalam masa 24-48 jam selepas proses ICD dijalankan....

Risiko ICD

ICD merupakan cara paling selamat dan efektif....
Hanya 1% bagi mereka yang melakukan ICD akan mengalami pendarahan pada tempat yang ditebuk, pneumotoraks (kebocoran udara dari paru-paru) , risiko infeksi jangka panjang dan malfungsi pada peranti... Pendek kata takde risiko sangatlah ICD ni....
So bagi mereka yang perlu menjalani ICD, tak perlu risau....
Sebab dah ramai yang jalani proses ini....

Itu sahaja yang dapat AJ kongsikan dengan korang......
Nanti AJ cuba betulkan dan tambah mana yang perlu lepas cakap lebih lanjut dengan doktor Abah nanti.....
Jangan lupa doakan kesihatan Abah AJ selalu ye korang....
Oh ya, kesihatan Mak AJ jugak tau... =D
 AJ pun mendoakan kesejahteraaan kalian semua...
Aminnn... =D

P/s : Mula-mula risau jugak...
Tapi bila baca pasal ICD ni tak bahaya dan efektif, lega sikit hati AJ....



Baca Selanjutnya »

Review : Rosken Skin Repair, Krim Untuk Kulit Kering Terbaik!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Masalah kulit kering, menggelupas memang dah sinonim dengan AJ....
Nak pulak kulit bahagian badan......
Kalau AJ pakai produk macam shower cream atau losyen yang tak sesuai dengan kulit memang tak lame lepas tu kulit AJ jadi ular nak bersalin kulit dan bersisik-sisik lebih lagi kat bahagian kaki AJ.....
Memang teruk gila kot....
Sampaikan kadang diri sendiri yang segan walaupun orang tak nampak.....

Macam-macam produk AJ dah cuba... Pendek kata, asal ade produk baru mesti AJ akan cuba....
Sampailah AJ terjumpa produk Rosken Skin Repair Cream ni.....
Memula memang AJ agak ragu jugaklah...... Yelah, produk tu memang agak mahal sikitlah.....
Kang buatnya tak sesuai, dah membazir pulak....
Lepas tu, AJ google sikit pasal produk ni... Ramai yang cakap memang bagus...
So AJ decide nak cuba yang kecik dulu....


Balik tu, terus AJ cuba dan amalkan sapu setiap kali lepas mandi ataupun bila-bila yang AJ rasa kulit kering...
Kesan dia memang sangat-sangat menakjubkan...
Dalam masa beberapa hari je AJ dah nampak kesan....
Kulit AJ yang menggelupas dan bersisik tu dah jadi semakin licin.....
Sekarang ni pegi mana-mana je AJ akan pastikan Rosken Skin Repair Cream ni ade je dalam beg AJ tau....

Gambar diambil selepas 3-4 hari menggunakan Rosken Skin Repair Cream

Rosken skin repair ade beberapa jenis antaranya :
Rosken Skin Repair Dry Skin Lotion untuk kulit normal sehingga kulit kering, 
Rosken Skin Repair Dry Skin Cream untuk kulit kering sehingga kulit yang terlalu kering (Ini yang AJ guna), 
Rosken Skin Repair Sensitive Skin Cream untuk kulit sensitif,
Rosken Skin Repair High Potency Vitamin E Cream,
Rosken Skin Repair Feet & Heel Balm untuk tumit kaki yang merekah dan banyak lagi....
Produk ni PH balanced so sesuai digunakan untuk badan, tangan dan juga muka!

So apa lagi, kalau korang nak cuba sendiri keberkesanan produk Rosken Skin Repair boleh ke farmasi atau pasaraya yang berhampiran....
Harga yang kecik 75ml macam AJ ni RM14.90, kalau botol besar pulak RM43.90 untuk 550ml kalau tak salah...

P/s : Berbaloi keluar duit untuk produk macam ni.... =D


Baca Selanjutnya »

Spontaneous Thursday : Holiday!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Secara spontan dalam kepala otak ni berlegar-legar 1 perkataan
H.O.L.I.D.A.Y!
Yes holiday!!!!!
I need holiday so badly lorrr..... 

Tak lama je lagi...... Sabar-sabar.....
Dah terasa dah ni angin-angin sepoi bahasa, bunyi ombak, bahang laut semua...
Jauh dari kesibukan kerja.... Jauh dari kesesakan lalulintas....
Jauh dari bende-bende yang menyesakkan.....
Pendek kata tempat yang AJ pegi nanti memang untuk totally relax lah...
Bukan destinasi shopping-shopping bagai.... =D
Dalam Malaysia je pun... Nak pi oversea, lain kali je la kalau ade rezeki lebih.....
Hehehheheheh....

