Volkswagen Kuning | Cerita Seram Turun Temurun


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sejak sekian lama Volkswagen Kuning diketahui sebagai cerita seram turun temurun...
Kisah kereta berwarna kuning yang sering mengganggu dan menghantui pengguna lebuhraya Karak bukanlah kisah asing pada semua orang....
AJ juga penah mendengar kisah ini dari mulut ke mulut.....
Sejauh mana kebenarannya???


20 September 2016, AJ dan Mr JR berpeluang menjadi salah seorang yang pertama menonton filem ke 115 terbitan MIG...
Filem ini dikatakan inspirasi dari kisah benar..
Ya, misteri Volkswagen kuning merupakan kisah benar dan bukan mitos semata-mata...
Melalui filem ini, Shadan Hashim selaku pengarah berkata filem ini diolah dripada kisah benar dan cerita yang ditambah bagi mencantikkan lagi jalan cerita namun tidak mencacatkan kisah sebenar...

Filem Volkswagen kuning ini menampilkan Pelakon Filem Lelaki Terbaik - FFM28, Pekin Ibrahim (Fuad) dan Atikah Suhaime (Sarah) sebagai pelakon utama filem....
Dan turut dibantu oleh barisan pelakin seperti Amai Kamaruddin, Fatin Afeefa, Shahronizam, Azman Hasan dan Mak Jah..
Turut menampilkan Aida Othman, Hanif Safuan dan Dayang Areeda...

Barisan pelakon Volkswagen Kuning

Sinopsis Volkswagen Kuning

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!
Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari
kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

Review AJ mengenai filem Volkswagen Kuning

Bagi AJ, filem Volkswagen Kuning ini sangat ringan, santai dan mudah difahami...
Menyelitkan sedikit elemen percintaan antara Fuad dan Sarah serta konflik terjadinya kisah misteri...
Semua perkara yang terjadi terhadap Sarah sebenarnya bersangkut paut antara satu sama lain...
Kalau korang nak tau apa kaitan mereka dengan kisah ini, korang kene tonton sendiri filem ini di pawagam...
Selain itu, plot penceritaan dalam Volkswagen Kuning ada yang tidak diolah lebih lanjut membuatkan beberapa scene kelihatan agak tergantung... Namun ianya langsung tidak merosakkan cerita yang ingin disampaikan...
Watak Pak Ayob yang dilakonkan oleh Azman Hasan juga banyak memainkan peranan dalam cerita ini...
Begitu juga dengan watak-watak lain...
Apa yang AJ boleh katakan tak rugi kalau korang nak menonton filem ini kerana jalan ceritanya tidak mengarut dan masih relevan...
Penonton juga tidak dibiarkan tertanya-tanya seperti filem-filem seram lain....
Cuma AJ rasa cerita ni perlu lebih suspen dan lebih fokus kepada kisah Volkswagen Kuning itu sendiri....

Apakah sebenarnya yang dibawa pulang oleh Sarah dan mengapa "bende" itu mengikut Sarah hanya akan terungkai bila dah tonton nanti.....

So apa kata 22 September 2016 ni korang serbu pawagam yang berhampiran untuk menonton filem Volkswagen Kuning...

Kat sini juga AJ nak ucapkan tahniah pada blogger Iena Eliena yang berjaya membawa pulang sebuah OppoF1s semasa malam preview untuk contest yang dianjurkan untuk blogger sepanjang minggu lepas... Tulis kisah seram je dapat hadiah tau.....
Tahniah Iena, jangan lupa kongsi hadiah tau! Hahahhaha...



Jom tengok suasana sekitar malam Preview Filem Volkswagen Kuning!















P/s : Seram jugak kalau diingatkan pasal cerita seram turun temurun ni...
Nak pulak Jumaat ni AJ akan lalu Karak!


Baca Selanjutnya »

Cuti Dah Tamat!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Image result for cuti habis

Makanya dengan ini tamatlah sudah segala cuti.... Diulang CUTI DAH TAMAT!
Sepanjang beberapa minggu kebelakangan ni, silih berganti cuti.....
Awal September AJ bercuti kat Songkhla.....
Lepas tu masuk keje 3 hari, cuti Raya Haji pulak...
Masuk keje lagi 3 hari, sambung pulak cuti Hari Malaysia.....
Ewahh... Macam pas baton pulak kan?

So bila dah bercuti panjang, mood menghupdate pun agak slow...
Tambahan pulak last week AJ balik kampung, lagilah sendu je nak update....