P/s : Tik tok! Tik tok! =D

Baca Selanjutnya »

First Time Pakai Sari, Bollywood Sangat!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Sabtu lepas 1 November 2014, AJ sempat menghadiri majlis tunang ofismate AJ....
Majlis dia kat Aum Siva Muneewarar Temple, Batu Caves....
Ini first time AJ hadiri majlis tunang penganut agama lain....
Sebelum-sebelum ni tengok dalam cerita hindustan je.....

I'm Rani Mukherjee WannaBe! =P

Memang meriah majlis diorang.....
Paling AJ suka pakaian tradisional diorang....
Haaaaa... Pengaruh Bollywood memang kuat kat AJ ni...
Dah kate kaki tengok hindustan kannn.......
Dari malam sebelum tu AJ duk plan nak pakai ape...
Actually, hati ni macam berat nak pakai sari....
AJ dah memang ade sepasang sari dari tahun 2009.... Tapi tak penah pakai lagi sebabnya dulu tak jadi pegi majlis kawan tu....
Tapi AJ tak suka sari tu... Sebab material dia keras, susah nak bentuk....
Yelah, mase tu first time kan beli sari.......
Ingatkan yang keras lagi senang bentuk... Rupanya AJ silap daaaaaa...
Lagi susah nak bentuk... So AJ plan nak buat baju kurung je sari tu nanti....

Hari jumaat tu, balik keje terus AJ pegi Brickfields...
Semangat waja nak beli sari baru....
Abis 1 Little India tu AJ tawaf..... Akhirnya kedai yang hujung dan last sekali AJ pegi, ade sepasang sari menarik minat AJ....
Nak pulak warne sari tu memang kene dengan sari blouse AJ sebelum ni pulak....
Bagi yang tak tau dari blouse tu baju yang pendek kite pakai kat dalam tu...
Tu pun AJ main agak je la warna dia... Nasib match.. =D

Siang sabtu tu pulak AJ carikan kurta untuk Mr.JR...
Dia ade sepasang kurta, tapi katenye cari-cari tak jumpe....
So dah AJ pun keluar, dia minta tolong belikan yang baru...
Pusing 1 Masjid India, kedai last sekali baru jumpe pulak kurta yang menarik hati.....


Malam majlis tu, AJ ngan Mr.JR memang Bollywood sangatlah cite dia....
Segan nak pakai sari in public ni sebenarnya....
Tapi nasib kawan AJ yang Indian tu sudi nak pakai sari...
Teman AJ katanya... so takdelah segan sangat....
Rasenya macam mate orang memandang je AJ pakai sari.....
Yelah, AJ pun belajar pakai sari dari Youtube je kot...
Manelah tau kot salah ikat ke kan....
So far kawan AJ cakap ok.... Kire luluslah tu kan!
So korang tengok macam mana???
OK ke KO??? Ade macam Rani Mukherjee tak??? =P
*Verangan!*

Meh la layan seketul pic lagi....

Congrats Govin dan Guna!

Ehem... Mr.JR, ade jodoh nanti kan majlis malam berinai kite tema Bollywood ye....
*Sambil kelip-kelip mata...* =P

P/s : Panjang pulak entri ni...
Nampak nau eksited! Hahahahhaha....

Baca Selanjutnya »

Alahai..... Salah Tren Lagi??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Arini memang AJ buat lawak lagi......
Boleh pulak untuk kesekian kalinya, AJ ulang Kejadian Hari Isnin....
Boleh pulak salah tren lagi sekali...
Dah kenapanya Cik AJ oiii???

Nak kate tak penah naik tren tu, tidak.....
Tapi entah ape la yang ade dalam kepala otak AJ ni tak tau lah...
Minggu ni dah 2 kali AJ salah tren....


Al-kisahnya, tadi AJ nak pegi Times Square...
Sepatutnya AJ beli token dan turun kat stesen Hang Tuah...
Tapi tadi AJ confident pegi beli token ke Pudu......
Sampai Pudu, turun tangga gi keluar dari stesen tu rase pelik je.....
Sebab tak nampak jalan ke arah monorail tu....
Lepas tepuk dahi la AJ.... Baru sedar yang AJ dah salah stesen......
Stesen yang patut AJ turun tu depan lagi......
Tak pasal, patah balik dan beli token baru....
Malunyaaaa... Rasenye staff kat stesen tu perasan kot AJ....
Hahahhahahahaha.....

Tu lah... Degil lagi..
Tadi Mr.JR suruh tunggu kat ofis je takmo....
Degil nak pegi jugak Times Square.... Penyudahnya.........
SALAH TREN LAGI!
Nasib bukan salah arah, cuma salah stesen je..... Huhuhuhuh...

AJ pun tak tau kenapa minggu ni AJ macam banyak berangan je.....
Mungkin dah agak lama kot tak naik kenderaan awam....

P/s : Lepas ni takmo naik tren dah...
Merajuk dengan kenderaan awam....
Ehhh????! =P



Baca Selanjutnya »