Now, i'm back on track....
Banyak nak story dan banyak nak kene improved dekat blog AJ ni....
Kalau ada masa lebih, AJ plan nak ubah sikit rupa blog ni...
Lama sangat AJ tak bersihkan rumah ni.....
AJ cuma sempat tukar header je....
IHeader tu pun jadi lepas AJ try & error Photoshop...
Tapi masih dalam proses pembelajaran lagi....

So sekarang ni pulak AJ tengah menghitung hari untuk cuti yang seterusnya..
Ade cuti Awal Muharam dan cuti Deepavali...
Kalau nak tau kan, annual leave AJ dah selamat habis dah dari bulan Julai lepas...
Hahahahahha.. Pasrah je la.....

Okaylah, saja nak lembut-lembutkan jari menaip...
Jumpa lagi dalam entri seterusnya... =D

P/s : Bulan depan kene amik unpaid leave lagi...


 
Baca Selanjutnya »

Canadian Rehabilitation Center Sdn Bhd | Pakar Penilaian Kesihatan dan Khidmat Rawatan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Pernah dengar mengenai Canadian Rehabilitation Center Sdn Bhd?
Ianya merupakan pakar penilaian kesihatan dan khidmat rawatan yang berpangkalan di Kanada.
Matlamatnya adalah untuk membantu para pelanggan atau pesakit yang mengalami masalah bukan sahaja fizikal, malahan emosi...

Sebenar ramai yang tak sedar masalah kesihatan bukan hanya bertumpu kepada fizikal, tapi emosi juga....
Sehubungan itu pusat ini diwujudkan bagi membantu mereka yang memerlukan rawatan untuk masalah mereka dengan lebih terperinci...


Terdapat beberapa khidmat yang disediakan di Canadian Rehabilitation Center ini antaranya ialah fisioterapi, kesihatan mental (bio-psikososial), program pendidikan profesional, pengurusan berat badan dan juga perkhidmatan geriatrik di bawah seliaan mereka yang berkepakaran...

Di sini mereka mempunyai misi dalam menyediakan khidmat rawatan yang mampu milik untuk semua golongan...
Mereka mahukan semua golongan mendapat rawatan yang sewajarnya tanpa perlu memikirkan kos yang membebankan dalam suasana yang selesa, klinik yang lebih moden dan proffesional....

Di Canadian Rehabilitation Center para pelanggan akan dirawat dengan pelbagai mesin perubatan yang canggih di bawah seliaan pekerja yang pakar dan berkemahiran...

 Tenaga pakar di Canadian Rehabilitation Center

Antara rawatan yang terdapat di sini ialah :

MENTAL HEALTH SERVICES
Comprehensive Mental Health Assessment
Psychometric Assessments
Specialized & Individualized Interventions
Individual/Group/Couple/Family Counselling Sessions
Neuro/BioFeedback Treatments


PHYSIOTHERAPY SERVICES
Electrotherapy
Exercise Therapy
Rehabilitation Program
Gait Training
Posture Correction
Physical hands-on technique
Physical health education
In-home based physio program
Obesity & Weight Management Services



SPECIALIZED HEALTH ASSESSMENTS
Neurological Assessment
Orthopedic Assessment
Nutrition Assessment
Gait & Posture Analysis


NURSING CARE SERVICES
In-Home Assessments (Home & Self-care Needs)
Practical Nursing Interventions
Geriatric Care
In-Home Physiotherapy


COMMUNITY SERVICES / AFFILIATIONS
Health Education
Symptom Awareness 
Programs for Refugees & Asylum Seekers
Pilot Research Projects (Diabetic Neuropathy / Ulcer Healing), etc.
Medical Camps
Collaborative research projects with hospitals and universities


Harga yang ditawarkan bagi setiap rawatan ialah serendah RM80 - RM150 per sesi  bagi fisioterapi dan RM150 keatas bagi khidmat kesihatan mental (bio-psikososial)...
Mereka juga menyediakan pelbagai pakej untuk para pelanggan...

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai Canadian Rehabilitation Center hubungi :

Website :

Alamat :
Canadian Rehabilitation
1-12(B), First Floor, Plaza Riverwalk, Rivercity
Off Jalan Selvadurai, 3rd Mile, Jalan Sultan Azlan Shah
51200, Kuala Lumpur

No. Tel :
03-4051 3494

Waktu rawatan :
8am - 8pm (Isnin-Jumaat)
8am - 5pm (Sabtu)
*Ahad hanya dengan temujanji sahaja

AJ harap perkongsian AJ kali ni dapat memberikan sedikit manfaat dan info buat kalian....
Dan rasanya belum terlewat untuk AJ ucapkan Selamat Ulangtahun Yang Pertama buat Canadian Rehabilitation Center!


Baca Selanjutnya »